Monday 15 April 2013

Tiket Kapal Terbang.

Assalamualaikum W.B.T.

Apabila tiba musim cuti... Apa tunggu lagi? Mari beli tiket pulang ke Malaysia! Ops, sebelum itu. Mari, dengarkan pengalaman saya :)

Untuk memudahkan kerja daripada berulang-alik ke travel agent, buat pertama kali saya membeli tiket dengan agen pelajar Malaysia. Lebih memudahkan, hanya message untuk mengetahui harga tiket terkini. Banyak betul iklan tersiar di Alex Market. Banyak betul promosinya.

Dan pengalaman untuk pengajaran saya bermula di sini;

1) Dengan tagline, PM laju-laju, kami akan balas secepat mungkin. Saya terus whatsapp dan message beberapa agen.
2 hari baru balas! Hmph. Saya reply. Message seterusnya dibalas sangat lama kemudian. Lambat.

2) Tiket yang saya tempah dibayar tanpa pengetahuan dan persetujuan saya.
Sungguh, saya rasa terhiris sehingga kini. Akan menjadi masalah apabila tiba-tiba saya mahu menukar tarikh di saat akhir (masih sebelum saya bayar), saya perlu membayar denda LE 250 hanya kerana tiket itu sudah dibeli.

3) Promosi yang tidak diketahui oleh agen.
Agen menghebahkan di "page"nya tentang promosi tiket pulang ke Malaysia sebanyak LE 3500. Bila di PM, "eh, saya tak tahu pun tentang promosi tu." Lebih kurang begitu. Grrr. Habis di dinding page itu apa? Tiada kesepakatan.

4) Kejadian tahun lepas.
Beberapa orang pelajar tidak dibenarkan board kapal terbang kerana tiket mereka dibeli secara tidak sah. Terpaksa seret bag dari lapangan terbang pergi rumah semula. Alhamdulillah, pada waktu tersebut saya membeli melalui Nile Tours (travelling agent Mesir). Tiada masalah! Travel agent ini sudah mendapat banyak pengiktirafan.

5) Tidak berbudi bahasa.
Sungguh tidak mesra pelanggan. Tidak memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan. Kita sebagai pelanggan dimarahi.

6) Ada satu point yang sangat ergghh tapi saya akan berdiam diri. Boleh bertanya secara personal.

Cukup setakat ini! Sepanjang saya membeli di travelling agent di Iskandariah sama ada Nile Tours/Rabah Tours (bukan pelajar Malaysia, ia syarikat profesional). 

1) Mereka sentiasa senyum dan mesra pelanggan.
2) Sabar ditujah pelbagai pertanyaan tarikh tiket. Biasalah.
3) Spesifik dalam bekerja.
4) Resit tiket dalam kad yang cantik. Dapat beg free! (Rabah Tours).

Kepada mereka yang berhasrat menjadi travelling agent, jalankan kerja dan bisnes dengan amanah, tulus. :) Saya tahu kamu semua juga sedia maklum tentang ini. Menjadi agen perlu bersabar dengan banyaknya soalan tentang tarikh, penukaran di saat akhir, dll. Sepatutnya kena ada kursus sebelum menjadi travelling agent. Hehe. Mari kita sama-sama beristighfar memohon ampun kepada Allah S.W.T.

Dengan ini saya menggalakkan kepada para pelajar untuk pergi sendiri ke syarikat travelling agent profesional yang diiktiraf. Atau beli online dengan mana-mana syarikat penerbangan. Boleh membayar menggunakan paypal atau kad kredit. Alhamdulillah, saya sudah mendaftar dengan Etihad Airways. Tip top. Kalau Malaysia Airlines, macam Enrich gitu. Mari start kumpul poin!

Minta maaf jika terkasar bahasa.

Wallahu A'lam.