Saturday 29 October 2011

Cucur jejari ikan untuk Zhang Fu.

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah. Semoga diberi kekuatan untuk hari ini. Hari itu, hajatnya mahu ziarah adik junior, bersama sedikit kudapan. Alang-alang masak, ana bagi sepinggan untuk Zhang Fu.

Bahan-bahannya, InsyaALLAH, senang dan mudah didapati di Mesir. Resepi asal daripada buku Resipi Sihat dan Mudah; Pembuka Selera hasil karya kreatif Chef Hussin Khan. Nama masakan; Aneka Isi Laut Bersos Bawang Putih.

Bahan A.

1. 2 keping (cis, apa penjodoh bilangan untuk filet) filet ikan.

2. 1 biji kentang.

Kentang kat sini kan besau belaka. Kalau kecil, belilah 2.

3. 6 sudu tepung gandum.

4. 1 sudu teh serbuk kari.

Sudu teh ya. Bukan sudu makan ^^

5. 1 biji telur

6. Garam.

Ana takdelah taram sahaja. Kerana ana bukanlah pakar merasa =.= Jadi, ana dah set dalam mind. Kalau makanan bertepung, garam sebanyak ini. Kalau makanan berkuah pekat, garam sebanyak ini. Kalau makanan berkuah banyak seperti sup mahupun tomyam mahupun mee kari. Walaupun dah set tetapi, ALLAH, masih fail lagi. Siapa mahu ajar saya?

7. Air.

Batter cair baru sodap.

8. Minyak.


Bahan B.

1. 5 sudu makan sos cili.

2. 2 sudu makan sos tomato.

Kalau menggunakan salsah a.k.a tomato puri, kurangkanlah sukatan menjadi setengah sudu makan sahaja.

3. 1 sudu makan air perahan lemon atau limau nipis.

4. 4 ulas bawang putih dicincang.


Cara Membuat Cucur.

1. Satukan tepung gandum, serbuk kari, telur, garam dan air menjadi bancuhan tepung. Pastikan bancuhan agak cair baru sedap dan rangup.

2. Rebus kentang sehingga menjadi lembut dan empuk sekali.

3. Panaskan minyak. Jangan banyak sangat. Masukkan kentang bersama jejari ikan ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga sedikit garing.


Cara Membuat Sos.

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan sos tomato, sos cili dan air perahan lemon atau limau. Kacau sebati.

3. Masukkan garam secukup rasa. Masak sos hingga pekat.


Alhamdulillah, dah siap!

Qarafi, sangat suka sampai hantar message kegembiraan. Haha. Praise to ALLAH. :) Bila kita free, kita masak lagi ya, InsyaALLAH. ^^

Wallahu A'lam.

2 comments:

  1. perghh, resepi rahsia kot. mana boleh share. :P

    ReplyDelete
  2. Abang; Haha. Rahsia ke? Alamak! Masalahnya, kita ambil daripada buku :P

    ReplyDelete