Thursday 3 March 2011

Adakah tahap kesabaran makin merendah?

Assalamualaikum W.B.T.

Situasi untuk menguji kesabaran;

1) Pejabat Agama
"Dik, tandatangan Pak Imam Masjid Zakaria takda".

Haha. Balik semula.

Malam itu, jumpa Imam Masjid Zakaria dan beliau volunteer nak uruskan kesemuanya sebab dokumen dah lengkap. So, just pay RM 10 and no need to go to Pejabat Agama anymore! Alhamdulillah.

2) Bangunan MAIWP.
Kali Pertama;
"Takda buku akaun eh"
"Yup"
"So, sila dapatkan penyata kewangan, contohnya ini, penyata kewangan bapa"

Pergi Menara Tun Razak with Baba di kawasan Masjid Jamek. Dan pergi semula ke MAIWP.

Kali Kedua;
"Dik, ni akaun ayah ya?"
"Yup"
"Tak boleh dik, kena akaun pemohon"
"Dah tadi tunjuk contoh penyata kewangan BAPA"
"Iyalah, tapi ini akaun bersama"
"Kenapa tak cakap awal-awal?"

Balik. Dan keesokan harinya.

*Tak semua orang tahu. Jadi, bagilah maklumat secara precise. Boleh kan? :)

3) Bank Islam
Proses mendapatkan penyata kewangan.

"Dik, kad bank ni tak aktif"
"Dulu pernah hilang, ni kad bank baru"
"Tapi kenapa tak aktif ya? Cuba sekejap kat ATM"

Mencuba dan kad berjaya ditelan.

"Kad dah kena telan"
*Pegawai tengah gelak-gelak. Alhamdulillah, dia mesraa. Taklah muka ketat seperti mana pegawai bank yang lain.
"Kak, still boleh masukkan duit kan?"
"Boleh, tapi takleh nak keluarkan"
"Okay."

Kali Ketiga;
Pergi semula ke pejabat MAIWP.

"Nah"

Dan terus pulang. At last. Alhamdulillah

4) Spa
Everything is okay except I am hungryyy. So, bila lapar maka tumpuan takde. Tak sabar nak tunggu habis sebab nak pergi makan. Balik rumah, terus merebus sebungkus maggi dan makan nasi pattaya.

* * *

Lately, ana tak kekok untuk bersuara kalau tak puas hati.

Contoh;

Situasi di Embassy Malaysia di Cairo.

Dengan tak sengajanya; kami telah tersilap isi borang kahwin. Dan nak kena tukar saksi. So, pegawai kena print semula borang, kalau tak silap 2 mukasurat sahaja, dan beliau berkata;

"BENGAP betullll"

Maka ana pun termenjawab sampai terkejut orang lain. Boleh tahann.

Ana pernah terbaca, siapa yang ada banyak kesalahan mulut, kena banyak bersedekah. Kalau tak silap, ini hadits. Ada sesiapa yang tahu?

Adakah lebih baik senyum sahaja sambil berkata, "Okay" ataupun menyuarakan ketidakpuasan hati.

Dialog mungkin tak precise, tapi maksudnya sama. Haha. Takkan nak ingat dialog sebijik2.

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMU)" (Al-A'raf : 126)

YA ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami dan jauhkanlah kami daripada maksiat.

Ini doa supaya dapat menjadi orang yang sabar. Jom amalkan!

Nota kaki 1: Mood swing

Wallahu A'lam.

2 comments: