Sunday 27 February 2011

Bukan senang menjadi rajin daripada malas tegar


Assalamualaikum W.B.T.

Lama sudah tidak berblogging ya. Alhamdulillah, tadi ada orang berjaya s
tudy :P Nanti kena struggle lagi yah! Tempat biasa pukul LAPAN tau. Kena ada cikgu disiplin ni. Semalam telah berjaya shopping. Terima kasih kepada Baba dan Ummi atas penyediaan wang yang banyak. Terima kasih kepada Mama kerana mengeluarkan idea :) 2 pasang kasut Santa Barbara dan 1 pasang kasut B.U.M. equipment, baju kurung Hugo clothier, brooch besar dan lain-lain.

Semoga barang-barang itu bukanlah ejen pengurangan iman.

Malas ialah penyakit ana yang terbesar. Harap-harap sesiapa yang terba
ca tolonglah mendoakan diri ini supaya tidak malas dan semoga anda pun begitu juga.

Ada dalam Ma'thurat kan?

Untuk menjadi perajin, kita kenalah hidup dengan orang yang rajin. InsyaALLAH kita akan progress step by step. Macamlah juga dalam study. Kalau kita tinggal dengan mereka yang suka bermain-main, tendency kita untuk bermain pun akan tinggi. Tapi, kalau kita duduk bersama mereka yang asyik studyyy je, kita akan terasa jealous dengan automatiknya lantas study smart and hard.

Orang sekeliling banyak membentuk diri kita. Tetapi, untuk ANA menjadi rajin daripada malas tegar, ada satu syarat mengada. Keh3. Tolong jangan BEBEL. Haha. Kerja ana tanpa bebel lebih efektif 90% daripada dengan bebel. Misalannya, mengemas bilik. Kalau ada yang bebel, maka terhasilllah kerja sambil lewa. Tetapi, kalau takde yang bebel, jangan terkejut kalau bilik tu berkilat berseri sampai sanggup mencari alternatif untuk menceriakan dinding dan pintu!

Ana rasa bukan ana seorang macam ni, masih ramai lagi di luar sana. Betul? ;)

ALLAH S.W.T., bantu kami.

Nota kaki 1: Salah satu ciri hati yang sihat; Menimbulkan rasa aman pada diri dan orang lain.
Nota kaki 2: Nak main dengan Chen I Sa.
Nota kaki 3: Teringat video mengumpat orang Arab punyaa. Terbaik!

Wallahu A'lam




2 comments:

  1. mabruk alaik akak nus.

    barakallah.

    semoga sampai syurga :)

    ReplyDelete
  2. Husna - Syukran! Doakan kami :) Btw, Husna Adnan?

    ReplyDelete