Sunday 11 October 2015

Saya Nyaris Ditipu Scammer Lelaki Di Iskandariah, Mesir


Assalamualaikum WBT :)

Ini pengalaman pertama! 

(Terima kasih kepada rakan-rakan yang suka kongsi kisah mereka di FB, sangat memberi impak kepada pengguna lain supaya lebih berhati-hati)

Usai habis kelas, saya lebih selesa untuk menaiki tram untuk pulang ke rumah di Camp Shizar Odeon kerana harganya lebih murah dan bajet saya yang ciput. Tapi, kisah saya ditipu tiada kaitan dengan mak cik penyeluk poket mahupun pak cik gangster, kerana saya ditipu melalui telefon.

***
Perbualan telah diBMTkan mengikut gaya bahasa bangsa Malaysia.

Nusaibah: Alu.

Dia: Alu. Kami dari pihak Etisalat memohon anda membayar bil bulan ini sebanyak LE 120. (Saya memang belum membayar bil bulan ini).

Nusaibah: Whattt? Saya tak faham. Biasanya LE 60 (padahal LE 45). Kenapa saya kena bayar LE 120? (Duit tengah nan hado)

Dia: Seseorang telah tersilap membayar bil untuk nombor anda. Anda perlu bayar kembali duit tersebut.

Nusaibah: Saya tak faham. Apa yang awak cakap sebenarnya? Kenapa sampai LE 120? Mahalnya!

Dia: Begini.. seseorang telah tersilap membayar bil untuk nombor anda. Anda perlu bayar kembali duit tersebut. 

Nusaibah: (Huh, macam mana boleh tersilap?) Orait, saya kena bayar di Etisalat Ibrahimiah macam biasa kan?

Dia: Ya. Bawa bersama kad pengenalan. !@#$&%. (Sebenarnya, banyak ayat yang saya tidak faham dan tidak dengar kerana keadaan dalam tram sangat sunyi sepi seperti jalan raya Mesir pada waktu puncak).

Selepas panggilan diletakkan, datanglah mesej keramat ini. 


Kalau tengok betul-betul, ejaan pun salah! Hahaha. Walaupun Ejipsen banyak kali tersalah mengeja, rasanya pihak Etisalat takkan buat kesalahan remeh sebegini.

Walaupun nampak macam saya setuju, saya tidaklah bercadang untuk bayar LE 120. Dalam fikiran saya, penuh dengan ayat-ayat serangan terhadap pihak Etisalat dan kalau saya tak berjaya, saya bercadang cancelkan sim card serta merta. Ya, hak perlu ditegakkan.

***
Segala jenis dokumen telah saya siapkan, ayat telah saya fikirkan, kini masa untuk menghamburkan segala bantahan, harap-harap dapat memberi kesan!

Nusaibah: Ehem, mesej ini daripada pihak Etisalat ya? (Sambil menunjukkan mesej di atas)

Etisalat: Bukan, ini scammer. Mesej daripada kami hanya daripada nombor-nombor pendek atau Etisalat. Bukan nombor telefon lengkap sebegini. Puan mahu bayar bil bulan ini kan? LE 45 seperti biasa.

Nusaibah: (Emoticon mulut lebar terkejut lega). Wargh, scammer! Patutlah saya pelik. Dia suruh saya bayar LE 120!

Etisalat: Tak payah layan mereka. Ini resit Puan, terima kasih.

Nusaibah: Alhamdulillah

***
50% Ejipsen amat sukakan wang dan penipuan. Kata orang, itulah kesan hidup dalam kesempitan. Tidaklah mereka perlu dipersalahkan 100%, kerana yang menyumbang kepada masalah rakyat ialah perompak sebenar yang berkot dan bertali leher dalam pejabat negara nun.

***
Tips 1: Bila dihubungi Ejipsen yang pelik bunyinya, katakan sahaja ana mush fahmah. Walaupun Tuan Muda/Cikpuan faham. Hehe. Ia amat menolong dalam membanteras kejahatan.

Tips 2: Suami saya amat menyarakan Tuan Muda/Cikpuan download apps ini: Truecaller. Walaupun nombor yang menelefon tiada dalam contact kita, 70% keberangkalian kita dapat tahu siapa sebenarnya caller ini kerana nama pemilik nombor telefon sudah tersenarai dalam data mereka. 



Wallahu A'lam.

Nusaibah Sallehuddin
27 Zulhijjah 1436 H
Iskandariah, Mesir