Saturday, 22 October 2011

Sikap yang patut diusahakan untuk diubah.

Assalamualaikum W.B.T.

Sulha memetik kata Imam Hassan Al Basri, mungkin semua sudah sedia maklum.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri..."

Sila Bing mahupun Google untuk sambungan ^^.

Sulha kepenatan melakukan kerja itu seorang diri. Dirinya bukanlah superwoman yang memiliki tenaga yang banyak. Bukanlah The Flash yang bergerak dengan sangat pantas! Insan begini sepatutnya dilarang memasuki pertandingan lumba lari. Dan juga bukanlah Elastigirl. Dia hanyalah insan yang

yang banyak masalahnya!

Rakan seperjuangan Sulha tidaklah ramai namun bilangan itu sudah mencukupi untuk memenuhi kotak-kotak kosong. Rakan itu juga hebat belaka. Bukan calang-calang. Firyal, Sukna, Buthainah, Furda, Manal dan banyak lagi! Jika berkata, penuh bersemangat sampai Sulha terkebil-kebil. Siapalah Sulha yang daripada sekolah lagi, terkenal dengan "Rules Breaker"! Ish ish. Tidak bermaruah langsung.

Namun, kesalahan Sulha tidak membabitkan orang lain. Tidaklah mencuri. Mahupun menendang. Tetapi pernah mencubit. Dan marah. :P Kesalahannya; datang lewat kelas. Tidur terlebih masa. Tak siap homework. Dan satu kesalahan besar yang memang Wallahil Azim! Satu noda hitam yang mencalar hati yang sedang berusaha dibersihkan dan disental. (Jangan buat andaian tidak tentu hala!) Tidak boleh menggunakan sabun Daia, tetapi memerlukan ketulusan hati yang sangat tinggi.

Kawan-kawan Sulha, hampir semuanya bercadar, mengikuti daurah, menghafal Al Quran, cakap berdegar-degar, penyayang, mesra, hebat! Perangai Sulha sungguh sebaliknya. Tidaklah bercadar dan malas sekali bergerak. Orang kata Sulha tidak mesra :P Involuntary action yang tidak diniatkan actually.

Sulha diamanahkan untuk mengeruskan satu laman sesawang. Dirinya sendiri sudah cukup sibuk, namun dek kerana tidak mahu dipersoalkan di akhirat kelak, Sulha cuba melaksanakan sebaik mungkin. Kawan-kawan hebatnya, yang disanjung tinggi itu dicari. Namun, usahanya itu tidak mendapat sambutan. Tiada tindak balas, melainkan sangat kecil, mungkin 10% daripada sahabat. Sulha teringat kata-kata mereka yang lantang menasihati. Ohhh, tidak boleh meletakkan harapan yang sangat tinggi.

Mereka manusia, yang kita pandang tinggi, namun mereka juga membuat kesalahan. Kesalahan remeh-temeh? Jangan terlampau jumud.

Tiada bantahan yang dikemukan mahupun sokongan. Hanya pandangan sepi. Sulha tidak mampu menilik kata sepi itu. Dia bukanlah penafsir. Namun, Alhamdulillah, Sulha dapat meraih sokongan melalui cara lain.

Kamu kata kamu pejuang? Sekali lagi, kamu kata kamu pejuang? Namun. Ya, mungkin sanjunganku terlampau tinggi tanpa mengira yang kamu juga insan, kesalahan kamu mungkin sama banyak denganku. Mungkin lebih sikit, mungkin juga sangat banyak. Itu tidak penting, kerana ALLAH Maha Pengampun, Subhanallah! Yang penting, mari bersama-sama kita mengubah diri. Ubah. Ubah.

Wallahu A'lam.

2 comments:

  1. mendalamnya cerita ni.tapi yg pasti penulis ini lebih mengetahui apa yg tersirat di dlm penulisannya.

    semoga terus maju dalam masa yg sama kita melihat org di bwh kita.mrk pun lemah juga,sama2 kita menolong yg lemah juga.

    ReplyDelete
  2. Liana; Ya, walaubagaimanapun ceritanya, moga kita dapat hadam beberapa point penting, yang patut dipegang :)

    ReplyDelete