Monday 27 February 2012

The Trip Part II




Assalamualaikum W.B.T.

Selesai part one. Part II seterusnya. Alhamdulillah, kerana kita semua tidak dikategorikan dalam kalangan orang yang malas membuat sambungan. Membuat entri hangat-hangat tahi ayam. Bersemangat pada awalnya, namun cepat sejuk. Moga kita dihindar yaaaa. Fighting! Peringatan untuk ana.

Ada satu peristiwa yang agak funny. Hehe. Kami pergi ke rumah Kak Sakinah di Bartlett Close. Perasaan malu-malu sebab takde seorang pun daripada kami yang kenal kakak tersebut and ahli rumahnya! Sampai di destinasi,

"Tok tok," saya mengetuk. Sejurus kemudian, Kak Sakinah membuka. And selepas bersalam-salaman, kami menuju ke ruang tamu. And?

1) Di situ terdapat Nasuha, Fatin Atiqah and Afifah.

2) Taqiah and Hannan sedang menjemput Syamimi and Farah Adiba di airport. Semangat kami bersalam sebab masing-masing hendak menuju hala tuju sendiri. Rupa-rupanya kami tinggal di rumah yang sama! Oh ye, we're on the same plane.

3) Esoknya, Salmiah, Seha, Erna, Ijah and Auni pula menyusul. Haha.

4) Ohh, ana dapat jumpa Kak Siti Fatimah Mukhtar. Alhamdulillah. Best jumpa orang hebat. I recognized her at the first sight :)

Hari kedua, bermulalah hari berjaulah yang sangat best. Kami bertolak seawal 8 pagi sebab ingatkan central London 2 jam daripada tempat kami. Rupanya 4 stesen sahaja melalui tube a.k.a dalam 15 minit=.= Haha. Tiket all day kami, dalam 8.40 pound sebab kami beli time on peak.

Sebelum berjalan, ana nasihatkan bawalah beberapa makanan berat or fast food or even roti, untuk makan time perjalanan nanti. Nasi goreng, mee goreng, or apa-apa yang mengenyangkan. Coklat and biskut boleh beli tengah jalan. Just find tag vegetarian. Banyaaak je. Just in case lapar, takdelah masing-masing hilang mood and get angry easily. :P

1) The Monument.

Dibina sempena memperingati The Great Fire of London. Boleh masuk ke dalam bangunan ini dengan bayaran 3 pound rasanya. Ada 313 anak tangga. Haha. Ana dah naik and turun menggigil habis. And, kita akan dapat certificate yang menunjukkan kita dah naik sampai atas, which means kita dah daki 313 anak tangga.

Mula-mula, ana ingatkan nak surrender. Tengok atas, jauuuuuuuuh lagi. Tengok bawah, pun dah jauh. Ternampak orang tua, kanak-kanak, semua ada semangat untuk sampai atas.

Putus asa ialah sikap orang kafir. So, ana kuatkan semangat and Alhamdulillah, reached the top! :D Selepas itu, memang sakitlaaaah kaki. But, never mind. It's not a big deal. Just be patient. ^^

2) Tandas.

Tandas ini berbayar. Masukkan duit dan pintu akan terbuka. Sangat bersih. Tandas mereka tak ada hos, tapi ada sinki. So, jangan lupa bawa botol untuk tadah air. Kalau nak istinjak pakai tisu sahaja pun tiada masalah.

3) Dunno.

Kata tourist guide, this is the International Training Center for Windows' Cleaner. Hahaha. Memang letih agaknya pencuci tingkap. Bukan main banyaaaaaaak lagi.

4) Qarafi.

Oh, ini suami ana di airport. Rasanya, baru lepas solat Subuh. Kira honeymoon la juga. :D

5) Tower of London.


Bagi ana, ini tempat yang mesti pergi. Pergi awal sikit, sebab lambat nanti beratur panjaaaaaaaaang. Waktu ana masuk, ada dua tiga orang je beratur. Selepas itu, panjaaaaaaaaaaaang sangat. I mean, sangat panjang. Kat dalam ada banyak tower. Tower Hill, White Tower, Crown Jewel, Tower of Torture and macam-macam lagi.

Okay, blogger tak boleh upload banyak picture at the same time =.= Actually, untuk setiap nombor ada picture.

The Trip bersambung lagi, InsyaAllah ^^

Wallahu A'lam.

Sunday 26 February 2012

The Trip Part 1




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, beberapa keping gambar dah ada. Need to buy a camera. Keh3. Qarafi, take note. :P

Setiap perjalanan tak lari daripada kesilapan. Jaulah ini juga begitu. Ana abadikan di sini, untuk dijadikan pengajaran kepada mereka yang lain. But, I love this trip! Alhamdulillah. I met amazing people, amazing surroundings, amazing world created by ALLAH S.W.T. InsyaALLAH, I will do better for the next trip.

Tolong, saya perlukan guru bahasa Inggeris. =.= Dan juga guru Korea. Hihi.

Kami terbang menaiki Egypt Air; A Member of Star Alliance. Tapi, serious Misr Litthairan kali ini sangat besar dan cantik. Not like a typical Egypt Air. Harga tiket CAI - LHR, CDG - CAIR, LE 2650. LHR stands for London Heathrow and CDG stands for Charles De Gaulle. Kami punya flight pukul 9.30, so kami bertolar dari Alexandria dalam pukul 1.30 pagi menaiki Delta Bus terus ke Cairo Airport. Harga tiket, LE 45.

Di airport, sila naik shuttle bas sendiri kerana bas tak hantar sampai dalam. Arrived at airport, sekejap sudah azan subuh and pray ^^. Dinasihatkan kepada saudara-saudari untuk membeli makanan sebelum ke airport (ana beli Abu Rabi') or masak sendiri kerana makanan di airport limited and sangat mahal. Tak worth dengan fries seciput tu.

Seperti biasa, ana yang tidak bervisa ini, Haha, memerlukan wajah yang kesian dan kad pelajar untuk tidak membayar denda. Tidak ku sangka my husband juga tidak bervisa! Sesiapa yang rasa dia tiada visa, sila spare 400 genih dalam tangan, kita akan melalui dua kali immigration Mesir. Sekali keluar Mesir and sekali lagi masuk Mesir. Baca doa banyak-banyak. Semoga ALLAH S.W.T. menerangkan hati mereka. Alhamdulillah, kami berdua tidak didenda. (Bukanlah daku sengaja tidak bervisa).

Oh, ada peristiwa di tempat check in. My husband and friends tak ambil itinerary ticket diorang. =.=. Alhamdulillah, dekat tiket ada nombor E-Ticket. Biasanya, tiada. Tapi, kalau tiada, masih ada alternatif lain. Sila hubungi agent tempat anda beli tiket and tanyakan nombor E-Ticket anda.

Perjalanan Cairo - London mengambil masa dalam 4 hingga 5 jam. Di Airport London, ada prayer room tapi multifaith! And tandas mereka tiada air, so sila bawa botol or gelas sendiri. Kad HSBC boleh draw duit daripada mana-mana sahaja ATM yang ada, jangan risau :D Di airport, kami merancang perjalanan. Atas nasihat seorang kawan, kami membeli London Pass untuk dua hari, 54 pound. And ticket bus hop on hop off untuk dua hari, unlimited 27 pound. And here's the result.

1) London Pass boleh digunakan di banyaaaaaaaaaaaak sangat tempat and kami dapat berjimat lebih daripada 100++ pound. Kalau tidak silap, hari pertama sahaja, ana dapat jimat 70++ pound which is dalam 700 genih. But, London Pass tak cover untuk 4 typical attractions of London; The London Eye, The London Dungeon, Madame Tussauds and The Sea Life.

4 tempat ini pakej tersendiri. Kalau beli ticket untuk empat tempat, jimat 25%. Kalau untuk dua tempat, jimat 10% dan lain-lain.

2) Bus Hop on Hop off. Ana rasa satu kerugian untuk beli this ticket sebab kami tak guna pun. Ticket ini hanya boleh cover untuk The Big Bus yang ada di tempat-tempat tertentu. Kami guna ticket all day unlimited, berharga 7 pound (kalau tak silap) jika beli selepas pukul 9 (off peak) and boleh guna sehari. Sah diguna untuk bas and tube. 7 pound untuk Zone 1 and Zone 2. 2 zone ini sudah cukup besar, actually. And sangat menjimatkan. Pengajaran untuk kita semua. Hehe.

Dari airport, kami pergi ke rumah Kak Sakinah dan housemate yang super baik, Subhanallah, di Bartlett Close, East London, menggunakan airport taxi yang berharga dalam 110 pound. Hahaha. Suppose, kami tanya akak tu dulu, macam mana nak ke rumah mereka menggunakan tube mahupun bus, sebab actually, harganya murah sahaja. Qarafi pula tinggal di Malaysian Hall, London di Bayswater. <3

Pengajaran untuk hari kemudian :)




Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana ALLAH telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian ALLAH akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (Al Ankabut: 20)

Wallahu A'lam.

Friday 24 February 2012

I D Q




Assalamualaikum W.B.T.

Hari ini ana masih stuck di Kaherah. Di rumah rakan Al Manar. Haha, bukan selalu duduk sini lama-lama. Berehat sebelum memulakan hari-hari yang hectic sekali lagi. Hari-hari yang hectic yang sedar tak sedar dah cuti summer. Kih3. Malaysia, InsyaAllah.

Dalam pukul 10.00 pagi tadi, rakan ana yang makin-makin hebat ini, jadi penceramah untuk kertas Interaksi dengan Al Quran; Bila Hati Berbicara. Memang best. Haha. Ana suka dengan cara penghuraian dan contoh yang diberi. Terima kasih dengan tunjuk ajar. Boleh ana bentang dekat adik SC.

Ana bukanlah orang yang sesuai untuk menjadi kakak SC. But, I love to try and I love to learn how to. Mari amalkan hidup yang sihat :)

Semua orang rasanya ada Al Quran. Kalau ana kata, seluruh ayat Al Quran itu daripada ALLAH S.W.T.? Percaya ke tak? Ya, kita kena yakin! Untuk memahami dan menghayati Al Quran, kita kena yakin bahawa semua ayat Al Quran daripada ALLAH S.W.T. Tiada tambahan daripada tukang pencetak, para pengkhianat dan lain-lain. Jauh sekali kata Nabi Muhammad S.A.W.

Gaya bahasa, lentok, irama, sudah membutakan penyair. Step pertama itu perlu ditanam dalam hati. Untuk isi yang lain, kita nantikan. Tanamkan yang ini dahulu. Selamat mencuba!

Wallahu A'lam.

Thursday 23 February 2012

Sudah lama :)




Assalamualaikum W.B.T.


Alhamdulillah. Cairo - London - Ireland - Paris - Cairo. :D Sudah lama tak berjalan sebegini. Cemburu juga tengok kawan-kawan yang lain. And now, ALLAH S.W.T. bagi peluang. Kena gunakan sebaik-baiknya! Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa dan suamiku terutamanya, atas pemberian yang tak putus-putus. Tidak terlupa kepada ibu dan bapa mentua. :)

Sangat banyak benda yang dipelajari. Tinggalan sejarah. Orang yang baik. Cultures. Wahhh, banyak sangat. Walaupun letih, tapi berpuas hati and ada beberapa benda yang perlu dibaiki untuk jaulah yang akan datang. Menajamkan minda! Mencelikkan jiwa.

Sebelum ana memulakan introduksi, ana ingin mengucapkan segunung penghargaan kepada mereka yang menaja perjalanan ini. Dari segi kewangan, tempat tinggal, makanan, kenderaan, tenaga, kasih sayang dan sebagainya.

Maafkan diri ini yang memang banyak kekurangan. Banyak menyusahkan. Banyak songeh ke? Hehe. Semoga ALLAH S.W.T. merahmati dan memberi pulangan yang sangat bernilai.

Baba

Ummi

Qarafi Handsome

Keluarga ^^

Kakak London

Kakak Ireland

Rakan Al Manar

Dan lain-lain.

Perjalanan. 13 Feb - 22 Feb.

Ehem. Ana bukanlah orang yang baik seperti akhawat yang lain. Yang sentiasa dengan hammasahnya. Siapalah ana. Keh3. Kagum dengan mereka semua. Serius. Tak tipu. Namun, ana juga mencari. Dengan cara tersendiri.

Ada yang keluar negara, gather dengan akhawat sebaris negara tersebut. Ana pula berjalan-jalan dari pagi sampai malam. Namun, ini bukan perjalanan kosong. Tapi, ana masih perlu belajar. Perlu banyak bimbingan. Bukan sinis mata. Setiap orang ada caranya. Dan ana masih berusaha.

Orang yang mantap, tapi bangga, lebih teruk daripada mereka yang biasa, tapi rendah diri. Sangat terasa kecil, apabila dengan mereka.

Alhamdulillah, dengan kehadiran seorang suami. Ohh, anniversary beberapa hari lagi :D

Okay. Bahasa tunggang langgang. Keh3. InsyaALLAH, akan disambung, sebab nak letak tambahan sikit. Kata orang, pemanis rasa. Okay, modul GIT menunggu =.= Doakan keputusan exam baik-baik sahaja dan lulus. YA ALLAH :)

Wallahu A'lam.

Sunday 12 February 2012

Habits of Highly Ineffective People.




Assalamualaikum W.B.T.

Mungkin minggu lepas? Bising-bising kes pergaduhan Arab Mesir pasal bola. Sampai terbunuh 70 ++. Hellooo? Pasal bola pun nak berbunuhan? Pergi bakar stadium sebab tak puas hati? Kenapa? Marah sangat? Aduh. Unethical + tak matang. How these people will rule the country? With this kind of attitude? Erk.

Bila kamu semua nak belajar kontrol marah? Bila?

Teringat dekat Al Amin. Habis je lawan bola jaring, mesti ada yang menangis. Haha. Tak puas hati. Waktu dulu, fikiran macam itu jugalah. Tapi rasanya, orang-orang yang bergaduh ini, semua dah besar.

Let me tell you. Sejujurnya, this country is wonderful! But, the people is very baaaaaaaad! Jawapan ana kalau ada orang Mesir tanya.

1) Pemarah. Egyptian people just need to control their anger. Marah tak habis habis. Gaduh tak habis habis. Yeah, I know. Thats the way they talk to people. Kamu semuaa dah jadikan ini sebagai adat. Orang Melayu, kalau sekali tinggikan suara dekat public, semua ambil gambar tau! Okay, negara tak sama. Adat tak sama. But, this is the basic attitude, right? Kalau anak orang Melayu gaduh, berebut bola contohnya, parents akan marah anak sendiri. Kalau anak orang Arab gaduh, anak orang lain siap dicubitnya and menangkan anak sendiri!

2) Suka minta duit. Kalau harga standard, tidak mengapa. Contohnya taxi; kalau dah standard pergi Carrefour itu 7 genih, tak payahlah bising-bising cakap harga 15 genih. Semua negara ada standard mata wang, dah taxi Mesir macam itu. Murah.

Jangan ingat kami yang biasa naik taxi, terus kena caj RM 3.50 (Caj duduk atas kerusi. Haha) a.k.a LE 7, kena treat macam taxi di Malaysia. Dah negara kamu memang begitu harganya. Macam juga plastik. Plastik di Mesir memang mahal. Hanger 5 batang pun dalam LE 30 a.k.a. RM 15. Janganlah kita bising-bising minta murah. Memang dah standard harga plastik di Mesir begitu.

Sebab itu, kalau ada seorang rakyat Mesir yang baik hati. Alhamdulillah, very grateful! Mereka banyak suka kaut duit. =.=. Semua benda nak duit. Kalau delivery, disebabkan rumah kami yang rendah ini, mereka nak upah naik tangga. Bayaran untuk plastik lebih masa beli kat kedai runcit. Bayaran letak barang dalam boots taxi. Semua bendaaaaaaa nak duit. Ingat kami ini kaya sangat ke?

Okay, panjangnya elaborate. Haha.

3) Kes mencuri + rompak + samun. MENIPU macam dah jadi ADAT. Or mengelat. Kelar-mengelar. Tikam-menikam. Tembak-menembak.

4) Dan lain-lain. Seperti kencing merata, buang sampah merata. Ana tidak percaya dengan semua dinding, kerusi di stesyen ataupun bongkah-bongkah batu di pantai.

Tapi, abang senior ana pernah ingatkan,"orang Mesir ialah mangsa keadaan." Disebabkan pemerintahnya yang zalim lagi tak patut menjadikan orang Mesir miskin sebegitu rupa. Menjadikan mereka dalam keadaan terpaksa. TETAPI, Dalam keadaan mereka sebagai mangsa, ada banyak lagi benda positive yang mereka boleh buat untuk ubah semua ini. Ada banyaaaak lagi. All of you, just tidak mahu mencari. Arrogant.

Orang Mesir dikurniakan akal yang laju, mantap. I admit this. Memang keturunan Imam Syafie agaknya, sekali tengok buku, boleh hafal. Sekejap je. :D Kawan-kawan Melayu ana yang belajar di negara Arab waktu kecil pun, ada ability untuk menghafal dengan sangaaaaat laju. (Possibility gene mungkin 1%? Sebab rakyat negara lain pun mampu jika dididik) Subhanallah :) Apakah rahsia? Surrounding maybe.

Surrounding sekolah tahfiz yang menyebabkan karangan exam pun hafal. Daripada pendahuluan sampai penutup! Haha. Okay, yang ini memang dah tak pakai skill =.=. Ini skill menghafal karangan, bukan membuat karangan. Akal yang mantap, takkan nak disia-siakan?

"Indeed, ALLAH will not change the condition of a people until they change what is in themselves." (The Thunder: 11)

Kalau ana olah, sesungguhnya ALLAH S.W.T. tidak mengubah nasib rakyat Mesir, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.

Kita sama-sama mencari. Okay, ana mencari. Kamu pun mencari. :) Negara ini, banyak kelebihan, banyak sejarah yang termaktub dalam Al Quran, banyak 'aalim yang sangat bijaksana. Dari segi ekonomi, sangat-sangat boleh membangun. Malaysia still kena bina KLCC. Mesir sudah ada piramidnya. Minyak, negara mana yang banyak lagi? Malaysia ke Mesir?

Pemimpin corrupt.

First step, ubah attitude. I always have this kind of feeling that I wont step on this land again after I finished my study. I regret it sometimes studying here. Sebab itu ana takde baju Alexandria University. Or sticker kereta. Haha. I wont buy that. I hate to answer that I am studying in this university bila orang tanya. #SelaluadakeinginanuntukmenyambungdiMalaysiadengantransferkredit# Haha.

But, always be positive. Semua benda tidak dijadikan sia-sia. ALLAH S.W.T. knows best and I believe in HIM. ALLAH S.W.T. is sweet and ALLAH S.W.T. loves us. ^^

Pesanan kepada saya. Ingat tulis bahasa Melayu orang Mesir faham laa?

Ohh, ehem, esok ana akan ke London bersama my sweet mister, Qarafi dan beberapa orang rakan. Dan ke Paris juga. Doakan perjalanan kami diberkati dan selamat yaaa ^^

Wallahu A'lam.

Thursday 2 February 2012

Tooth - Penguat Ikatan.




Assalamualaikum W.B.T.

Al kisah, pada hari Jumaat bertarikh sekian-sekian, kerana SEbatang gigi yang berlubang, ada insan yang demam. Maka, bermulalah episod kemengada-mengadaan yang sangat mengada!

Haha. Gigi itu gigi ana. Gigi yang sedang diroot-canal treatmentkan. Maka, yang mengada, ana :) Mangsa? Ohh, semestinya suamiku. Kih3.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Kerana, seawal pagi, sudah menghantar ke hospital, dan doktor gigi masih belum ada.

Kerana, membelikan makanan yang sedap, untuk mengisi perut yang kosong.

Kerana, menjaga, meneman, membelai, mengurut tanpa merungut.

Kerana, menyediakan air suam dan cuka, (petua pilihan setelah menggOogle), malangnya tidak berapa menjadi. Haha.

Kerana, memasak bubur, apabila isteri hendak makanan lembut.

Kerana, menyediakan air yang sedap, untuk membasah tekak.

Kerana, meneman ke hospital kali kedua di waktu malam, sewaktu insan sedang berehat.

Kerana, sentiasa terSENYUM sepanjang hari, menolak ajakan rakan, katanya,"bini aku sakit. Aku hendak jaga." Tidak boleh tinggal.

Tidak lupa kepada tuan punya ghurfah, yang tidak lokek untuk memberi, tidur di atas sofa di ruang tamu sehingga malam. Juga kepada sahabat serumahnya.

Sungguh, semoga ALLAH S.W.T. memberikan Rahmat dan Barakah yang tidak terhingga.

Gigi berlubang, ada hikmahnya. Tidak ALLAH S.W.T. jadikan setiap perkara itu dengan sia-sia. Yakinlah. :)


Alhamdulillah, we are ALMOST one year! :D Wow, how time flies. Kisah bergelar suami muda, akan dibukukan, InsyaALLAH. Ya, kami hendak cuba tulis buku. Keh3.

Kami tengah exam. Doakan yaaa ana yang selalu lalai ini =.=. Hish. Macam mana nak jadi isteri solehah kalau begini.

Wallahu A'lam.