Tuesday 4 October 2011

Cerita penting di Jaya Jusco.

Assalamualaikum W.B.T.

Jusco Wangsa Maju hari ini tidak sesak seperti kebiasaan. Kadang-kadang, mahu cari tempat "parking" sampai terpaksa berpusing lima hingga enam kali! Alhamdulillah, gumam Sulha dalam hati. Eh, mengapa berbicara tentang parking? Bukankah tadi menaiki LRT?

Itu hanya perumpamaan. Untuk menjelaskan kesesakan!

Ada-ada sahaja. Dengan riang ria, kaki berjalan suka hati. Maklumlah, sedang cuti. Selepas ini, waktu makan pun kena skip kerana terlampau busy. Carrefour? Lambai dari jauh sahajalah nanti.

Jalan diteruskan. Mata berpinar-pinar melihat banyaknya jualan murah! Potongan harga sehingga 70 peratus. Namun, berapa sen sangatlah duit di dalam dompet. 14-28 September. Oh, masih berbaki dua hari lagi. InsyaALLAH akan cuba datang lagi. Ish, tak malu. Patutlah orang kata, rakyat Malaysia kuat berbelanja. Sulha ialah contoh terdekat yang terbaik. Walaupun malu dikenali dengan sifat borosnya, Sulha masih tidak mampu mengikis sifatnya itu, namun, Alhamdulillah, telah diperbaiki sedikit demi sedikit.

Kata Sulha apabila diperkatakan begitu oleh kawannya, Cik Duta,"its' inherited. Haha."

Bukankah amalan yang istiqamah itu mulia? Mari berusaha sedikit demi sedikit!

Punat lif ditekan menuju ke tingkat satu. Kaki melangkah keluar, meninjau-ninjau lalu terkesima! Beberapa longgok kek kertas ataupun lebih seronok dan lazat sehingga menjilat jari dipanggil "cupcakes", terletak betul-betul dalam 5 meter di hadapan. Teringat cupcakes perkahwinannya hadiah daripada seorang rakan seuniversiti, telah dimakan oleh ahli keluarganya. Ferrero Rocher juga, rasanya habis ditelan. Sedih bertandang di hati.

Inilah cupcakes itu. ~

Kakak penjaga kedai sudah tersenyum simpul. Ya, pelanggan sudah mari.

"Dik, rasalah sikit."

"Oh, mudanya saya." Sengih Sulha melebar. Masih dipanggil adik walaupun sudah berstatus puan. Pada hakikatnya, dia yang menjadi puan dalam usia yang masih berstatus adik.

"Kak, mana logo halal? Takda pun."

"Oh. Tapi, mestilah halal. Takkan kami nak jual benda haram kot."

Sulha tidak puas hati. Kakak itu tidak berusaha mendapatkan logo halal! Sudah ada premis sendiri, produk sendiri, usahalah mendapatkan logo halal. Jualan internet, yang tiada produk sendiri, boleh dimaafkan kalau tiada logo halal. Tapi, masih wajib menggunakan produk halal. Oh, itu mesti! Sulha nasihatkan, belilah cupcakes daripada mereka yang telah menerangkan bahan pewarna, coklat, dan lain-lain yang halal. Ada sesetengah yang tidak ambil peduli. Mana boleh begitu!

Mungkinkah tepung yang diguna tak halal. Eh, ada ke? Pewarna cap apa? Entah-entah brand apek cina. Tepung naik sendiri. Coklat. Krim. Bahan tenusu. Susu entah brand apa yang digunakan. Mentega. Ahh, banyak lagi!

Teringat di Mesir, dalam 100 barangan, hanya dua sahaja yang terdapat logo halal. Jika di Malaysia, air mineral pun ada logo halal tahu. Sayang JAKIM.

Kalau Sulha pergi kedai, dia akan tanya,"Halal?"

"Of course, we are Muslims!"

"Ahh yeke pak cik, pernahkah pak cik ambil kisah segala jenis bahan dalam kedai pak cik ini. Sos tomato. Mustard. Mayonnaise. Krim. Semua itu, halal ke?" Tetapi, kata-kata itu hanya berlegar-legar dalam hati.

Kalau pak cik yang terkelip-kelip mata menjawab, Sulha nasihatkan, carilah kedai lain. Paling senang, masak sendiri. Kita yang gunakan bahan dan kita yakin dengan apa yang masuk ke dalam badan kita. Semoga kita sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T. sentiasa :)

Cerita ini, wataknya diubah nama, tempatnya benar, dialognya diubah sedikit (yela, takkan ingat exactly apa yang cakap hari itu, mungkin ada kekurangan perkataan dan, ini, itu dan lain-lain) namun maksud tetap sama. :)

Hihi. Terima kasih kerana membaca!

Wallahu A'lam.

2 comments:

  1. Erm, kalau nak tanya boleh?

    Kahwin umur bpe?

    (:

    ReplyDelete
  2. Haslina; Bolehhh. ^^ Alhamdulillah, kahwin dalam umur 20 tahun 10 bulan dan suami, 19 tahun 5 bulan. Hihi.

    ReplyDelete