Thursday 25 November 2010

They



In The Name of ALLAH S.W.T.

The Most Gracious

and

The Most Merciful

Tajuk yang menarik?

Setakat ini ada 2 kejayaan. Haha. (Bangga)

Bermula dengan kecurian di hadapan mata. Kerugian beribu-ribu di rumah sendiri. Di universiti pun duit disedut. Admin yang lambat bertindak. Wafidin.

Now, I'll fight back!

No more kecurian. No more memperlekehken.

1) Generator
Walaupun 50 genih, namun puas juga melihat muka pak cik yang pucat lesi. Mata dah berlari-lari. Tertunduk-tunduk. Haha (Ketawa jahat). Pak cik bajet kami tak pandai cakab Arab. Tak faham apa yang pak cik cakap. Dan, Alhamdulillah, tanpa disangka-disangka,
pak cik memulangkan kembali duit tu. Syukran :D

2) Universiti
Ni bukan 50 genih. Beratus-ratus. Universiti yang lambat bertindak. Tooo slow and ineffective. Tadi, timbul pula hal baru.

Doakan semoga urusan kami dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T.

Jadi, dengan directnya, terus bagi ceramah free kat admin sampai dia tak terjawab, tak terkata, mata berkelip-kelip, melihat-lihat ke tempat lain. (Terus puas hati. Haha)

Sabar. Sabar. ^_______^



"Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik" (Al Maarij:5)

^Wallahu A'lam^

P/S: Hak perlu dipertahankan! Ada cara yang lebih berhikmah?
Image from news.alibaba.com. Mengaplikasikan intellectual property.



Monday 15 November 2010

Aidiladha :D


In The Name of ALLAH S.W.T.

The Most Gracious

and

The Most Merciful


Tukarkan message gambar kepada Selamat Menyambut Aidiladha buat semua yang dikasihi sentiasa.

Daripada Anas R.A., yang bermaksud:

"Rasulullah S.A.W. datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari.

Maka Rasulullah S.A.W. bertanya: Hari apakah yang dua hari ini?

Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah.

Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya ALLAH S.W.T. telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha."

(Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada

Familyku yang tercinta;

Family Encik Sallehudddin Bin Sidek
dan
Family Ustaz Muhammad Ridhuan Tee Bin Abdullah

Sahabat-sahabat Al Amin, Al Manar, Alexandria University

dan semua :D

P/S: Siapa nak pos biskut raya warna hijau yang sedap tu? Asifah Ezzati, curi gambar. Hehe.



Friday 12 November 2010

Advantages

In The Name of ALLAH S.W.T.

The Most Gracious

and

The Most Merciful

Advantages umat Nabi Muhammad S.A.W. berbanding nabi-nabi lain?

Sangatlah banyak. :D Maka amat sangat kita perlu bersyukur menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah :)

Antara advantages umat Nabi Muhammad S.A.W.;

1. Taubat
Nabi Adam A.S.: Hanya diterima di Mekah
Nabi Muhammad S.A.W.: Diterima di semua tempat

2. Pakaian
Nabi Adam A.S.: Ditelanjangkan kerana derhaka
Nabi Muhammad S.A.W.: Tidak ditelanjangkan walaupun derhaka

3. Pisah
Nabi Adam A.S.: Dipisahkan daripada isteri kerana menderhaka
Nabi Muhammad S.A.W.: Tidak dipisahkan daripada isteri walaupun derhaka

4. Syurga
Nabi Adam A.S.: Derhaka dan dikeluarkan dari syurga
Nabi Muhammad S.A.W.: Derhaka dan akan dimasukkan ke syurga setelah bertaubat

5. Solat Isya'
Dalam hadits yang diriwayatkan dari Muaz R.A. dari Nabi Muhammad S.A.W., baginda bersabda;

“Akhirkanlah waktu solat Isya', kerana sesungguhnya kalian dilebihkan dari seluruh umat lain dengan solat Isya' ini dan umat sebelum kalian tidak pernah melaksanakannya.” (HR Ahmad dan Abu Daud)

Wallahu A'lam. =)