Thursday, 17 February 2011

Cara tidak tidur lepas Subuh efektif


Assalamualaikum W.B.T.

Pada post business, hari yang sama, ana telah pulang dalam pukul 10 lebih dan telah berjaya melelapkan mata pada pukul 12 taqriban (lebih kurang). Alhamdulillah, ana telah berjaya tidak tidur lepas Subuh pada keesokan harinya.

Oh, ini kejayaan yang besar!

Jadi, salah satu cara penyelesaian supaya tidak tidur lepas Subuh;

Jalan banyak-banyak pada pagi harinya. :)

Siapa ingat Shoutul Amal?

Combination antara dewasa dan kanak-kanak. Famous dengan lagu Amalulillah. Walaupun dah berkurun lamanya, nasyid-nasyidnya memang best :)
Analisa

Analisa, analisa, analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai haji untuk pangkat dan nama

Analisa, analisa
Adakah Islam sempurna


Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para Nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
Masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
Hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa, setinggi manakah taqwa
Analisa, semulia manakah kita
Analisa, adakah kita hamba kepadaNYA
tanyalah diri kita

Nota kaki 1: Esok kursus
Nota kaki 2: Mari berjalan banyak banyak banyak supaya tak tidur lepas Subuh

^Wallahu A'lam^

2 comments:

  1. cg kalau nak elak tido pas subuh, pas solat baca quran..pastu terus g kerja..walaupun tym uh kul 7pg dan waktu sbnr masuk kerja kul 9..haha..efektif an..

    erm cg da tukar blog www.ikandikolam.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Haha. Efektif!

    Ana asyik tidurrr je walaupun sedang baca Quran. =.= Mungkinkah masalah dalaman?

    Astaghfirullah3.

    Okay cikgu, noted.

    ReplyDelete