Sunday 31 July 2011

Barisan defence yang ingkar, hanyalah menurut perintah

Assalamualaikum W.B.T.


Salam Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini tak sia-sia macam tahun lepas =.=. Alhamdulillah, ALLAH S.W.T. telah menyampaikan Ramadhan tahun ni. Semoga lebih terisi dengan kehadiran suami yang menjadi pendorong (eceh).

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. Kalimat yang diucapkan, jika terdapatnya musibah termasuklah kematian. Telah pergi sahabat Cairo University, Fatin Fasihah Binti Hanafi, kerana penyakit Systemic Lupus Erythematosus, atau bak kata lainnya, askar-askar sistem pertahanan telah menjadi agresif dan ingkar lantas menyerang tisu yang baik!

Jangan salahkan askar-askar ini, kerana mereka hanyalah menurut perintah ALLAH S.W.T. Doakan yang terbaik buatnya dan buat semua. :)

Adakah sistem perubatan di Mesir masih menunggu pembayaran baru mahu merawat? Ingatkan doktor zaman dulu je macam tu. Graduan mana yang tak diajar ethics ni.

Wallahu A'lam.



Friday 29 July 2011

Perkara yang sungguh tak menyenangkan


Assalamualaikum W.B.T.

Perkara yang sungguh tak menyenangkan apabila.. Sering terdengar bisikan-bisikan syaitan ke arah kejahatan! Arggghhh. Bila nak buat something yang jahat sikit, oh takpe kot. Kata syaitan.

Kita, sepatutnya jangan banyak tanya dalam urusan agama. Boleh nak tahu, tapi jangan banyak bertanya. Kemungkinan keraguan akan timbul kat situ.

Jika berani buat satu dosa, maka beranilah pula buat dosa yang lain.

Iman yang tak berapa nak kuat, macam mana ia nak jadi pendinding? Nampaknya, kena ubah diri semula. Tonyoh jantung dengan air zam-zam.

Syaitan, selagi kita tak ikut dia, dia takkan berhenti! ALLAH, bantulah hamba-hambaMU yang lemahhhhhh sangat-sangat ini.

Kawan-kawan, pray for umat Islam okay!

Wallahu A'lam

Wednesday 13 July 2011

Baby.

Assalamualaikum W.B.T.

Haha. Teet. I'm not pregnant okay. Don't put too much hope. Haha.

Maybe kena senarai dulu pro and cons about this. Tapi, tabiklah dekat my senior. I'm not strong for that. And I have less calcium. And those pills sangat menyakitkan! Lepas telan je ubat, rasa something meresap-resap tarik-tarik dalam badan. Need more broccoli.


This cute boy. Currently at hospital. Pulmonary infection! Doakan dia sihat kembali ya. Biasalah kan budak-budak ada pulmonary infection.

YA ALLAH, ya Tuhan kami

Hanya Engkaulah Yang menghilangkan kesedihan

Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan

Tidak ada yang mampu menyembuhkan

Kecuali hanya Engkau yang menyembuhkan

Sembuh tanpa terasa sakit

Wallahu A'lam.

Sunday 10 July 2011

Surat terbuka kepada dot dot dot

Assalamualaikum W.B.T.

Siapakah dot dot dot tu? Hek3.

Kepada pasangan yang sesedap hati seenak rasa bercinta bagai nak rak. Tapi tak kahwin lagi. You know what it means? Murahan. Itu golongan perempuan murahan. Orang lain nak dapatkan seorang perempuan yang special, mahal, susah didekati. First step, kena tanya elok-elok empunya tuan. Kena jumpa ayah ibu dulu. Kena pergi isi borang. Kena salam wali. Kena bagi mas kahwin. Kena keluarkan duit hantaran. Kena keluarkan belanja kahwin. Baruuuu boleh borak-borak mesra, holding hands perempuan yang diidamkan.

Ini tidak, tak payah buat apa-apa, dah dapat. Bak kata orang, free! Dapat pegang tangan, then dapat permission pegang pipi la. Buy one free one. Hek3. No market value. Pedas juga saya rupanya. Haha.

Ana just nak kamu tahu, kalau kami jumpa anda semua berdating dan kami senyum. It doesnt mean that we redha with your perbuatan. "Eh, dia senyum la, tak marah kot." Kalau korang tunjuk gambar konon-konon sweet, and kami senyum. It doesnt mean that kami suka. Meluat adalah. Hek3. Dalam hati naik menyampah. Nak tegur tak berapa nak reti. And tak berapa nak berani. =.= Salah kami juga.

Susah sangat ke untuk korang dengar nasihat. Ikut cara yang betul. The right way. Before the whole batches getting meluat dengan korang. We are now meluat. Rasanya semua dah tahu hukum hakam tapi degil sangat. Yang bagi duit dan rezeki tu ALLAH S.W.T. jugaa. Yang bagi korang nikmat tu ALLAH S.W.T. juga.

Berlagak sangat dengan ALLAH S.W.T.

Astaghfirullah Al Azeem.

YA ALLAH, ampunilah segala dosa-dosa kami. :(

I dont have the hikmah in this thing. Depan-depan bolehlah nak hikmah. Tapi dalam penulisan, kurang la sikit. Forgive me, okay. :( And jangan label ana sebagai pendakwah. I have lots of sins and mistakes. So, dont put high expectation on me. Pandang ana sama level je dengan korang. Because I am.

Let's live a better life, friends.

Wallahu A'lam.

Thursday 7 July 2011

My cardiac status.

Assalamualaikum W.B.T.

Sengguking while learning cardiac cycle.


T_T. How is my cardiac now?

Are you alright? Let's eat okay. I hate my cardiac status actually. O ALLAH, help me.

Cara menjaga hati praktikal untuk pemalas macam ana.

1) Membaca Al Quran
2) Positifkan minda
3) Berpuasa
4) Berkawan dengan Ulamaa'
5) Jangan dengar orang mengumpat

Lets start slowly okay :)

Wallahu A'lam.

Tuesday 5 July 2011

Wo De Zhang Fu

Assalamualaikum W.B.T.

"Aku terima nikah Nusaibah Binti Sallehuddin..." Kalimat ini pernah terucap hampir 4 bulan lalu. Bersaksikan puluhan saksi. Serta bersambut tasbih haiwan-haiwan, semut, lebah bahkan rumput. InsyaALLAH. Dan waktu itu juga, meranalah syaitan. Satu pasangan sudah disatukan secara syar'i. Mengurangkan satu lagi kadar kemaksiatan. Alhamdulillah.

Kami di antara pasangan yang telah dipilih oleh ALLAH S.W.T. untuk mendirikan rumahtangga seawal umur 20 dan 21 tahun. Dan suami ana bukanlah orang yang bersedia terhadap perkara ini. Banyak perkara yang masih lompong-lompong. Impiannya masih belum tercapai. Tetapi, dia tetap mencuba yang sebaiknya. Apa salahnya mencapai kejayaan berdua.

Sewaktu ana sakit, mengadu lapar, dia yang memasakkan itu dan ini. Walaupun malam sudah larut. Asalkan ada perut yang kenyang. HAHA. Dan dia sangat suka melatih ana dengan perkara yang ana tak suka makan. Susu. Daging. Cheese. Dengan muka separuh evil, mulut tersenyum luas sambil paksa. Makan!

Time ana merajuk. Hek3. Dia pujuk sehabis daya. Selagi tak senyum, selagi tak ketawa, dia takkan berhenti. Part ni elaborate sikit-sikit sudah. Rahsiaa.

Walaupun sifat penyayangnya sangat tak menyerlah secara kata-kata, tapi dia mengaplikasikan dengan cara lain. Action speaks louder. Pengorbanan yang sangat tinggi. Dia juga amat suka belajar ilmu-ilmu agama. Al Quran. Dan Bahasa Arab. Waktu itu, ana yang akan menjadi gurunya. Mengajar ilmu tajwid, panjang, pendek, fathah, dhammah. Katanya, RMC tak menekankan pengajian Islam sangat.

To my husband, thanks sooo much for being a most wonderful husband! Thanks untuk layanan masa ana sakit.Thanks sebab berusaha kejutkan ana time ana ngantuk. Thanks sebab datang lari jauh-jauh time ana takut jalan malam-malam. Thanks sebab teman pergi Carrefour waktu ada orang separa merajuk sampai kena cancel kelas Arab. Thanks sebab selalu masakkan bila tiba-tiba ada orang cakap, laparlah. Thanks sebab selalu angkat barang naik tingkat empat yang rendah ni.

May ALLAH S.W.T. ease your way, ease your study, ease everything for you, dilimpahi berkah, dikurniakan hikmah, diberi pertolongan :')

Thanks for the sweet months of marriages.
Lets walk together. Forever.
Salah satu entri gedik. Hehe.

Wallahu A'lam.

Monday 4 July 2011

Intelligence has any survival value?

Assalamualaikum W.B.T.

Someone please explain to me bout this quote? =D


Wallahu A'lam


Friday 1 July 2011

100 dollar: An arm and a leg

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah. Mari kita mensyukuri nikmat ALLAH S.W.T. Sekarang lebih kurang pukul 5.20 pagi. Kawan-kawan, doakan ana tidur jangan awal sangat and bangun awal je. I have lots of things to study!

Kalau nak beli almari, 100 dollar tu murah. Kalau nak beli stove, 100 dollar tu okay. Tapi, bayar duit reseat paper 100 dollar?! Setelah tinjauan dibuat, Universiti lain tak bayar pun 100 dollar. Alexandria University, take notes. Facilities tak sehebat mana. Library kat Muasaah pun takde. Just ada tempat belajar or so called Library. Tapi, Alhamdulillah ada tempat study. Tu pun, kadang2 berubah menjadi meeting room and the Arabs are so noisy.

And ana rase LAME sangat pendapat yang menyatakan wajar bayar 100 dollar sebab nak bagi semangat and booster untuk stadi. BOOSTER? Its not a booster. Bila ada je orang nak memperjuangkan hak students untuk memansuhkan 100 dollar, terus comment, "tu la, malas study". Malas study?! Yang malas study tu anda. Cuma ALLAH S.W.T. bagi rezeki dapat markah lebih je. Mungkin pertolongan supaya lebih bersyukur? Mungkin istidraj?

Ramai je ana nak tengok mereka yang reseat ni kuat je stadi. Siang malam. Study groups. Jawab soalan. Sama banyak je tahap stadi dengan orang lain. Equal. Sedih bila tengok diorang dituduh sebegitu rupa. Tapi, ALLAH S.W.T. still lagi nak bagi ujian blur waktu exam. Orang yang usaha lebih, InsyaALLAH pahalanya lagi lebih. Daripada orang yang usaha kurang, tapi tiba-tiba dapat markah lebih, bangga pula tu menunjukkan kejayaan diri.

"Dari Aisyah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda; orang yang membaca Al Quran dan ia mahir dalam membacanya maka ia akan dikumpulkan bersama para malaikat yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al Quran dan ia tergagap-gagap dan merasa berat (belum fasih) dalam membacanya, maka ia akan mendapat 2 ganjaran." Muttafaqun Alaih."

Banyak hikmah ada dalam hadits. Jangan diambil maksudnya sahaja. Cari tafsirannya juga. Kalau just tengok maksud surah Al Kahf ayat 18, tak ramai yang perasan ALLAH S.W.T. actually berfirman tentang gangrene. Syukran for the info Sahira :D

Tau kan gangrene tu apa?

100 dollar tu tak equal langsung dengan keadaan U yang 'sangat bagus'.

Bila kita still dah usaha banyak dan follow teknik2 yang telah diajar oleh students yang pandai lebih sikit. Absolutely, not me. Tapi still dapat rendah. Ingat, kita dah berusaha sehabis daya and ALLAH S.W.T. Maha Mengetahui akan usaha tu. Tingkatkan diri lagi sampai jumpa cara yang sesuai dengan diri. As for me, ana tak boleh baca nota. Kalau tak jadi fenin. Kena baca ayat buku juga. Biarlah ayat dah macam surat khabar. Sebab ana jenis photographical?

Dan kegagalan itu perlu diambil muhasabah. Wake up. Reschedule everything.

Selagi boleh diperjuangkan hak, perjuangkan. Ana macam tak berapa setuju kepada mereka2 yang cakap, bila je tak berjaya perjuangkan hak, terus kata, itulah takdir kita. Kalau macam tu, rakyat Mesir takyah la buat demonstrasi sebab dah takdir dia Mubarak tu perdana menteri. Terima je lah seadanya.

Tak membangun langsung.

Kepada yang masih kabur tentang Bersih, takdelah rakyat Malaysia sampai kena evacuate pergi Indonesia. Hehe. Just perhimpunan AMAN je. At least polis sembur air or gas pemedih mata. Semoga penyokong Bersih dapat sentiasa menjaga adab. Ingat, kita ada adab dan cara kita. Jaga nama bersih kita.

Tiba-tiba ada pula ya Gerakan Mahasiswa - AU and Pro Aspirasi.

Wallahu A'lam.