Monday, 21 February 2011
Dunia
Assalamualaikum W.B.T.
"Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan..." (Al Hadid:20)
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang..." (Ali Imran:14)
Dunia, harta, pangkat; semua sementara. Tetapi kebanyakannya lupa, including me. =.= Astaghfirullah.
Alhamdulillah, hari ini kategori bangun awal jugalah. Sebab nak shopping buku. Shopping or jalan-jalan pun terapi bangun awal juga. Keh3. Dah berkurun ana tahu Syarikat Kamal jual buku murah. Dan sudah berkurun juga ana tahu bahawasanya Syarikat Kamal terletak berhadapan Hospital Kuala Lumpur. Tetapi, ana baru je tahu yang dia dekat dengan Hospital Tawakkal!
Ingatkan jauh la sangat HKL ni. Sebab tu, kebanyakan medical books, ana beli kat Kinokuniya je. Sebab kalau nak pergi Jalan TAR, jauh dan tak bayak pilihan.
Pengajarannya; sila tengok map. Sekarang kan maklumat di hujung jari.
"Katakanlah, ‘Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?' Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada ALLAH), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikurniai) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan ALLAH..." (Ali Imran: 15)
Nota kaki 1: Memang banyak kriteria yang tiada, tetapi ada satu perkara penting yang dia tiada tetapi tidak anda. Dan perkara itu menghapuskan semua yang sebelumnya.
Nota kaki 2: Jangan malas!
Nota kaki 3: Masih lagi perlu motivasi untuk disiplin.
^Wallahu A'lam^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment