Saturday 31 July 2010

Hikmah

In The Name of ALLAH S.W.T.

The Most Gracious

The Most Merciful


Salam Alayk :)

YA ALLAH,

Bersyukur atas nikmatmu yang agung!

Bersyukur atas ujianMU yang diturunkan untuk hamba-hambaMU yang soleh!

YA ALLAH,

Ilhamkanlah kami untuk bersyukur!

Nama tiada dalam list penumpang?

ALLAH...

Untuk dia yang tertinggal di airport. Untuk dia yang diuji ALLAH S.W.T.

Kerana dia

Hamba ALLAH S.W.T. yang dipilih.

YA ALLAH,

Perkenankanlah doaku!

YA ALLAH,

Peliharalah dia selama-lamanya

Berkatilah dia

Rahmatilah dia

Tabahkanlah hatinya dan hati ini

Permudahkanlah urusannya YA ALLAH...


YA ALLAH,

Kuatkanlah semangatnya (untuk belajar esp)

Berilah kejayaan kepadanya di dunia dan di akhirat!


YA ALLAH,

Berilah hidayahMU kepadanya dan kepada kami

Jangan KAU sesatkan hati kami!


YA ALLAH,

KAU Tuhan Yang Maha Agung

Kau Tuhan Yang Maha Pengampun

Ampunilah segala keterlebihan kami


YA ALLAH,

Peliharalah kami selama-lamanya di dunia dan akhirat

Satukanlah kami semua hingga ke JannahMU


YA ALLAH,

SyurgaMU bukan rendah maharnya


YA ALLAH,

Perkenankanlah!

"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya..." (Al Baqarah:286)

YA ALLAH,

Bersihkanlah hati-hati kami!

- Doaku membelah awan - Doa orang musafir kan mustajab :)

:: Wallahu A'lam ::



Monday 26 July 2010

Panas




Salam Alayk :)

Banat at Al Bayaan

Alhamdulillah, tiba-tiba teringat sesuatu yang best. Masa tahun 2008, macam biasa Al Manar menganjurkan satu Mukhayyam Tarbawi. And ada satu part dalam mukhayyam ini yang boleh dikatakan best.

The story begins :)

Mula-mula, kami berbaris dalam group. Mata ditutup. (Kalau tak silap). Then, tick! Suis lampu ditekan dan cahaya lampu pun terpadam. Kelam sekali. Mendayu-dayu terdengar nasyid dendangan Ungu.

"Andai ku tahu. Kapan tiba ajalku. Ku akan memohon..."

Dengar nasyid je dah boleh agak kan?

Then, kami diberi setiap seorang sebatang lilin yang pendeeeeek. Dalam 1.5 cm je. Kami disuruh meletakkan lilin betul-betul kat centre of our palms.

Cuba sentuh bahagian tu, lembut ke kasar?

Kakak-kakak fasi pun bergerak dari seorang ke seorang. Menyalakan lilin tersebut dengan lighter (rasanya).

Ecehh, mula-mula relax je.

Then,

Lilin tersebut cair, maka tumpahlah waxnya ke atas palm!

Gegak gempita dewan gelap tersebut dengan jeritan dan tangisan.

YA ALLAH, SAKITTTT!!!!

Then, kakak-kakak fasi memainkan peranan. Melunakkan hati kami. Menyedarkan kami. Alhamdulillah, cair juga hati waktu tu. Walaupun acara ni banyak kontroversi sebab banyak tangan yang terluka sehingga perlu dibalut. Ada yang melarat untuk jangka masa yang panjang. Ana tetap rasa, kalau tak dibuat part ni, maka merata-ratalah hati yang masih belum sedar!

Kadang-kala kita perlu dikasarkan oleh jiwa-jiwa yang lembut.

Alhamdulillah disebabkan wax jatuh SEKALI je atas tangan ana, so, tangan ana tak cedera langsung rasanya. Tetapi, memang ana berharap sangat-sangat wax tu jatuh sekali je. Siap balance-balancekan lilin tu supaya wax tu tak tumpah dah lepas yang first tu. Haha. Tak nak dah. Sakit teramat.

Lepas habis program tu, kami pun zikir ramai-ramai. Muka semua innocent. Muka keinsafan. Moga-moga, dosa yang lalu tidak diulang. Tetapi, ... hati sering digugah syaitan dan kuncu-kuncunya!

"Iblis menjawab, "Demi kemuliaan-MU, pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,"

"kecuali hamba-hambaMU yang terpilih di antara mereka"

38:82-83

Berhentilah membuat dosa!

Perlukah didatangkan bencana yang lebih besar?

:: YA ALLAH, jauhkanlah kami dari siksa api neraka!::

^Wallahu A'lam^


Sunday 25 July 2010

Dangerous book?

Salam Alayk :)

Semoga Adam menjadi mu'min yang sejati!

^Oh Allah, Our Kind Lord^

_ Kita meminta daripada ALLAH S.W.T. apa yang kita mahu, ALLAH S.W.T. memberikan kepada kita apa yang kita perlu _ --> Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Dangerous books?

Jadi, apa kaitannya dengan kita?

1) Sesetengah orang menjadikannya sebagai hobi. (?)

2) Sesetengah orang punya sifat ingin tahu yang mendalam.

3) Sesetengah orang menjadikannya bahan bacaan yang seronok.

4) Sesetengah orang ingin menzalimi orang lain.

Perkara ini ana tahu semasa membaca kisah Umar Bin Abdul Aziz.

Jadi, what is this dangerous books?

Buku cerita merapu (danger juga tu)?

Buku Math?

Buku Anatomy?

or...

Dah kering idea? Haha. Tekalah sampai dapat.

Maka telah bersabda Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W.: "... Ingatlah bahawa orang yang melihat buku saudaranya tanpa izinnya sesungguhnya sedang melihat api neraka ..."

Jadi, nak buat lagi?!

Nak menyiasat pun ada etikanya. :)

::Wallahu A'lam::

*Neraka itu panass*

P/S: InsyaALLAH, coming back soon! Manarianz, wait for me!

Saturday 24 July 2010

I'm a Student


Salam Alayk :)

Sulha yang comel!

Currently, meminjam beberapa buku sebab bosan. Alhamdulillah, buku-bukunya best. About pejuang Islam.

Tak tengok sangat movie sebab movie sekarang dah pelik-pelik dan menghancurkan peradaban manusia je. Code blue boleh diterima kot. About doctor's life. How's your opinion?

Ya ALLAH, jangan KAU ujiku dengan masa yang sia-sia!

Pengajarannya, bila balik Malaysia nanti, sejumlah buku PTS, Telaga Biru dan lain-lain perlu dibawa bersama.

InsyaALLAH, ana akan pulang ke Malaysia dalam masa yang terdekat. Doakan keselamatan kami semua ya!

Ya ALLAH, berkatilah dan selamatkanlah perjalanan kami!

: : Wassalam : :

P/S: Tak sabar nak makan popia, nasi berlauk, nasi minyak, steamboat.

Tak sabar juga nak ada event (???) :) Doa-doakan tau.


Assalamualaikum


Ahlan Wa Sahlan :)
O Allah, please guide us toward the right path!