Tuesday 15 September 2015

Step Membuat Visa Pelajar di Iskandariah, Mesir


Assalamualaikum WBT :)

Kalau sesiapa yang kenal saya, mesti tahu saya anti betul mahu buat visa dengan universiti. Haih. Setiap sesuatu yang berlaku, ada sejarahnya. Dan sejarah untuk persitiwa sadis ini ialah.. semudah ABC.

A) Saya menghantar pasport kepada universiti.
B) Saya membayar LE sekian-sekian (LE 100). *Anggaran harga*
C) Tiba-tiba saya perlu menambah lagi LE sekian-sekian (lebih LE 160). *Anggaran harga*
D) Rupa-rupanya pasport saya baru diproses selepas tamat tempoh visa.
E) Saya ambil semula pasport, buat sendiri!


Qays Umar menunjukkan rasa geramnya. 

InsyaAllah, proses membuat visa sendiri sangat mudah tetapi kurang menyabarkan! Hahaha. Kalau sesiapa pernah berurusan dengan bangsa Arab, mesti faham betapa sistematiknya mereka bekerja. Kalau menangis, itu biasa. 

Dokumen yang diperlukan:
1) Tasdiq (sijil pengesahan) pelajar yang dikeluarkan oleh universiti yang ditulis dalam Bahasa Arab. Tasdiq hanya dikeluarkan jika diminta. 1 original dan 2 salinan.
2) 2 salinan visa terakhir.
3) 2 salinan entry terakhir.
4) 2 keping gambar pasport.

Pejabat imigresen:
1) Teksi - Cakap kepada pemandu teksi, Gawazat inda Falaky.
2) Tram - Naik tram hingga stesen Mahattah Al Raml kemudian jalan sehingga bangunan Falaky. Masuk lorong kecil di sebelah Falaky dan jalan sehingga ke penghujung jalan, bangunan gawazat terletak di situ.

Waktu pejabat:
8 pagi sehingga 2 petang hari bekerja

Step-step:
1) Ambil borang permohonan visa di tingkap 1. Anda akan diberikan sekeping borang dan setem-setem berharga LE 8. Sila lekatkan sendiri setem di borang tersebut.

2) Hantar borang tersebut di tingkap 3. Nota: Waktu ini, kesabaran anda akan banyak teruji. 

3) Pegawai akan memberikan nombor di pasport anda dan memberitahu bila anda boleh cop visa. Anda boleh membawa pulang pasport dan simpan sendiri. Jika pihak universiti yang uruskan, mereka akan simpan pasport anda.

4) Rujuk kaunter 1 untuk mengetahui status visa. Jika nombor anda sudah naik, anda boleh terus ke kaunter 5. Jika nombor belum naik, sila datang lagi.. selepas 1 bulan! (Walaupun pegawai kata selepas seminggu) 

Kisah benar: Mengikut pengalaman saya, selepas 2 bulan pun nombor tidak naik-naik lagi. Hew hew.

5) Serahkan pasport di kaunter 5 untuk dicop. Sebelum itu, pegawai di kaunter 5 akan mengarahkan anda untuk membayar visa di kaunter 4. Bayaran paling terbaru setakat post ini ditulis ialah LE 80 - LE 90. Pegawai di kaunter 4 akan menyerahkan beberapa setem.

6) Serahkan setem kepada kaunter 5 dan tunggu selama 1 jam.

7) Ucapkan Alhamdulillah dan menangis :')

Sangaaaaaaaaaaat mudah urusannya :3

Nota: Step ini khusus untuk pelajar-pelajar di Iskandariah.

Wallahu A'lam

Nusaibah Sallehuddin
1 Zulhijjah 1436
Iskandariah, Mesir