Tuesday, 18 October 2011

Do you realize?

Assalamualaikum W.B.T.

Hari itu, Alhamdulillah, ada manusia yang baik hati, mahu berkongsi ilmu, berkongsi tentang kesalahan common mandi wajib. Ilmu ini telah disampaikan daripada sumber yang mu'tabar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM.

Ada 3 rukun;

1- Niat
2- Menghilangkan najis di badan
3- Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir


1) Niat.
Dalam hati. Bila? Ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan. Kalau lambat OR lepas dah basuh salah satu anggota OR niat sebelum air sampai ke badan, tidak sah. So, ulanglah niat semula ^^

2) Hilangkan najis.
Menurut Imam Nawawi, jika ada najis, boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Jangan lupa kotoran dalam hidung dan celah kuku.

3) Air kena rata.
Rataa. Segala pelusuk anggota badan yang zahir mestilah kena air. Zahir ye. Jangan ada yang tertinggal. Jangan korek sampai dalam mata pula, itu tak perlu.

That's all. Mudah sahaja kan? ALLAH tidak menzalimi hambaNYA. :) Kalau tidak dilakukan dengan betul, ibadat tak sah tauu.

YA ALLAH, hindarkanlah kami daripada sifat malas.

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment