Monday, 28 February 2011
Normal lah kalau pejuang Islam selalu difitnah
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, suka handred persen melihat penghijrahan manusia kepada sesuatu yang lebih tulus. Mungkin ramai yang dah tahu kisah Bob Lokman. Sungguh syahdu. Mengikut realiti majoriti sesuatu yang berlaku, mereka yang berubah daripada sesuatu yang lain akan lebih memperjuangkan Islam daripada mereka yang asalnya sudah begitu.
"Sesungguhnya yang takut kepada ALLAH di kalangan hamba-hambaNya ialah ulama." (Fathir: 28)
Lumrah menjadi pejuang Islam, akan selalu ditekan, difitnah, dituduh dan macam-macam lah! Itulah realiti kan. Mana boleh relax je, dapat harta banyak-banyak. So, normal lah tu kalau pejuang akan difitnah di akhbar macam-macam. Padahal, peribadi itu sangat dihormati. Contohnya; tok guru ambo. Hehe. Tok Guru Nik Aziz.
Dalam satu organisasi, kadang-kadang bukan orang atasan yang menimbulkan masalah. Tetapi, orang bawahan. Para penyokong. Yang sibuk mencaci menghina penyokong parti lain. Or para penggunting dalam lipatan. Suka sangatlah tu tengok orang berpecah belah. Bila ada masalah macam ni, muhasabah balik dan teguhkan kembali barisan. Ana ingin melihat Malaysia aman damai di bawah pemerintahan Ulamaa'. Ini permohonan telus.
YA ALLAH, perkenankanlah. YA ALLAH, bantulah kami. YA ALLAH, semoga pemerintahan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah dapat dijalankan.
Ana pernah dengar orang kata; dia dapat melihat persatuan mana yang lebih benar dengan melihat yang mana yang selalu ditekan-tekan dan difitnah. Then, kajian dan perbandingan dibuat kepada persatuan yang selalu ditekan-tekan and persatuan lain yang ada. Alhamdulillah, bertemu jawapan. Bukankah benar, orang yang selalu hendak memperjuangkan yang hak akan menghadapi banyak halangan?
Sedikit sedutan; jgn hingga terkeluar dari ilmu & akal dalam mencari kebenaran. saya tidak berubah kerana PAS, tapi kerana ilmu ALLAH yg didengar melalui TG Nik Aziz. saya membantu UMNO dalam 2 pilihanraya di parlimen baling dan telah dibayar utk kerja2 itu. secara logiknya UMNO bukannya jahat, cuma benarlah mereka kurang condong pada ALLAH. semua yg bekerja mahukan upah. itu cari makan namanya. sedang 30K pemuda PAS di Kota Sarang semut pada 19hb feb sanggup membayar pendaftaran dan berdiri ditengah panas kerana dahagakan kebenaran. inilah perbezaannya berbuat sesuatu kerana cari makan atau kerana ALLAH. Sungguh perubahan saya ini mungkin tidak akan kekal, cuma saya cintakan ISLAM sudah lama, hanya sekarang baru saya tampilkan. saya juga bimbang penampilan ini menjadikan saya riya', namun InsyaALLAH berkat ilmu yg dipelajari saya akan berwaspada. maka kalau satu hari jika ditakdirkan saya kembali kealam fasiq dan saya mati, maka jangan disembahyangkan hatta disedekahkan fatihah jika itulah takdir. namun perubahan hari ini adalah melalui kefahaman ilmu dari kitab yg saya pelajari dari pelbagai tempat. untuk itu jika saudara & saudari ingin menilai kebenaran bermulalah dengan akidah yg benar iaitu: beriman kepada ALLAH melalui pengetahuan dari kitab yang dibawa oleh RASUL yg tahu dengan bantuan Malaikat. bila kita faham cerita Akhirat baru kita akan takut kpd ALLAH den menerima apa sahaja ketentuan baik dan buruk dariNYA. Jgn semata-mata menggunakan akal kerana syaitan juga mengalir didalam tubuh kita sebagaimana mengalirnya darah. ingatlah jika belum sampai kepintu kematian memang kita tidak takut kpd ALLAH. juga jgn berkata mengenai ISLAM secara sesuka hati nanti ISLAM keluar dari diri. bila akidah menyimpang iblis akan menggalakkan kita utk kuat bersembahyang, tapi untuk siapakah ibadat kita setelah agama ALLAH bukan lagi milik kita. WALLAHUA'LAM
Jangan takut andai bersendiri. Jangan takut andai diancam. Jangan gentar andai disumbat ke jel.
Rasullulah S.A.W. bersabda:
Maksudnya; "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) ,dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang ASING. (H.R. Muslim) :D
Selamat Berjuang!
Ana takdelah pejuang tegar. Nak kata pengecut pun ada kalau takde yang tolong. Sahabat handai sila bantu :) Tetapi sokongan padu tetap diberikan, InsyaALLAH.
Nota kaki 1: Iman ana tahap rendah lagi =.=
Nota kaki 2: Jangan ada yang tak nak kawan lepas ni sudah. Hehe.
Nota kaki 3: Politik perlu dalam Islam.
Wallahu A'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment