Friday 9 May 2014

Bonda Jalani PRK.


Assalamualaikum WBT :)


Lemme photobomb post Bonda dulu!

Disebabkan pengaruh rakan sebaya =.=, pada Rabu lepas, saya telah menjalani pembedahan alternatif kepada LASIK, iaitu Photo Refractive Keratectomy (PRK). Melihat kecemerlangan rakan-rakan yang boleh membuka mata dengan riang ria sehari selepas membuat LASIK, okay PRK pun bolehlah. 


NAMUN..

Ia tak seindah yang diimpikan.

Ketebalan cornea yang tak sekata menyebabkan saya bukanlah calon yang sesuai untuk LASIK. Jika ia terlalu nipis, lapisan cornea mudah prolapse. Jika terlalu tebal, kesan jangka masa panjang keratoconus akan berlaku. Tanpa berfikir panjang dan meminta nasihat rakan-rakan, saya setuju dengan pembedahan tersebut. Tsk tsk.



Muka bahagia dan berdebar para calon. Perbezaan ketara antara LASIK dan PRK ialah PRK menyakitkan. Wahai Dr Emad, berapa gred sakitnya? Beliau hanya berkata, takdelah macam sakit bersalin. =.= Confident kerana pernah bersalin tanpa epidural, dan pernah cabut gigi tanpa bius (menangis serta merta), gaun pun dikenakan, serta cap dan overshoes. Saya dan rakan kanan sekali menjalani pembedahan PRK manakala Umairah di tengah menjalani pembedahan LASIK. Proses mengambil masa selama lebih kurang 5 minit sahaja. Hehe. 


Ubat bius diberikan secara ubat titik mata. Bukannya jarum besi panjang macam bila jumpa doktor gigi. Haha. Kalau macam tu, awal-awal lagi saya dah cancel. Ohhhh, kepeningan tidak terhingga! Bau laser merah yang hangit bercampur baur dengan penglihatan yang tiba-tiba menjadi kabur dan putih semua. Ya Allah, selamatkanlah kami. Itulah yang diulangi dalam hati, moga Allah S.W.T. mengurangkan kesakitan. Yang sebenarnya, takdelah sakit sangat waktu proses pembedahan. Cuma takut. :)

***
Beberapa peristiwa yang menyebabkan saya hampir kehilangan mata..

1) Sakit tak terperi. 
3 minit selepas pembedahan, dia datang! BZZINGG! Kesakitan tidak terhingga, mata tidak boleh dibuka. Penerangan Dr tentang ubat memang tak dapat dengar, sakit yang amat. Rasa mencucuk-cucuk pada mata. T_T Hari pertama hanya mampu tidur, hari kedua pun begitu. Stress akibat mata yang tidak boleh dibuka. Stress akibat buku yang tidak boleh dibaca. Stress akibat anak yang tidak boleh digomol. Pengambilan Benox (anaesthetic) secara berlebihan akan melambatkan proses penyembuhan. 

2) Protes mengada yang tak perlu.
Sakit yang amat sangat menyebabkan saya protes untuk makan ubat. =.= Penyakit apakah ini? Jangan ditiru ya. Astaghfirullah. Allah SWT memberikan kesembuhan kepada mereka yang berusaha. Akibatnya, mata kanan saya dijangkiti kuman. Yang merupakan AMAT bahaya. Alhamdulillah, saya menjalani pembedahan PRK yang tiada hirisan dibuat pada cornea. Jadi kuman statik di situ. Jika saya membuat pembedahan LASIK, dan kuman tersebut bersiar-siar dengan riang ria, kemungkinan saya akan hilang mata kanan saya. Pengajaran! Kata orang, dah kena baru tahu. :'(


3) Mula berubah.
Setelah dibebel dengan Dr. Emad yang sangat kecewa dengan perangai saya, saya mula mengambil ubat dan taraaaaaa, mata sihat dengan sangat cepat! Me so happy! Terus order Coffee Roastery untuk menggantikan masa seminggu yang makan tak teratur. Sebenarnya, kalau makan ubat, mata akan sihat dalam masa 3 hari je. Tapi kedegilan saya menyebabkan ia bercambah hingga seminggu lebih. Alhamdulillah :') Sangat sangat sangat bersyukur. 



Allah SWT beri pengajaran dengan cara yang indah dan mendebarkan. :')

P/S: Dr Emad sangat bagus, Subhanallah. DIa hafal nama beribu-ribu patient dia. Dia angkat walaupun kita call pagi-pagi buta. Dia call balik kalau dia tak sempat angkat. Dia call suruh makan ubat. Dia amat menjaga patientnya. Didoakan Dr Emad akan dikurniakan oleh Allah SWT cahaya iman dan Islam. Amin.

Wallahu A'lam.

Nusaibah Sallehuddin
10 Rejab 1435 H.
Istana Darul Hana, Iskandariah.