Assalamualaikum W.B.T.
Wasiat Asy Syaheed Imam Hassan Al Banna yang kedua,
"Bacalah Al Quran atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada ALLAH dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah"
Tidak susah untuk melaksanakan, namun perlu azam yang tinggi. Tidak perlu jumlah yang banyak, namun cukup sekadar istiqamah :)
Bila?
Baca Al Quran: Selang antara waktu Maghrib dan Isyaa'. Mungkin dalam 30 minit.
Baca buku: Kita sekarang tengah baca buku module. Buku juga kan. ^^ Buku-buku agama; Seminggu sekali, hadirlah kelas menelaah buku-buku agama. Kondisi kita, setiap minggu ada tafaqquh menelaah buku Al Halal wa Al Haram Fi Al Islam atau Riyadh As Solihin.
Berzikir: Zikir boleh membawa maksud ingat. Sebutan Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar, Inna Lillah, jadikan amalan. Jangka masa selepas solat, boleh ambil dalam 5 minit untuk wirid bersama.
Tidak membuang masa: Baca dan hafallah buku module sepanjang masa. Konfem tak buang masa. Hehe. (Sakit kepala). Once you login your facebook, (peringatan untuk diri sendiri), buatlah perkara yang perlu sahaja. Once you tekan older post, makin banyaaaaaak older posts akan ditekan.
Seperti yang tersebut di atas, cara-cara menunaikan amalan secara mudah, InsyaALLAH, untuk pemalas seperti saya. Harapnya, dapat istiqamah.
*Mahu jadi baik* *Tetapkan role-model*
Rakan-rakan Malaysia di Mesir, ramai yang baik, solehah, mantap akademiknya :) Bila ana nak jadi baik ni, mantap seperti mereka? Usaha sikit-sikit.
Terima kasih kepada suami yang berpeluh-peluh berlari hantar buku module kepada isterinya (yang dah bebel-bebel). Hihi. Semoga ALLAH S.W.T. memberkatimu ^^
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment