Sunday 20 February 2011

Fakta pelik 1

Assalamualaikum W.B.T.

Azam; Mahu didisiplinkan. Mahu menjadi orang yang sangat-sangat berdisiplin.

YA ALLAH, jauhkanlah kami daripada sebarang kesesatan.

2 facts about me;

1) Mocha Glacier; Black Canyon Coffee. Beberapa percent susu; ana tak tahu. Teringat kat Al Amin dulu, suka bebenor beli air tin Pokka walaupun bergadai wang. Yang pastinya, walaupun sedap, pasti jiwa raga terseksa keloyaan after that. Ana anti-susu. Tekak dah mampu menerima sikit-sikit adik beradik walaupun berdarah tipis dengan susu, tapi perut masih belum mampu memberi kerjasama yang baik. Doakan kejayaanku :)

2) Ana bukanlah pendengar seminar atau kursus yang baik. Hehe. InsyaALLAH tumpuan boleh diberi dalam group yang ada lebih kurang 10 orang, tetapi, dalam jumlah yang ramai, tendency untuk tidur sangatlah tinggi. 30 minit pertama, masih bertahan. Then, ... Haha. Minta maaflah. Mungkin 70% tidur, 20% tumpuan, 10% berborak. Hek3. Tadi mengantuk sesangat kat kursus sampai tidur atas lantai di celah-celah kerusi dengan sengaja.

Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberi :)


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"

(Al-Baqarah : 201)


Nota kaki 1: Berfikir itu perlu sebelum bertindak. Pemikiran kena berkembang, seiring dengan waktu dan zaman.
Nota kaki 2: Semoga urusan kami semua dipermudahkan, InsyaALLAH :)
Nota kaki 3: Ingin menjadi hamba ALLAH S.W.T. yang bertaqwa. Tolong bimbing diri ini, teman.
Nota kaki 4: Fakta pelik 2?

^Wallahu A'lam^

2 comments:

  1. tang tidur uh x leh bla..hahaha..cg de 2 anak murid yg mcm nt..geram jer tp comel

    ReplyDelete