Tuesday 10 January 2012

Katak pekak lebih berjaya.




Assalamualaikum W.B.T.

Kita berpendapat sedikit. Hehe. Apakah yang perlu ada pada sistem pendidikan sesebuah sekolah? Memang paling utama, didikan Islam. Penting sangat-sangat, lebih-lebih lagi untuk pembawaan time masuk universiti nanti and seterusnya. Biasa, time universiti, ramai orang hanyut. Ramai sangat. Tetapi, ramai juga yang berubah jadi baik. Bergantung kepada manusia dan suasana. Dan juga keinginan.

Ramai orang, hukum sesimple pun tak tahu. Bukan sengaja, tetapi memang tak diajar, and kalau diajar pun, cikgu tak tekankan sangat. (itu yang menyebabkan ana sedikit anti akan sekolah kebangsaan. hehe.) Cikgu, kenalah rasa tanggungjawab. Masalahnya cikgu pun sama. Cikgu juga tidak mendapat didikan yang sepenuhnya.

Itu memang crucial, namun ada benda yang tak boleh dilepas pandang. Kita, bila nak buka sekolah, mesti ada visi dan misi yang hebat-hebat. Melahirkan insan Rabbani. Ya, itu satu tujuan yang murni. Namun, aspek lain kena diambil kira. Jangan melahirkan insan Rabbani yang hanya pandai dalam bab agama.

Bab sukan. Bab berbahasa. Bab kemahiran diri. Pun perlu diambil kira. Adalah menjadi hak seseorang pelajar untuk belajar banyak perkara baru di sekolah. Dia ada hak untuk mendalami ilmu seni pertahanan diri, badminton, memasak, berniaga, berdebat, bertanding dengan sihat di samping cemerlang dalam bidang akademik dan agama. Namun, ada sesetengah institusi yang hanya memandang enteng dalam perkara ini.

Time belajar, minda yang perlu dicreate dan dikreatifkan sehabis mungkin, dibazirkan begitu sahaja. Bila masuk universiti, kawan-kawan lain experience macam-macam, banyak bidang ilmu dan kemahiran yang dicover. Namun? Sudah menjadi tanggungjawab sekolah untuk melahirkan seseorang yang boleh menghadapi masa depan dengan cemerlang. Banyak pencapaian yang diterima. Senang untuk application di universiti atau memohon biasiswa.

Sedih bila dengar ada yang keluar, bilangan makin berkurang. Namun, dalam hati, ana menyokong perkara tersebut. Dan sedikit gembira, kerana mereka akan pergi ke tempat yang baru, di mana hak mereka sebagai pelajar, lebih terjamin. (tapi kena pergi institusi yang baguslah. jangan pergi sekolah kebangsaan. ops).

Yang paling ana terkilan, sehingga kini, tiada pendedahan tentang alam selepas persekolahan. Bagaimanakah hendak memohon? Biasiswa? Bidang? Tiada langsung yang kisah. In the end, ramai yang belajar menggunakan wang ibubapa. (sebab tak tahu rupanya boleh minta scholarship. upu pun pakai isi je. tak fikir dengan betul sebab tak tahu implikasi). Alhamdulillah, ramai ibubapa yang mampu untuk membayar yuran universiti dengan wang sendiri. Tapi, ana still terkilan. Pelaburan, melancong ke luar negara, menimba ilmu, berjalan, belanja, masih perlu meminta duit ibubapa. Padahal, keputusan lebih baik daripada perlu meminta-minta.

Apabila kita memberi pandangan, memberi cadangan, maksudnya kita mahukan yang terbaik untuk institusi tersebut. Mahu ia membangun. Pencapaian yang tinggi. Bidang akhlak, akademik, kemahiran. Namun, seringkali disalah tafsir sebagai tidak mengenang budi. Ya, sering begitu. Namun, kita juga akan menjadi mundur jika mendengar segala cacian dan menjadi tidak bergerak. Katak pekak lebih berjaya. Mari kita berganding bahu, sama-sama membangun. Tak nak pandai cakap je.

Jangan terburu-buru membina institusi baru, bangunkan apa yang ada dan kukuhkan hingga mencapai steady state. Berikan pelajar hak mereka untuk mengenali dunia. Selamatkan generasi akan datang.

YA ALLAH, bantulah kami.

Wallahu A'lam.

Friday 6 January 2012

The Reasons.




Assalamualaikum W.B.T.

Hari ini hari ulang bulan perkahwinan ana yang ke 10. Alhamdulillah :) Semalam, Qarafi belanja makan. Tart telur, hadiah from me. Doakan kami selalu. Rakan Al Manar yang kahwin dua hari sebelum ana, sudah pun melahirkan anak pertama. Muhammad Faqih Muqaddam. Sangat comel and gemuks. Me? Haha.

"Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari ALLAH supaya (dengan itu) ALLAH tidak akan menyalahi janjiNYA, atau hanya kamu mengatakan atas nama ALLAH sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?" (Al Baqarah: 80)

Asbabun nuzul. Sebelum itu;

Tahukah anda apa itu asbabun nuzul? Asbab ialah kata jama', di mana mufradnya ialah as sabab. Ataupun bahasa Melayunya "sebab". Nuzul pula daripada perkataan na za la, which means turun. Jadi asbabun nuzul, sebab-sebab penurunan. Arabic is easy, InsyaALLAH :) Asbabun Nuzul termasuk dalam Ulum Al Quran. Nota; Ulum Al Quran termasuk dalam silibus Al Manar.

Jadi, kenapa ALLAH S.W.T. turunkan ayat tersebut?

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa di waktu Rasulullah S.A.W. sampai ke Madinah, kaum Yahudi berkata: "Umur dunia ini tujuh ribu tahun. Manusia diseksa tiap seribu tahun dari hari dunia ini sehari di Yaumil Akhir, sehingga jumlahnya hanya tujuh hari saja, dan setelah itu putuslah siksaan itu. Maka ALLAH S.W.T. turunkan ayat ini sebagai bantahan dan peringatan kepada orang-orang yang menganggap dirinya lebih tahu dari ALLAH S.W.T. (Diriwayatkan oleh At-Thabarani di dalam kitabnya Al-Kabir, demikian juga Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, dari Ibnu Ishaq dari Muhammad bin Abi Muhammad dari Ikrimah atau Sa'id bin Jubair yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa turunnya ayat ini sehubungan dengan ucapan kaum Yahudi yang berkata: "Kita tidak akan masuk neraka kecuali beberapa hari saja, selama kita menyembah anak sapi, yaitu empat puluh hari, sesuai dengan sumpah kita. Dan apabila telah habis empat puluh hari, putuslah siksaan terhadap kita." (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ad-Dlahhak yang bersumber dari 'Ikrimah, Ibnu Abbas dan lain-lain.)

Setiap ayat Quran itu, pelbagai ilmu yang boleh kita dapat. Tajwid, tafsir, qiraat, asbab, ma'na, dll. Ana memang suka baca asal usul. Seperti asal usul negara Malaysia, sejarah nama Kampung Kolam, asal usul ayat Quran, kenapa orang Asia berkulit cerah, sejarah pemerintahan dunia, dll. Sejarah is seronok actually. Kan? Kan? Namun, buku teks sejarah telah menyebabkan ia tidak seronok. Tebal berperenggan sikit. Kurang menariks. Hihi. Banyak songeh.

Wallahu A'lam.

Tuesday 3 January 2012

Adakah perlu atau tidak?




Assalamualaikum W.B.T.

Turning point untuk ana mula-mula untuk berhenti membeli barangan yang perlu diboikot, bila ana ada tengok video, sekumpulan rakyat bukan beragama Islam, menyanyi dekat shopping complex, signal untuk shopping complex tersebut kerana menjual barangan kepunyaan mereka yang tinggal di atas stolen land. Kata sokong keamanan.

Lebih kurang begitu. Dan tidak lama juga, ana ada melihat status seorang hamba ALLAH S.W.T., lebih kurang begini, "Demi ALLAH, aku tidak akan boikot." Dan keterangan selanjutnya. Ana juga ada membaca artikel dari majalah I, dikarang oleh seorang Protaz, tentang tidak perlu untuk memboikot. Kerana mafsadah lebih banyak daripada manfaah. Mafsadah = keburukan. Manfaah = manfaat.

Berlainan pula dengan kawan-kawan ana, ramai yang memboikot. Siap nangis lagi kalau tengok orang beli barang boikot. Nak kata betapa sedihnya dan hancus hati. Kalau dia datang rumah, nak beli kentaki frai ciken pun serba salah! Sampai boleh buat peribahasa, bunyinya lebih kurang begini,"umpama muslimah masuk KFC."

Apa-apa pun, dalam hal ini, ana teramatlah jahil, tidak mengetahui aliran wang, kalau duit KFC Malaysia masuk mana? Berapa persen kerugiaan umat Islam yang bekerja? Kenapa McD lebih teruk daripada KFC? Dan lain-lain.

Orang yang mengambil jurusan agama sebagai aliran utama, ada pandangannya. Para professional (doktor, jurutera, dll) yang belajar agama (bukan aliran utama), ada pandangannya. Dua-dua pihak ada hujahnya. Dua-dua sudah mengkaji. Hujah masing-masing kuat. Masing-masing professional.

Tapi ingat, RAIkan pendapat orang lain. Jangan menuding jari. Masing-masing sudah berijtihad. Masing-masing sudah berusaha. Betul atau salah pendapat itu, hanya ALLAH S.W.T. yang tahu. Ijtihad untuk mencari fatwa itu pun sudah diberi pahala.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.;

إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ فَأَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ فَأَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ

Maksudnya;“Apabila seseorang hakim itu berhukum. Dia berijtihad, lalu benar ijtihadnya, maka baginya dua pahala. Apabila dia berhukum. Dia berijtihad, lalu salah ijtihadnya, maka baginya satu pahala sahaja" (Abu Daud: 3103)

Sekarang? Ana menyokong barangan usahawan Muslim. Tak kisahlah bangsa apa pun. Tapi, kalau macam Microsoft tu, tak seronot la nak pakai StarOffice mahupun Linux.

Hormati pendapat orang lain. :)

Wallahu A'lam.

Sunday 1 January 2012

Statement "Ini Kisah Pengakhiran yang Manis".




Assalamualaikum W.B.T.

Rakan-rakan, masih ingatkah post "Ini kisah pengakhiran yang manis". Haha, untuk entri itu, banyaaaak sangat ayat yang ditapis dan difilter. Okay, sama je kan. Untuk mengtaqkidkan lagi.

Ana tahu ada silent reader yang baca. Kalau silent readers tak tahu lah. :) Actually, ana ingatkan nak tulis satu siri je, cukup untuk menerangkan segalanya. Lagipun, ana mahu menjaga sensitiviti pihak-pihak yang terlibat. Iyalah, benda ini paling kurang, melibatkan 2 orang.

Jadi, kepada mana-mana pihak yang ingin bertanya kisah selanjutnya, eceh, ibarat Doktor Cinta lah kan, or ingin minta pendapat or kata nasihat (macamlah saya ini okay sangat), sila hubungi ana, melalui pelbagai medium yang ada, InsyaALLAH kita akan adakan musyawarah yang baik, perbincangan yang baik.

Ana dan kamu, inginkan pengakhiran yang baik, dan ingat, ia tidak semestinya berakhir dengan perpisahan. Yang akan membantutkan aktiviti dan semangat anda, serta membazirkan air mata anda selama seminggu.

E-mail; nus_90@hotmail.my. Facebook juga menggunakan alamat e-mail yang sama. Nusaibah Sallehuddin, profile picture setakat ini, gambar 2 keping roti bakar, each ada sapuan jem berbentuk jantung. Jangan malu-malu dan segan untuk bertanya ^^

Ana berminat dan InsyaALLAH akan berusaha untuk menolong kamu semua. Kita berusaha untuk jadi yang lebih baik. Alhamdulillah, ana bahagia di samping my boy. Tadi ajak dia pergi Mandarah, kesian dia kena dengar chit chat isteri yang banyak bercakap. Haha. Minta maaf yaa. :D

"Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin." (Yaasin: 56)

Oh ye, bagaimana mahu membuat coklat compound?

Wallahu A'lam.