Thursday 25 August 2011

JOM! Kasih Ramadhan 2.0. - Sadaqah for Poor

JOM! Kasih Ramadhan 2.0

"Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada ALLAHdan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakanALLAH kepada mereka? Dan (ingatlah) ALLAH sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka." (An Nisaa':39)


Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, JOM! Kasih Ramadhan menemui kita kembali tahun ini. Ramadhan juga kini hampir meninggalkan kita. Oleh itu, bagi mengambil peluang sementara Ramadhan masih bersama kita, maka MedicMesir bersama pelajar-pelajar dan ibubapa serta rakan korporatnya melancarkan JOM! Kasih Ramadhan 2.0.

1. InshaAllah, JOM! Kasih Ramahan 2.0 mensasarkan kutipan dana sebanyak 130,000LE dan jangkamasa kutipan adalah 5 hari (bermula dari 23 sehingga 27 Ramadhan sahaja!.)

2. Kemana kutipan 130,000LE akan disumbangkan?

1. 50,000LE Sumbangan ke Islamic Relief, Mesir untuk tujuan pembinaan rumah anak2 Mesir yang termasuk 'anak2 yatim, miskin, serba kekurangan dan keupayaan diri' di Helwan, Cairo.

2. 46000 LE untuk Program Kasih eShrin.

Kasih eShrin (20) adalah sumbangan pak makanan Ramadhan kepada 50 keluarga miskin di Malaysia (10 buah negeri) dan 120 keluarga Miskin di Mesir (lokasi di Tanta).

3. 20,000LE untutk sumbangan ke Somalia Refugee Camp.

4. 4000LE untuk sumbangan 800 Mushaf Quran ke Ghana.

5. 10000LE untuk program komuniti dan pemeriksaan kesihatan bersama Orang Asli CAmeron Highland.

3. Apa yang anda boleh bantu?

Warwarkan Kempen JOM! Kasih Ramadhan 2.0 ini kepada kenalan anda. (Klik di ikon FB dibawah)

4. Setiap anda mampu menjayakan kempen 130,000LE ini dengan hanya bermula 20LE !!

1. eShrin (20) Sumbangan mengikut matawang anda...20LE, RM20, 20USD, 20GBP, $20......

2. IbuBapa atau sumbangan dari anda yang bekerja sumbangan ikhlas denominasi RM200 amatlah digalakkan.

3. Warga Korporat. Sumbangan zakat RM2000 dari organisasi anda amatlah dialu-alukan

5. Bagaimana menyumbang?

LANGKAH PERTAMA: PLEDGE atau NIAT Sumbangan ANDA sekarang!

Sila PLEDGE diborang yang disediakan, anda boleh menyampaikannya kemudian kepada wakil2 JOM! Kasih Ramadhan atau memasukkan didalam bank kemudian. Pastikan PLEDGE dan NIAT anda dilakukan semasa anda berada didalam Zon Ramadhan! LINK BORANG 'PLEDGE atau NIAT'

LANGKAH KEDUA: PEMBAYARAN

Di Malaysia : Masukkan ke akaun 'Mansoura Consultancy' - Maybank - 512802511290

Di Mesir : Sampaikan terus ke wakil2 muhafazah

6. Apa yang perlu anda buat setelah bayaran dibuat (samada di Mesir atau Malaysia)

Maklum secara email slip atau sumbangan ke Zakwan Ilias (mansoura.medicmesir@yahoo.com) +60148635694

7. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan :

Pengarah (Malaysia) : Aiman Jusri ~+60133746393

Timbalan Pengarah (diMesir): Azizul Hakim Mahdi ~ +20142970299

Sekretariat program: Zahida ~ +60173947297

8. Wakil Muhafazah anda:

(wakil Muhafazah...sila berhubung dengan pengarah atau timbalan bagi mana-mana yang kurang jelas)

Alexandria

Malaysia: Muhammad Asyraf / Tengku Nurlisa

Mesir: Ruhaini Ruslan

Tanta

Malaysia : Tasneem / Siti Maisarah Razali / Siti Hawa Razali / Nabilah Omar /

Mesir : Amalia Nadrah

Mansoura :

Mesir : Anan Mohamad Akmal

Malaysia: Aiman Latiff / Kausar / Khairun Nisa / Nur Amanina Jamain / Salina /

AlAzhar

Malaysia; Siti Hajar Yunos / Munnawar / Faris Ramli / Naim CK

Mesir : Farris Hanafi

Zagazig:

Mesir : Nik Muhd Fitri

Malaysia: Shikin Nordin

9. Segala perbicangan mengenai perkembangan JOM! Kasih Ramadhan 2.0, sila hadirkan diri anda ke FB group ini ! http://www.facebook.com/groups/166266350089841/

10. Anda juga boleh mendapat makluman terkini dari blog dibawah:



11. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk kita sama-sama merebut peluang ibadah dibulan Ramadhan, Semoga ibadah kita ini diterima oleh Allah swt.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Salam,

Siti Haniza Mohd Nazri @ UmmiMM



Wallahu A'lam. :)

Tuesday 23 August 2011

Perkataan Melayu yang telah mencuri.

Assalamualaikum W.B.T.

Perkataan dalam bahasa Melayu telah mencuri daripada bahasa Inggeris dengan peratus tertinggi 23.7% ataupun sebanyak 2,381 patah perkataan. Kerajaan memang fanatik dengan English kot. Sampai lupa nak memartabatkan bahasa Melayunya.

Semua tion habis ditukar jadi si. Hek3

Information - Informasi

Reflection - Refleksi

Promotion - Promosi

Kerution - Kerusi (Haha)

Rating number 2, bahasa Arab dengan sebanyak 17.8 persen yakni 1,791 patah perkataan. Contohnya;

Mungkin - Mumkin

Petua - Fatwa

Asyik - Asyiq

Loghat - Lughah

Arnab - Arnab

Merah - Ahmar?

Dan, yang ketiga ialah Lughah Al Cowo. Sebanyak 14.5 persen bersamaan 1,482 patah perkataan. Contohnya; banjir, lontong (yummy), warga, perabot, tempe.

Tempe ni sama kes dengan durian ke?

Dulu, ustaz ana pernah beritahu some bahasa Inggeris derived from Arabic. Tapi, sudah tak berapa ingat.

Alphabet - Alif Ba Ta

Elephant - Al Feel (or Feelun)

Banana - Banaan

Kitten - Qittah? Adakah eye juga dicuri daripada Ain?

Telah melihat blog ini tadi.

Seronak juga belajar bahasa. Kan Kan?

Wallahu A'lam.

... Home alone karena suami saya pergi Iktikaf di Sidi Bisyr ...

YA ALLAH, peliharalah kami semua. ^^

Monday 22 August 2011

Tertinggal tahiyyat awal.

Assalamualaikum W.B.T.

Peristiwa tersebut telah menimpa ana beberapa hari lepas. Konfiden sungguh naik lepas 2 rakaat. Gangguan fikiran~

Maka setelah merujuk kepada pakar, Alhamdulillah, dapat penyelesaian ^^

Masalah:
Tertinggal tahiyyat awal

Hukum:
Terdapat beberapa occasion

1) Lupa - Kalau lupa, tak menjejaskan solat. Cuma, kena sujud sahwi.

Dalil: Hadais Buhainah, bahawa Nabi S.A.W. pernah bersolat Zohor, dan tidak duduk tasyahhud awal kerana terlupa. Kemudian, di akhir solat, Nabi S.A.W. sujud sahwi. (Bukhari: 795 dan Muslim: 570)

2) Sengaja - Khilaf bainal 'ulamaa'

Jumhur; Sah, kerana sunat sahaja.
Imam Ahmad; Batal solat

(Majmu' Nawawi 3/450)

Khulasah:

Tak perlu solat balik sebab tak sengaja pun. And, jangan lupa sujud sahwi =)

Masdar

Wallahu A'lam.

Friday 19 August 2011

Berkelana seorang diri malam-malam.

Assalamualaikum W.B.T.

Ana memang pemberani sikit orangnya? Hehe. Dalam erti kata lain, berani berjalan sorang-sorang. Dan tidaklah mempunyai keminatan terhadap menjerit. Hatta, bila kena ragut pun, I just stood still. No screaming allowed here. Thanks. Or ia akan memecahkan eardrum kalau ada siapa-siapa menjerit. Lebih-lebih lagi jeritan overdose terhadap lipas seekor. Huh, ingatkan ada orang jatuh bangunan.

Ingin ku ceritakan peristiwa ana pergi mengembara ke Thailand. Tak berapa ingat dah kronologinya. Tapi, yang pentingnya pergi seorang dirilah ke Kelantan. Naik bas ape tah. Turun kat Pengkalan Kubor rasanya. Never went there before. Sampai dalam pukul 4 pagi kot. So, the first thing is cari tempat berlindung! Sekali ternampak masjid tersergam indah. Alhamdulillah, berlindung di dalam masjid sementara menunggu someone to pick up.

I know, ALLAH S.W.T. is there. Nothing to worry about! :D (Ini bukan prinsip anti-musyrif ye. An berusaha menggunakan musyrif)

Istilah mengembara berjaulah lebih sesuai dalam keadaan ni. Sebab, kami naik tramco ke Bangkok! Memakan masa 2 hari. Ada je yang naik flight, but they missed many things there. Kami berhenti banyak spot juga. Soping. Tengok tinggalan sejarah. Dll.

Masa kat tempat feri, ceit, Thailand kat seberang nun je ke. Boleh nampak daratan Thai. Yang memisah hanyalah sebatang sungai. So, kami naik feri pergi seberang and pergi cop imigresen kat Tak Bai. Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun lamanya duduk Kelantan. Ada merasalah pergi jiran sebelah. Singapore dah pernah dulu waktu sekolah rendah dulu. Tapi, transit je lah. Keh3.

The best thing about Thailand is their food! Dapat rating tertinggi daripada Puan Nusaibah Binti Sallehuddin. The second is Chinese, followed by Malaysian and Mamak. India ke? India tetap memberi advantage kepada perut nampaknya. Sangat kurang berminat terhadap cerita Tamil and Hindustan kerana suka menyanyi golek2 kat train dan sawah. And bahasanya tidak menimbulkan ketenangan jiwa.

Setiap perkara ada pro and cons. Yang Maha Sempurna ialah ALLAH S.W.T. Tuhan sekalian alam. Kalau kita ingkar, kita sendiri yang rugi. ALLAH S.W.T. tak rugi sikit pun.

Bangkok agak maju. Mungkin lebih maju daripada Kuala Lumpur? Diorang ada sungai kat tengah-tengah bandar. Subhanallah, scene malam-malam sangat cantik. Kami naik bot dalam 1 jam keliling bandar. Masa naik bot, adalah beberapa kali selisih dengan bot lain. Bot ke? Macam cruise. Restoran bergerak. Kami? Haha. Bot nelayan.

Maka bertebaranlah di muka bumi, melihat keagungan ALLAH S.W.T.

Zhang Fu sedang memasak. :P (Kiasan perlian untuk diri sendiri)

Wallahu A'lam.

Thursday 18 August 2011

Proprofs


Assalamualaikum W.B.T.


Have a look. Brain games and free :D Hehe. Masa kecil-kecil ana suka main games garfield. Or disney games. Siapa ada duit lebih sikit boleh main Lumosity.

Mari kita mengasah minda!

Wallahu A'lam.

Wednesday 17 August 2011

Besikeret


Assalamualaikum W.B.T.

Keh3. Besikeret tu loghat Kelantan. Laughed loudly first time I heard it. Maksudnya, Ber Sec Ret. Boleh pulak dicerakinkan masukkan vowel sikit jadi besikeret. Ingatkan basikal karat.

Ada satu hadits tentang secret;

Daripada Anas bin Malik R.A.; Rasulullah S.A.W. pernah mendatangiku ketika aku sedang bermain-main dengan anak-anak yang lain. Baginda memberi salam kepada kami, lalu menyuruhku untuk suatu keperluan, sehingga aku terlambat pulang kepada ibuku. Ketika aku datang, ibuku bertanya, "apa yang membuatmu terlambat?" "Rasulullah S.A.W. menyuruhku untuk suatu keperluan," jawabku. "Apa keperluannya?" Tanya ibuku. Aku menjawab, "itu rahsia." Ibuku pun mengatakan, "kalau demikian, jangan kau beritahukan rahsia Rasulullah S.A.W. kepada siapa pun!" (Riwayat Bukhari no.6289 dan Muslim no. 2482)

Boleh nampak? Apa yang ana boleh extract.

1) Ummu Sulaim R.A. (ibu kepada Anas R.A.) menyuruh anaknya menjaga rahsia Rasulullah S.A.W. Jadi, para ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak mereka jaga rahsia. Bukannya bila nampak, pssst, kita ada rahsia orang ini tapi jangan kasitau orang lain yeh, sengih je. Biasalah budaks.

2) Ummu Sulaim R.A. tak tanya pun apa rahsia tu. So, janganlah berusaha mengorek rahsia orang kalau dia tak nak beritahu. Sampai pergi tanya orang lain pula kalau tuan badan tak nak beritahu. Ana pun sebanyak rimas kalau kita dah kata itu rahsia tapi masih ditanya lagi.

Sebarang pendapat?

Wallahu A'lam.

Tuesday 16 August 2011

Soto Ciken


Assalamualaikum W.B.T.

Agreed?

Rasa nak makan soto ayam. Zhang Fu, tolong masak. Keh3.

Wallahu A'lam.

Monday 15 August 2011

Majlis Makan Malam Amal Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar

Assalamualaikum W.B.T.

Secara rasminya Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar akan mengadakan majlis makan malam;

Tarikh: 24 September 2011
Hari: Sabtu (malam Ahad)
Tempat: Dewan MAEPS, Serdang, Selangor
Masa: 7.45 - 10.45 malam

Dijemput sesiapa yang berminat untuk membeli tiket sempena majlis tersebut iaitu 1 meja = 10 kerusi dan dibahagikan kepada 3 kategori:

1 MEJA : RM 1,500 (1 KERUSI RM 150)
1 MEJA : RM 3,000 (1 KERUSI RM 300)
1 MEJA : RM 4,500 (1 KERUSI RM 450)

Boleh dibeli 1 kerusi untuk 1 orang.
Tentatif Program:
7.45 malam : Ketibaan staff dan tetamu
8.00 malam : Ketibaan VIP
8.15 malam : Bacaan Al-Quran
8.20 malam : Ucapan Pengerusi
8.30 malam : Ucapan Perasmian
8.45 malam : Persembahan Pelajar & Persembahan dari kumpulan RAIHAN
8.50 malam : Jamuan Makan
10.45 malam: Doa penutup & bersurai

Objektif: Untuk mengumpul dana bagi infrastruktur dan pendidikan pelajar Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar

Sumbangan antum dan keluarga antum, hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang dapat membalas.

Untuk tempahan tiket ,sila hubungi:
En.Ahmad Nizam (019-3812779)
Pn.Norazean (012-2115749)
Pn.Zarina (013-2559015)

Wallahu A'lam.

Ini notis penting

Assalamualaikum W.B.T.

Ini notis penting!

Kepada sesiapa yang pernah mengenali ana

Daripada pelusuk negara mana pun

Ana ingin memohon maaf atas segala kesalahan

Directly or indirectly

Dan minta dihalalkan semuanya

Kalau ada tuntutan, boleh hubungi ana ya

Syukran ^^

Suami ana suka bahasa Arab. Suka sangat. Masa dia menyuarakan keiniginan nak masuk kelas Arab. Ana membantah. Takut menganggu study yang main. Tapi, ana sangat kagum melihat kebolehannya menghafal mufradat dengan cepat. Jadi, ana tak menghalang.

Semalam beliau exam. Sedikit keliru dengan ejaan dan penulisan alif lam. Namun, Alhamdulillah, 90% sangat sangat membanggakan. Congrats :)

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiga perkara siapa yang memilikinya nescaya ALLAH pasti melindunginya di bawah lindunganNYA dan ALLAH memberi rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam syurga, iaitu orang yang apabila ia diberi sesuatu ni'mat ia bersyukur, apabila ia berkuasa membalas, tetapi ia memaafkan, apabila ia marah, ia menahan kemarahannya." (Riwayat Al Hakim)

Ana pun kena refresh balik. Wallahu A'lam.

Sunday 14 August 2011

Hacks and Hacker

Assalamualaikum W.B.T.

Bercita-cita untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang hacking. Hek3.

Hacking memang membantu dalam penyiasatan. Selalu baca dalam novels, penyahkodan. Dijalankan oleh anggota-anggota elit, perisik, agen-agen persendirian. Boleh buka pintu rahsia. Ambil maklumat from e-mail. Boleh kontrol panel. Hack macam-macam. Mantap.

And rasa kagum bila baca; e-mail orang persendirian (orang ternama) telah dihack oleh sekian sekian. Kami telah jumpa maklumat yang dikehendaki. Dan dia didapati bersalah.

Hackers dapat tahu aktiviti aktiviti seseorang. Dapat memecahkan penipuan. Ni hacker yang baik la. Kalau hacker yang jahat, tolong buangkan dokumen penting. =.=. Pihak-pihak penipu yang tak pro sangat pun selalu kalah dengan hacker. Konon-konon tak terlibat dalam aktiviti dot dot dot, bila hacker pecahkan e-mail, keh3. Kalut delete.

My husband pernah hack lif. Lif kat Mesir ni tak bergerak kalau takde kunci. Memang tension lah siapa duduk tingkat tinggi-tinggi sekali kunci lupa nak bawa. Oh, ujian. So, beliau pun menekan button button lif tingkat duduk and tingkat tuju berulang kali and tup, lif tu bergerak. Tak perlu susah susah daki tingkat 13.

Nak hacking pun, kena respectlah orang lain kan? Hack pun ada adabnya. Tujuan dan niatnya kena seiring dengan tuntutan Islam. Jangan pakai baca je message orang lain. Put yourself in others' shoes.

'O ALLAH, turner of the hearts, direct our hearts to Your obedience'

Tuntut ilmu satu persatu. Apa kaitan gula-gula hacks dengan hacker?

Wallahu A'lam.

Wednesday 10 August 2011

History pun addictive apa :)


Assalamualaikum W.B.T.

Siapa suka sejarah? Ana suka! Sejarah ni macam cerita. Terima kasih kepada penulis Abdul Latip Talib dari PTS yang rajin mengkaji and menceritakan kembali sejarah. Dan mula menarik minat ana terhadapa sejarah. Daripada Khulafaa' Ar Rasyidin, sahabat-sahabat, tabi'in sampailah ke Tok Janggut. I want to read all his books!

Dulu, zaman kanak-kanak ribena, ana memang tak suka sejarah dan kawan serangkainya merangkumi kajian tempatan, geografi dan kemahiran hidup. Huh. Dan disebabkan kebencian ini, keh3, markah selalu lawaaa je. Kadang-kadang, berusaha terlebih dalam sejarah, naklah juga dapat markah tinggi. Alih-alih, 55? Alhamdulillah time SPM dapat A1. :)

Empat serangkai tu memang payah nak cecah 60.

Penulis memang memainkan peranan dalam meng'interesting'kan sesuatu perkara. Cadangan ana kepada penulis buku sejarah KBSM, dengan persetujuan lembaga pengarah, supaya dikarang sejarah Melayu dalam bentuk cerita yang menarik. I hate sejarah Melayu at first, tapi bila baca yang Encik Abdul Latip Talib ni tulis, rase seronot pula. Baik tukar cara penyampaian dalam buku Sejarah or otherwise ramai rakyat Malaysia tak tahu sejarah negara sendiri. Hek3.

Ceh, senang-senang bagi cadangan. Pro and kontra tak tolong fikirkan. Tak pasal-pasal, tebal melebih buku sejarah tu kan? Tapi, bukannya susah pun nak menceritakan Tamadun Mesopotamia daripada menulis karangan fakta tentang Tamadun Mesopotamia. Okaylah, tak mau jadi orang pendek akal.

Asal usul nama Perak; Seekor ikan haruan mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat seperti perak.

Asal usul nama Terengganu; Dikaitkan dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di kuala dan melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan, "terang sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Kelantan, mereka menyatakan di negeri jiran sungguh terang ganunya.

Ni sebahagian je lah. See? Interesting, isnt it? :D

Sejarah pun addictive apa. Haha. Alhamdulillah for everything :)

Wallahu A'lam.

Tuesday 9 August 2011

39:53 sangat sesuai for me


Assalamualaikum W.B.T.

Selamat berusaha dan jangan berputus asa diucapkan kepada para pengambil exam Module 5 esok. InsyaALLAH, usaha dan teknik yang betul akan diberikan balasan yang setimpal.
Selamat bertempur!


Ayat jangan berputus asa ini sangat sesuai untuk ana. Teringin pula duduk kat sekolah sekarang. Sebab, kena disiplin. Doakan. :)

Wallahu A'lam.

Monday 8 August 2011

Penyakit muak yang sangat serius


Assalamualaikum W.B.T.

Memang orang Melayu, sifatnya, hangat-hangat tahi ayam ya? Oh, I don't want to be in that golongan. And I forgot that I'm Korean. Keh3. ALLAH, guide me.

Masa nak beli tiket airlines, berkira-kira juga nak naik airline apa? So semangat search top 10 best airlines in the world!

10 - Emirates

9 - Turkish Airlines

8 - Qantas Airways

7 - Air New Zealand

6 - Etihad Airways

5 - Thai Airways International

4 - Cathay Pacific Airways

3 - Asiana Airlines

2 - Singapore Airlines

1 - Qatar Airways

Guess what? Asiana Airlines rupa-rupanya South Korea's Airlines! Nampaknya kumpulan negara-negara Asia berkumpul kat situ. Singapore, Thailand, Hong Kong and Korea. Cathay Pacific tu Hong Kong punya.

Ana pernah naik dua je. Singapore Airlines and Etihad Airways. :D I was shocked bila tengok Egypt Air masuk dalam senarai top 10 worst airlines in the world! :O Ana pernah naik Egypt Air.

My princip masa beli tiket; airline tu ana tak pernah naik. So, I don't have to hear the same music, duduk kat tempat yang sama, landing kat airport yang sama, menghadap pramugari yang sama style. Naik Etihad dua kali pun rasa macam nak muntah. Haha.

I love to transit lama-lama. Sehari ke. So, I can go outside the airport, sightseeing, shopping, dll. Transit lama ni dapat hotel biasanya.

YA ALLAH, mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. YA ALLAH, Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarga.

InsyaALLAH, kali ini naik Royal Jordanian. Pray for my safety, okay! Syukran :)

P/S; Penyakit cepat boring ana sangat serius. Suasana, airlines, food, creams, cellphones. I wont buy Blackberry sebab boring tengok semua pakai blackberry. Now, sangat boring makan nasi and ayam and looking forward for maggi and eggs days and nights.

Wallahu A'lam.

Friday 5 August 2011

Saya seorang yang berdisiplin


Assalamualaikum W.B.T.

Saya seorang yang berdisiplin.
Saya seorang yang berdisiplin.
Saya seorang yang berdisiplin.

Sila ucap kalimah ini setiap hari sebagai doa wahai diri. Hek3. Takdelah nak mengada sangat memuji diri sendiri berdisiplin. Jangan salah faham :P

Demi masa!


Qarafi telah merequest karipap lagi sekali. Jom uli doh! Doakan ia sedap. Hihi.

Wallahu A'lam =)

Note at the Foot; Apa nak jadi dengan muka-muka yang baik, status yang berdegar berkobar sungguh Islamic, tapi mulut laser! Sila jangan serkap jarang sebelum mengetahui hal yang betul. Adakah anda juga sudah terpengaruh? Think wisely before you act.

Anda terasa? Kih3.

YA ALLAH, bersihkan hati-hati ini.

Ceh, panjang pula note at the foot ni.

Wednesday 3 August 2011

Scrabble.Karipap.Tart.Korea.

Assalamualaikum W.B.T.

Dalam masa kekosongan ini, Alhamdulillah, belajar banyak perkara baru. And interesting!

1) I managed to play scrabble with Norm and I won! Norm tu macam computer la. But, this is iPod version. Hek3. Bukan senang tau. Alhamdulillah. Mula-mula asyik kalah, then I observed the tactics, ohh, macam ni ke? Tadi, I played this game with Qarafi tapi disebabkan beliau mual-mual, game terpaksa diberhentikan. Unfair la kalau ana menang :)

2) Cooking! Dalam masa 3 hari Ramadhan ni, Alhamdulillah dah buat dua jenis kuih. Karipap and tart telur. Ini my husband requests. Its not so hard rupanya. Just uli-uli taram and goreng or bake. But, I have problem with the oven. Tak reti nak guna oven kena cucuh ni. Kalau yang auto tu bolehlah. And ia sangat panas. Macam tannur!

3) Impian sejak dahulu kala. Menguasai bahasa Korea. Hehe. Ana rasa macam nak tinggal kat Korea, or Japan after study. Jadi doktor kat sana. With those healthy foods, polite people, kulit yang tulus mulus, exercising everyday (rumah kat Korea kan macam terrace). Maybe I can be a part time ustazah dekat one of the Islamic school. Or I can open one :) Berdekatan masjid besar Itaewon. Teringat time kecil2, selalu escape solat Tarawih kat sini.

Tetapi, Innalillah :( banyak juga masa terbuang apabila mood swing. YA ALLAH, jadikanlah kami hambaMU yang berdisiplin.

Rasanya lepas ni, nak mendalami ilmu about Armageddon 2012. Bukannya lama pun nak sampai 2012. Semoga kita ditempatkan dalam kalangan hambaNYA yang soleh!

Wallahu A'lam