Sunday 29 September 2013

Rezeki Besar.


Assalamualaikum W.B.T. :)

Alhamdulillah, usia Qays hari ini sudah 40 hari. Makin sihat dan berat! Kata orang tua, berpantang 44 hari. Gaya pantang saya agak teruk sikit. Haha. Tetapi, saya tidak minum atau makan benda sejuk. Tak sabar mahu makan aiskrim Baskin Robbin dan Tutti Frutti berwarna-warni :3 Semakin lama menjaga Qays, makin menjadi senang, kerana ia satu proses pembelajaran.


Kalau belajar, makin pandailah, tidak susah lagi, InsyaAllah. Kalau tidak mahu belajar, bagaimana mahu berubah.

Salah satu benda yang merunsingkan anak muda yang mahu bernikah ialah... wang! Kita pelajar mana punya duit. Yang berbiasiswa pun sudah bising suruh dinaikkan elaunnya. Ish ish. Habis, kita yang takde ni? Hehe. Alhamdulillah, saya dan Qarafi, memang baaaaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaak mendapat bantuan dari ibu bapa. T_T Kalau tak, kami punya wang sangat terhad. (Qarafi mendapat biasiswa). Terima kasih tak terhingga :')

Tetapi, ada yang Allah uji, keluarganya tidak berapa berkemampuan. Nak suruh mereka support mungkin agak susah. Jadi? Bukankah Nabi Muhammad pernah berkata, 9/10 rezeki berpunca dari berniaga.

Mari dengarkan kisah saya.

Sewaktu saya mula-mula mahu mencari wang, saya menulis pada blog ini tentang perkara tersebut (dah lama usia blog ini :3). Ada seorang kakak yang baik hati menawarkan diri menolong saya. Dia akan membeli sejumlah pakaian Mesir dari saya untuk dijual di Malaysia. Pada waktu tersebut, tak ramai lagi yang menjalankan bisnes pakaian Mesir ni. Senanglah. Hew hew. Sekarang, fuh. 

Dengan satu proses jual beli, saya mendapat hampir RM 2000! Ehem, mungkin kecil pada sesetengah orang, tapi bagi saya, :D

Saya kembangkan lagi dengan penjualan tudung Mesir untuk pengedar di Malaysia. Agak banyak tempahan yang diterima. Setiap kali pulang ke Malaysia, hampir atau mesti overload. Hehe. Pernah satu ketika pada tahun 2011, saya dibenarkan membawa 35 kg bagasi, tetapi barangan saya mencecah 50 kg! Tetapi, terima kasih kerana tidak efisiennya sistem di Mesir, pegawai langsung tidak berkata apa-apa. Haha. Saya berdoa bersungguh-sungguh supaya bagasi saya diterima. Habislah kalau nak membayornya. Margin keuntungan tudung Mesir agak kecil berbanding jubah, tetapi saya masih mendapat banyak wang darinya, Alhamdulillah :)


Kan? Banyak rezeki dapat tu. Sadaqa Rasulullah S.A.W.

Jadi, sesiapa yang menanam cita-cita untuk berkahwin, berniagalah. Nikah itu juga memurahkan rezeki. Dan MESTI belajar dari orang yang pakar. Sahabat saya juga berniaga, dan dia mendapat keuntungan 5 angka, dengan menjual benda biasa, kerana dia lebih rajin mengencangkan bisnesnya berbanding saya. Hehe. Orang rajin selalu menang, orang rajin selalu untung.


Kalau ada yang mahu bertanya apa-apa, dipersilakan message FB saya, Nusaibah Sallehuddin. Kita bantu-membantu. Dan, jemput like, sekalian sahabat, bisnes terbaru kami, Baju Turki



Salah satu contoh blouse.

Hmm.. Kurang berpuas hati. Penulisan saya makin teruk, mungkin agak kurang membaca. Haruslah mencari buku-buku gaya penulisan menarik sekarang juga!

Nak tiru gaya Ramlee Awang Murshid -- tak reti. 

Wallahu A'lam.

Nusaibah Sallehuddin.
24 Zulkaedah 1434 H.
Villa Bestari, Kuala Lumpur.

Sunday 22 September 2013

Berumah tangga?


Assalamualaikum W.B.T. :)

Ada orang bertanya kepada saya, tentang tips bahagiakan suami. Amboi, macam Dr. Cinta pula. Saya bukanlah seorang yang pakar :P, namun sebagai seorang isteri, inilah perkongsiannya. Saya bagi 5 tips sahaja, cuba amalkan yang ini dahulu.

1) Selalu refresh.
Walaupun suami tak pernah balas, atau dia tak pernah nak sebut dulu, selalulah cakap "love you", "miss you". Nak romantik sikit, cakap bahasa Melayu. Keke. Aku mencintaimu. Dah memang fisiologi lelaki begitu, pemalu. Malu hendak meluahkan melalui kata-kata, kerana mereka meluahkan melalui perbuatan. Tetapi, mereka nak sangat dengar kata-kata cinta. Mengada sungguh. Haha. Jadi bakal isteri sekalian, janganlah terasa. Bahasa cinta lelaki dan perempuan lain. :3

2) Merajuk sekejap sahaja.
Kadang-kadang kita akan terasa. Kalau dia dah pujuk, nak menyombong sekejap, okaylah. Jual mahal sikit. Hehe. Tapi, jangan lama-lama, bazir masa! Kalau dia dah mengusik ke, minta maaf ke, jangan keraskan muka. Gelak je :) Hahaha. Dan hubungan akan menjadi lebih erat.

Tapi, kalau tak merajuk langsung, lebih bagus!


3) Tidak boleh naikkan suara!
Ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat ini! Naikkan-suara-memang-sangat-tidak-berperikemanusiaan. (Tulis sambil ketap gigi). Grr.

4) Dengar kata.
Kalau ada arahan atau permintaan, buat sahaja tanpa bantah :) Tetapi, kalau tak setuju, bincangkan elok-elok. Kalau dia insist juga, buat sahajaaaa. Kalau tak setuju juga, bagi alasan kukuh, atau suruh dia faham situasi. Dari sini dua-dua pihak belajar toleransi. Kan?

5) Remain beautiful!



Alhamdulillah, dikurniakan pasangan penyejuk jiwa.^^ Kita berusaha untuk memainkan peranan kita, kalau suami tak memainkan peranan, bukan urusan kita. Doa banyak-banyak, InsyaAllah suami akan sejuk hati dan mula melaksanakan tanggungjawabnya. 

Notis!
Penting untuk kita tahu dan saling memahami; fisiologi lelaki dan perempuan lain! Hormat, faham dan raikan perbezaan tersebut.

Wallahu A'lam.

Nusaibah Sallehuddin
17 Zulkaedah 1434
Villa Bestari, Kuala Lumpur.

Friday 6 September 2013

Saya Merasai Bersalin Itu.

Assalamualaikum W.B.T.

Bertemu kembali :3 Alhamdulillah.

Cepat sangat masa berlalu, dan ya! Saya sudah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel :) Saya perasan, ramai yang bercerita tentang pengalaman bersalin mereka. Memang perit namun, indah. 

Saya pun mahu jadi sang penglipur lara. 

* * *

Sebelum Subuh 19 Ogos 2013, tiba-tiba terasa sakit kontraksi yang agak kuat. Hasil dari bacaan buku Diari Hamil, saya dapat idea tentang tanda-tanda mahu bersalin. Sebenarnya, saya tak tahu pun sakit kontraksi macam mana bentuknya. Main agak-agak je. Hehe. Saya ambil jam.

"Okay, sekarang contraction setiap 3 minit."

Oleh kerana perut sedang lapar, saya dan suami makan nasi lemak dahulu. Dan saya amat bersyukur dengan decision untuk makan nasi lemak dahulu! Amat banyak tenaga yang diperlukan untuk proses meneran. Sempat juga saya melayari internet dan memberitahu Baba untuk ke hospital.

Usai sarapan, dengan pakaian yang agak selekeh :3, saya ke Hospital Pakar Al Islam. Jam menunjukkan hampir pukul 10 pagi. Contraction makin kuat! Saya tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan dengan cermat. Fuh fuh. Velositi berjalan makin lambat, dengan gaya yang agak lemah, saya berkata kepada pegawai pendaftar, yang saya agak sakit.

Kurang dari lima minit (taqriban), saya masuk berjumpa Dr. Norlida. Beliau meminta izin untuk memeriksa cervix.

"Hah, dah buka 6 cm! Admit labour room sekarang!"

Jururawat datang membawa kerusi roda, dan saya dimasukkan ke wad. Nurse memberikan cecair untuk pembersihan kolon (buang air besar) dan diberi pilihan menu untuk makan nanti. Aihhh, menu ayam masak masala, nasi kerabu, ikan masam manis, macam tiada menu untuk pantang je. Dengar cerita, ayam bakar sepanjang 40 hari. Boleh berasap kepala saya asyik tertelan karbon nanti.

Agak sakit juga proses memasukkan cecair melalui anal canal. Usai buang air besar, saya dimasukkan ke labour room. Suami juga menemani, Alhamdulillah. I really need him to be by my side! Jadi teman borak saya, teman sedih saya, teman analgesik saya. Saya meminta epidural. Oleh kerana bukaan cervix sudah 6 cm, permintaan saya tidak diterima. Saya meminta analgesik lain pula, iaitu Pethidine.

Malangnya, Pethidine itu tidak berfungsi kepada saya, tetapi ia memberi kesan kepada anak. Contraction makin menjadi-jadi. Kejam sungguh! Selagi anal canal tidak bulge, saya tidak dibenarkan meneran. Fuh. Hampir pengsan dan mahu menangis kesakitan, namun saya menahan. Malulah menangis depan orang. Tidak sampai hati juga untuk menggenggam tangan suami, nanti banyak kesan kuku.

Sedang berusaha melawan sakit, saya diberikan arahan untuk meneran. Wahhh, memang banyak tenaga diperlukan! Teran sewaktu wave contraction datang sahaja. Pada waktu yang tidak sakit, proses meneran menjadi agak slow. Inilah manfaatnya tidak mengambil epidural, kalau tidak, lambat prosesnya kerana ibu tidak sakit. Alhamdulillah.

Memang sakit bersalin itu dicipta, untuk memudahkan proses bersalin.

Misi bertanya,"ada ambil air selusuh, air yasin ke?" Senang proses awak ni."
Saya menjawab,"tiada."


Tiba-tiba terasa ada benda besar mahu keluar, dan sayup-sayup ternampak doktor datang. Guntingan episiotomi dibuat, dan bluakkkkk, baby keluar pada jam 12.33 tengahari bersama plasentanya beberapa tika kemudian. 

Yang saya ingat waktu tu, Alhamdulillah, berakhir juga penderitaan ini. Jahitan mula dibuat. Ya, kerana contraction amat kuat sakitnya, guntingan dan jahitan tidak terasa apa-apa pun. :3 Chill lah, bak kata suami. Baby dibersihkan dan diazankan, saya pula menggigil kesejukan, keletihan dan kelaparan.



Qays Umar Tee Bin Mohd Qarafi. Esoknya, saya pulang ke rumah sebelum jam 12. Mohon doakan anak saya dan keluarga kami, dengan doa yang tulus dari hati.

Terima kasih suamiku, sentiasa berada di sisi sehingga ke akhirnya. Love.

Wednesday 1 May 2013

Prosedur Mengundi Pos dari Mesir.

Assalamualaikum W.B.T.


Ini gambar saya. Diambil di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah. Tahun ini saya telah mengundi! Haha. Alhamdulilah.Nasihat saya; lebih baik mengundi di Malaysia.

Akan saya kongsikan prosedur bagaimana mahu mengundi di luar negara. Kut-kut ada yang mahu. Hehe. Tarikh mengundi untuk mereka yang tinggal di luar negara lebih awal dari proses pengundian di Malaysia.

1) Mestilah mendaftar dahulu di Malaysia sebagai pengundi.
Dulu, saya mendaftar di pejabat pos UIA. Walaupun waktu itu lambat lagi mahu pilihanraya, adalah dalam beberapa tahun lagi, daftar sahaja. Supaya tidak menyesal di kemudian hari :3 

Hanya perlu tunjukkan kad pengenalan. Tempat mengundi ditetapkan melalui alamat kita, namun, kita boleh membuat pilihan untuk mengubah tempat mengundi. Saya tak ingat ada bayaran atau tidak, kalau ada pun

2) Mengisi borang B iaitu borang permohonan sebagai pengundi tidak hadir (PTH).
Borang B boleh didapati di laman web SPR, disertakan juga terma dan syarat untuk menjadi PTH. Print, isi, scan dan e-mail. Kalau teringin nak hantar guna pos pun boleh, adalah dalam RM 100 dari Iskandariah.

Semakin lambat borang diisi, semakin lambat permohonan kita diproses. Andai kata kita menghantar borang selepas tarikh pembubaran parlimen, permohonan tidak akan diproses.

Tarikh pembubaran parlimen selalu misteri. Maka, perlu peka.

3) Semak status permohonan di laman web SPR.
Status permohonan hanya dikeluarkan selepas pembubaran parlimen. SPR akan membuat kenyataan di laman webnya. Kalau permohonan tidak lulus, disebabkan salah isi borang, tak cukup syarat atau lambat, bolehlah ready beli tiket untuk balik Malaysia.

4) Mengundi!
As easy as ABC. Kita akan mendapat satu sampul keutamaan (seperti di dalam gambar), yang mengandungi kertas undi kita. Kalau saya, parlimen Gombak dan dun Gombak Setia, akan mendapat kertas undi kawasan tersebut.

Sewaktu saya mahu menandakan undi untuk parlimen Gombak, ada 3 lambang. Satu lambang bulan sabit Parti Keadilan Rakyat, lambang dacing Barisan Nasional dan lambang jam loceng! Haha. Saya tak tahu pula parlimen Gombak ada calon Bebas :) Ke parti apa? 

Penting;
* Pengundi yang sudah berdaftar sebagai PTH tidak dibenarkan mengundi di Malaysia. Ini kerana kertas undi kita sudah diterbangkan ke negara kita menetap. 
* Pengundi boleh membuat pilihan untuk masukkan kertas undi dalam karung untuk dibawa pulang oleh pihak SPR atau bawa balik sendiri dan letak dalam kotak kat Malaysia.
* Pengundian pos selalunya diseleweng. Sebab itu, lebih baik mengundi di Malaysia untuk ketelusan yang lebih jitu!



Jejaka hensem yang menemani saya mengundi dan membelikan aiskrim waffle Baskin Robbin untuk isterinya yang manja bila nampak kedai BR. Beliau tidak mengundi kerana masih tidak mendaftar. Cehh. Kita hendaklah peka dengan perkara semasa.



Menikmati aiskrim perisa Berry Romantic dan Chocolate tengah panas terik dan hiruk-pikuk bumi Kaherah. Mana nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?

Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada yang hak, kepada yang memperjuangkan Islam..

Wallahu A'lam.

Nusaibah Binti Sallehuddin
20 Jamadil Akhir 1434
Bersamaan 1 May 2013

Monday 15 April 2013

Tiket Kapal Terbang.

Assalamualaikum W.B.T.

Apabila tiba musim cuti... Apa tunggu lagi? Mari beli tiket pulang ke Malaysia! Ops, sebelum itu. Mari, dengarkan pengalaman saya :)

Untuk memudahkan kerja daripada berulang-alik ke travel agent, buat pertama kali saya membeli tiket dengan agen pelajar Malaysia. Lebih memudahkan, hanya message untuk mengetahui harga tiket terkini. Banyak betul iklan tersiar di Alex Market. Banyak betul promosinya.

Dan pengalaman untuk pengajaran saya bermula di sini;

1) Dengan tagline, PM laju-laju, kami akan balas secepat mungkin. Saya terus whatsapp dan message beberapa agen.
2 hari baru balas! Hmph. Saya reply. Message seterusnya dibalas sangat lama kemudian. Lambat.

2) Tiket yang saya tempah dibayar tanpa pengetahuan dan persetujuan saya.
Sungguh, saya rasa terhiris sehingga kini. Akan menjadi masalah apabila tiba-tiba saya mahu menukar tarikh di saat akhir (masih sebelum saya bayar), saya perlu membayar denda LE 250 hanya kerana tiket itu sudah dibeli.

3) Promosi yang tidak diketahui oleh agen.
Agen menghebahkan di "page"nya tentang promosi tiket pulang ke Malaysia sebanyak LE 3500. Bila di PM, "eh, saya tak tahu pun tentang promosi tu." Lebih kurang begitu. Grrr. Habis di dinding page itu apa? Tiada kesepakatan.

4) Kejadian tahun lepas.
Beberapa orang pelajar tidak dibenarkan board kapal terbang kerana tiket mereka dibeli secara tidak sah. Terpaksa seret bag dari lapangan terbang pergi rumah semula. Alhamdulillah, pada waktu tersebut saya membeli melalui Nile Tours (travelling agent Mesir). Tiada masalah! Travel agent ini sudah mendapat banyak pengiktirafan.

5) Tidak berbudi bahasa.
Sungguh tidak mesra pelanggan. Tidak memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan. Kita sebagai pelanggan dimarahi.

6) Ada satu point yang sangat ergghh tapi saya akan berdiam diri. Boleh bertanya secara personal.

Cukup setakat ini! Sepanjang saya membeli di travelling agent di Iskandariah sama ada Nile Tours/Rabah Tours (bukan pelajar Malaysia, ia syarikat profesional). 

1) Mereka sentiasa senyum dan mesra pelanggan.
2) Sabar ditujah pelbagai pertanyaan tarikh tiket. Biasalah.
3) Spesifik dalam bekerja.
4) Resit tiket dalam kad yang cantik. Dapat beg free! (Rabah Tours).

Kepada mereka yang berhasrat menjadi travelling agent, jalankan kerja dan bisnes dengan amanah, tulus. :) Saya tahu kamu semua juga sedia maklum tentang ini. Menjadi agen perlu bersabar dengan banyaknya soalan tentang tarikh, penukaran di saat akhir, dll. Sepatutnya kena ada kursus sebelum menjadi travelling agent. Hehe. Mari kita sama-sama beristighfar memohon ampun kepada Allah S.W.T.

Dengan ini saya menggalakkan kepada para pelajar untuk pergi sendiri ke syarikat travelling agent profesional yang diiktiraf. Atau beli online dengan mana-mana syarikat penerbangan. Boleh membayar menggunakan paypal atau kad kredit. Alhamdulillah, saya sudah mendaftar dengan Etihad Airways. Tip top. Kalau Malaysia Airlines, macam Enrich gitu. Mari start kumpul poin!

Minta maaf jika terkasar bahasa.

Wallahu A'lam.

Wednesday 27 March 2013

Pendapat Baba Tentang Forensik.

Assalamualaikum W.B.T.

"I liiiiiive!" Kata Mushu dalam filem Mulan. Sama juga seperti saya, seperti hidup kembali! Kawan saya sudah bising sebab sudah lama tidak berblog. Hehe. Minta maaf. Saya sendiri rimas dan malu melihat blog tidak berisi.

Hari ini hari pertama pusingan Ortopedik.

Dahulu, saya pernah menyuarakan hasrat untuk menjadi seorang pakar forensik. Memang! Semua gara-gara cerita CSI, 24, Mr Brain dan novel-novel. Huh. Sedang cerita itu bersiaran, saya pun turut serta dalam membuat diagnosis :3 Betapa besarnya pengaruh elemen ini. Namun, ayah saya menentang keras pilihan saya.

Alhamdulillah, beliau memberi banyak pencerahan. :) Forensik tidak dapat menghasilkan wang yang banyak. Maka, saya dengan mudah menukar cita-cita, alasan tersebut sudah cukup kukuh. Setelah diberi pendapat juga oleh Dr. Chan, doktor cina muslim yang menetap di hadapan rumah saya dan berdiskusi, saya memilih untuk menjadi seorang pakar ortopedik atau bius! Cause I like to sleep and don't like to walk around. Haha.

... Kerana saya meminati bidang farmakologi. Mungkin ada bidang yang menggabungkan keduanya, dalam skop yang besar. Hmm, pakar sakit puan? Ramai pakar sakit puan menggesa kaum Hawa menjadi pakar sakit puan. Walau apa pun, tunggu saya membuat praktikal untuk membuat keputusan terakhir, InsyaAllah.


Ini kami! Dr. Qarafi (An Nahif) dan Dr. Nusaibah menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama di Hotel Sheraton, Montaza. Hadiah perkahwinan daripada ibu saya. Terima kasih :)

Yang penting, bukan bidang kecemasan! Nanti, daripada seorang pesakit bertambah menjadi dua. Ngeh3. Doakan kejayaan saya dan suami :) Semoga doa yang diluahkan dilontarkan kepada kamu semula. Rasulullah S.A.W. sudah menyebut dalam hadis qaulinya tentang ini.

Wallahu A'lam.