Monday, 14 February 2011

Roaming


Dalam kesibukan memerangi valentine;
janganlah kita lupa kat birthday kembar Al Manar. :)

Sanah Helwah
to

Maryam & Faridah Zakaria!

Ingat, anda dah 21. Hehe.

YA ALLAH,
kami mohon kepadaMU,
agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami,
dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami,
akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali,
jadikanlah hidup ini untuk menambah kebaikan,
dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

Alhamdulillah, telah menziarahi Aishah di UIA PJ dengan puan Duta Surga. First time pergi sendiri, merewang2 tak tau direction. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Bersyukur dengan kemudahan pengangkutan awam. Takdelah banyak sangat wang dikeluarkan.

Cost to UIA PJ from LRT Universiti;

By bus: RM 1.
By taxi: RM 7.8. Terpaksa sebab hujan lebat, kilat sabung menyabung.

Semasa sedang berborak, tiba2 ternampak satu masterpiece;

Siapa ingat lukisan ini? Kah3.

Lah, usahamu sudah menjangkaui Selangor! Teringat waktu Lah lukis gambar ni, then tampal kat board depan kelas rasanya. Then, ada pihak yang memfotostatnya banyak2, lantas menampal di sekitar Kelantan.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru R.A., sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda: "Puasa dan Al Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Riwayat Imam Ahmad).

Nota kaki 1: Mari berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. pada setiap hari
Nota kaki 1: Hari ini telah makan dengan banyak dan tidak berhemah sekali.
Nota kaki 2: Berminat untuk menulis cerita. Ada sesiapa boleh jadi mentor?

^Wallahu A'lam^

No comments:

Post a Comment