Wednesday, 23 February 2011
Pandangan ana pada susunan persekolahan
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, hari ini bangun awal lagi. Yeay! Ana suka bangun awal dalam keadaan terpaksa. Macam kat Al Manar, terpaksa bangun awal. Geram je. Tapi, bila pukul 7 tu, sambil-sambil hirup udara, "Wahhh, segarnya :) Bestnya bangun awal!" Tetapi kalau bangun lambat, memang ni'mat at first, tetapi dalam pukul 8 lebih; mulalah nak tension. "Argggh, lambat lagi!"
Macam itulah benda-benda maksiat; ni'matnya sementara, tak lama pun. Tetapi, bahananya... Astaghfirullah.
Alhamdulillah, jumpa si kecil kuat makan ni. Sekarang dah darjah satu. Uniform macam tu, agak-agak sekolah apa?
My own opinion; Satu perkara yang baik untuk menyekolahkan anak-anak kat sekolah cina waktu kecil. Boleh belajar bahasa Cina! Amat baik untuk dengar perbualan orang cina yang tengah berbual kat kedai henpon. Kot-kot dia nak kelentong kita. Haha. Or dalam bas. Or di mana-mana jua. Or sekolah India?? Tetapi ana pun tak tahu kenapa ana tak suka something about India. Kah3. Patut diubah persepsi ini! Minta maaflah bangsa India termasuklah Tamil dan Hindustan (ada perbezaan kan?), ini semua gara-gara cerita Hindustan dan Tamil suka menyanyi atas tren dan ladang sawah pakai baju seksi meksi.
Pada peringkat sekolah menengah, ana lebih prefer sekolah tahfiz. Kalau tak nak sekolah tahfiz pun takpelah, asalkan sekolah agama. Pembentukan waktu remaja ni extra penting. And seelok-eloknya sekolah asrama. Tak semestinya berasrama penuh. Sekolah swasta pun boleh berjaya, kan? kan? InsyaALLAH. Biar disiplin sikit.
Ana bersekolah di Maahad Al Manar. Walaupun sistem agak slamber, tapi keslamberan tu yang jadi best. Hehe. Tapi, pentadbiran and susunan sekolah kena kukuhlah, jangan slumber sangat. Kalau korang pergi, barulah tahu keslamberan dia. Ada yang suka sekolah yang padat, ada pula yang suka jenis relax. Sesiapa yang suka aktiviti lasak-lasak 24 jam tu biasanya tak bertahan. Tetapi, sistem Quran strict tau. Berapa baldi dah air mata para pelajar habis.
Time Form 4 and Form 5, mungkin lebih baik masuk sekolah harian? Sekolah agama swastalah maksudnya. Tak semestinya sekolah swasta ni takde gred. Kita ada sekolah under Musleh. Al Amin, Hidayah, Hira' dan lain-lain. InsyaALLAH, sistem sama kualiti dan lebih berkualiti dengan sekolah cluster. Kalau yang lelaki, nak masuk RMC pun okay. Boleh jadi a man :) Tetapi, produk pun kena berkualitilah. Janganlah lepas sekolah, serik sangat berdisiplin sampai datang lecture pun lambat. Sesiapa terasa padan muka. Kah3.
“Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain, Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudarnya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” (al-Hujurat:12)
Kenapa tiba-tiba cakap tentang persekolahan?
Ini hanyalah pandangan ana. My opinion. Ra'yi. Akan berlainan dengan orang lain. Jadi, perbezaan pendapat harap dihormati dan diraikan. Sepertimana imam-imam mazhab boleh duduk sekali, menjalinkan ukhuwwah walaupun berlainan pendapat.
Kalau semua kata Blackberry cantik, nanti takdelah orang beli Samsung Wave. Ohh, ana suka yang jarang-jarang digunakan.
Nota kaki: Hari ni tiada nota kaki lahh.
Nota kaki sampingan: Tiba-tiba ada nota kaki tambahan sebab ada orang marah mengutuk sekolah dia. Haha.
^Wallahu A'lam^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment