Friday, 30 November 2012

Ubat baru untuk Chronic Myelogenous Leukemia.

Assalamualaikum W.B.T.

Penyakit kanser boleh dihalang. Menariknya pendahuluan saya. Haha. Namun, ramai yang meninggal kerana kanser. Kenapa? Antara sebab utama;

Ramai pesakit pergi berjumpa doktor hanya apabila kanser mereka sudah sampai tahap ke 3, atau 4. Banyak penyakit yang boleh diubati jika pesakit jumpa doktor seawal mungkin.


Kanser tidak seperti jangkitan. Sumber atau punca penyakit dapat kita tahu dengan mudah. Untuk mengelakkan jangkitan, senang sahaja :) Makan benda bersih, basuh tangan sebelum makan, jaga kebersihan sekeliling, makan daging, ayam atau ikan yang sudah masak sepenuhnya!

Pernah makan di kedai mamak, ayam tak masak sepenuhnya. Still blooooooody T_T Terus tukar ayam lain. Pendek kata, virus dan bakteria suka tempat kotor. Penyakit seperti kanser, sebabnya yang specific masih misteri. Orang yang tiada family history (sejarah keluarga ?) kepada kanser juga boleh menghidap kanser dalam usia yang muda. :O


Antara faktor penyumbang utama ialah;
1) Makanan yang tidak berkhasiat
All those jajans, cikedis, mee segeras. Banyak je makanan yang healthy dan sedap! Boleh masak sendiri.

2) Radiasi
Radiasi daripada telefon, laptop, dan sebagainya. Husband saya menutup henfonnya sewaktu tidur, untuk mengelakkan radiasi. Saya? Saya tidak mematikan henfon tetapi letak henfon jauh-jauh. Hehe.

Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk menghadiri konferens anjuran syarikat Novartis Oncology bertempat di Mediterranean Azur Hotel.

 
Syarikat ini telah memperkenalkan satu lagi ubat baru (2nd generation) untuk mengubati pesakit chronic myeloid leukemia disebabkan oleh Philadelphia chromosome, yang dinamakan Tasigna (nilotinib).
 
 
Ph+ CML itu ialah Philadelphia positive chronic myeloid (myelogenous) leukemia. Generasi pertama untuk ubat ini ialah imatinib. Kekurangan imatinib ialah dia tidak bercantum sepenuhnya dengan Bcr-Abl, namun Tasigna boleh bercantum (baca: bind) dengan sepenuhnya! Hasil daripada kajian, hanya 3 orang yang mati daripada 281 orang pesakit yang diberikan Tasigna. Alhamdulillah, hebat betul akal dan minda ciptaan Allah S.W.T. 
 
 
Doctors selected to the conference! Kami diberikan brochure dan buku. Perlu diingatkan, Tasigna tidak diberikan kepada pesakit ACUTE myelogenous leukemia. Actually, walaupun bunyi kronik lebih menakutkan, namun acute lebih berbahaya, kerana penyakit acute progress dengan sangat cepat. Sangat cepat, pesakit boleh mati dalam masa seminggu :O
 
 
Di UK, hanya 1 daripada 100,000 (or more) orang menghidap CML. Di Malaysia? Penduduk Jepun lebih mudah untuk terkena, kerana kesan daripada bom Hiroshima dan Nagasaki, yang menyebabkan perubahan kepada gene. Ehem. Pergi konferens kesihatan haruslah makan makanan berkhasiat. Salad udang, ikan dan sotong bersama sayuran hijau dan minyak zaitun (?).
 
 
Saya dan Dr. Aqilah. Waktu ini, saya sudah terlampau nausea (loya) kerana terlampau kenyang. Sebelum itu kami dihidangkan dengan sup cendawan bersama udang. Big prawns, squid rings and fish fillet with herbs and sauted vegetables.

Already nauseated, and waiters sent this...


Hanya makan strawberry cicah sos pink dan surrender!

Alhamdulillah :D Semoga rakan-rakan lain diberikan peluang juga, InsyaAllah.

Wallahu A'lam.

Friday, 2 November 2012

Teknik Menghafal Al Quran versi Al Manar.

Assalamualaikum W.B.T.

Sengaja buat tajuk formal, senang orang nak search. ^^

Alam persekolahan sudah bermula. Faham kan signifikasi kenapa saya berkata frasa "Alam persekolahan sudah bermula".

Ya, para pembaca blog saya (?) sangat bijak, Alhamdulillah :D

Salah satu kejayaan besar Al Manar ialah pada tahfiz Al Quran. Take in mind, Al Manar yang sedang saya berbicara bukanlah nama surat khabar atau stesen televisyen, tetapi ia nama sekolah saya yang terletak di dalam hutan.


Sumber gambar.

Jauh ke dalam hutan Selising, Kelantan. Ini sawah padinya :) Hafal + hutan + harmoni + hijau + harum = Hafizah! Suasana hutan dengan udara yang bersih memang membantu. Elok mulakan menghafal sewaktu masih kecil, kerana waktu itu minda kita mudah meresap dan tidak mudah letih. Tetapi, bukan bermaksud veteran tidak boleh menghafal. Poin saya, sesiapa yang sudah berniat, elok dimulakan sekarang.

Ini teknik menghafal kami yang telah diperkenalkan oleh Ustaz Hadi. Sangat berkesan! Boleh menjadi rujukan untuk tenaga pengajar sekolah-sekolah tahfiz. Al Manar tidak menggunakan sistem hafal 2 TAHUN seperti sekolah lain.


Sakan. Kami tidak menggunakan istilah asrama atau hostel.

This is the flow;

1) Sofhah Jadid = Muka surat baru.
Biasanya, kami hanya menghafal satu muka surat dalam sehari.

2) Murajaah Jadid = Ulangan muka surat baru.
Ulangan atau revision, muka surat yang telah dihafal selama 5 hari yang lepas. Ke 4? Ke 7? Tetapi, confirm bukan 3. Kalau 5 hari lepas kita hafal 10 muka surat, maka revise 10 muka surat.
3) Murajaah Qadim = Ulangan muka surat lama.
Ulangan ini mengikut jumlah juzu'.

Jika pelajar tersebut menghafal _, maka murajaah qadimnya sebanyak _.
5 juzu' = 10 muka surat.
10 juzu' = 20 muka surat.
15 juzu'= 30 muka surat.
30 juzu' = 40 muka surat.

Haha. Sebenarnya, sudah tidak berapa ingat secara spesifik. Semua muka surat ini perlu dibaca secara terus, bukannya 10 muka surat, kemudian sambung lagi 10, dan seterusnya. Ulangan ini diteruskan sehingga habis, dan mula kembali dari surah Al Fatihah. Inilah cycle dalam sehari.

Waktu kelas hafazan;

1) 0600 - 0720
2) 0800 - 0845
3) 0700 - 0900

Salah satu perkara strict yang akan datang tanpa diundang...

Vroom vroom. Bunyi motor memecah suasana. Errk. Hampir semua banat mengenali maksudnya. Dialog dalam bahasa Arab, dan telah diterjemahkan ,antara Ustaz dan Haura' yang sudah menghafal 15 juzu'.

Ustaz: "Haura', ke mari! Sambung ayat ini. (sambil membaca potongan ayat dari juzu' 3).
Haura': Erk. Erk. Gulp. (Nervous dan baca dengan salah).
Ustaz: Kamu diturunkan kepada juzu' 3 mulai hari ini!

Haura': (Terus tidak nervous dan membaca dengan cemerlang).

Diturunkan juzu' bukannya situasi yang tidak biasa. Jadi, jangan bermain-main dan sentiasa serious dalam menghafal.

Ada orang bertanya kepada saya, ada pantang larangkah dalam pemakanan untuk penghafal Al Quran?

Jawapan saya, saya makan je semua jajan berMSG yang ada. Haruslah tidak diikut jawapan kurang cerdik saya. Kekeke. Jawapan serius, jangan makan makanan haram. Sama ada ia haram secara qat'i atau bersumber dari perkara yang haram.

Wallahu A'lam.

Thursday, 11 October 2012

My Hero and Fa'run.

Assalamualaikum W.B.T.

Fa'run ialah kalimah bahasa Arab yang bukanlah membawa maksud Firaun. Tetapi, ini

Muka tikus memang begini jika dilihat secara dekat. Comel :D

Namun, kenapa saya beria-ia menghalau tikus ini keluar setelah dia masuk melalui tingkap bilik saya?

1) Tikus ialah sejenis haiwan perosak! Kalau ia kucing atau rama-rama atau kumbang, saya akan biarkan sahaja dia menikmati panorama bilik saya. Tetapi, tikus? Jika saya menunggu lama, mungkin pakaian saya akan berlubang.
2) Tikus membawa virus yang sangat berbahaya. Contohnya; Yersinia Pestis. Mortality 100%! Virus ini tidak menunggu lama. Selepas beberapa hari terkena jangkitan, seawal 36 jam atau lebih, pesakit akan meninggal dunia. (Kejap tak?) Istilah yang biasa digunakan, penyakit kencing tikus.

AMARAN: Jangan pandang remeh kepada secretions oleh tikus samada tahi, kencing dan lain-lain.

Sedang saya berehat sambil belajar bahasa,

"Trrrrrrrrr". Saya menoleh ke tepi, sang tikus sedang brek dan pusing ke belakang semula setelah menyedari saya melihatnya. Dari manakah dia datang? Saya tidak pula menjerit memberi signal, masa diragut pun saya tidak menjerit. Hanya terkesima, kerana saya tidak suka mendengar jeritan yang nyaring. Keke.

Tingkap bilik terbuka kecil. Saya positif ia datang dari situ memandangkan sudah tiada lubang lain. Atas sebab yang kedua, saya perlu menghalaunya dari bilik ini! Sang tikus menyusup ke bawah katil. Saya mengacahnya dengan penyapu serta menyembur dengan racun lipas, dengan harapan sang tikus akan sakit hidung membau bau racun tersebut dan berlalu dari bawah katil.

Alhamdulillah, taktik itu berhasil, dan sang tikus berlari menuju ke almari. Tidaaak! Bukan kerana pintu almari saya terbuka, tetapi kerana almari itu ...

Calling my superman. Mr. Husband to the rescue!

Saya mengacau suami saya yang baru balik dari Carrefour. Hehe. Sorry abang, walaupun abang letih, namun tikus ini perlu dibuang dengan segera.


Itu rak lima tingkat.

Seperti yang kamu lihat, almari ini besar dan berat. Sang tikus menyusup masuk ke bawah almari. Very challenging! Dengan kekuatan Encik Suami (riadah dekat gym kan), beliau mengalih rak buku dan almari, mengacah-acah tikus.

Dan setelah berpuluh-puluh minit... Alhamdulillah, berjaya menghalaunya melalui tingkap. Berpeluh!

Kami tutup tingkap rapat-rapat. :')


Ya Allah, berkatilah suamiku dan permudahkanlah urusannya di dunia dan akhirat. I'm proud and blessed with a strong husband. He is my hero!

Wallahu A'lam.

Sunday, 7 October 2012

Flowers at Hibiya.

Assalamualaikum W.B.T.

Travelog Jepun 2.0. Alhamdulillah, tangan tidak malas untuk menaip. Walaupun sedikit buntu memikirkan tajuk yang sesuai. Err.

Kalau korang suka baca fakta, atau tahu sedikit tentang pengetahuan am, Jepun is the most expensive city in the world. Siapa yang second? Malaysia ada dalam senarai tak? Banyak soalan pula. Hehe. Kita mesti berilmu untuk berbicara :)

Harga hotel semalaman boleh membantutkan banyak aktiviti. Lainlah jika korang mempunyai pendapatan yang tinggi. Kalau pelajar seperti saya, sangatlah molek jika ada rakan sekolah atau ahli keluarga belajar atau bekerja di Jepun. Boleh tumpang-menumpang. Hehe. Waktu di sekolah, bahagikan awal-awal, awak negara ini, kita negara ini, boleh jimat duit dan bantu-membantu. Alhamdulillah, ayah saya bekerja di Jepun. Jadi, kos tempat tinggal, RM 0.

Dekat Paris, mungkin agak susah sedikit sebab ramai pelajar Malaysia berada di luar Paris. Waktu ini, boleh tinggal dekat hostel. Banyak je hostel yang reasonable harganya.

Alang-alang dapat menumpang rumah keluarga atau kawan, rajin-rajinlah membawa buah tangan atau benda yang jarang atau susah didapati di Jepun. Orang berbudi kita berbahasa :)


Pengangkutan utama di Jepun. Aliran tren yang cukup mantap menyebabkan berkurangnya bilangan kereta di atas jalan raya. Kami menggunakan this card;


Kad ini takde jimat ape pun. Macam touch n go. Jika berjalan banyak dalam sehari biasanya lebih 1000 yen. So, sehari RM 40 untuk transport dalam Tokyo. Jadi, tak untunglah kan kalau pakai kad ini untuk mereka yang mahu jalan banyak. Penyelesaiannya, ada kad one day pass dan round tour ticket. Rasanya, semua negara ada sistem sebegini. Malaysia adakah? Disebabkan bukan tourist, jadi tak pernah ambil tahu pun. Keh3. Pilih mana yang sesuai untuk perjalanan. :)  


Oleh kerana saya menyukai ketenangan, keindahan dan kehijauan, park adalah tempat yang sesuai untuk berkunjung.


Tak ingat pula ini batu apa. Batu berukir? Yang pasti bukan batu bersurat. Itu suami saya yang comel. Beliau boleh membaca tulisan Jepun :)


Malaysia ada 3 jenis. Jepun ada berapa jenis? Lambangnya sama, tapi ada nota pula kat situ. Sama seperti di United Kingdom, sampah rumah juga perlu diasingkan. Kalau kat UK, kena denda kalau tak asingkan. Di Malaysia, peraturan ini masih belum ketat lagi. Hmm. Sampah still berterabur kat rumah sampah.

Nurseri bunga.


Kena lintas guna lintasan kuda belang. Kalau tak, semua tengok nanti. Kena denda agaknya. Disiplin. Dan juga adab menaiki eskalator, sebelah kiri untuk berdiri dan sebelah kanan untuk berjalan. Biasanya orang akan berdiri sebelah kiri, so sebelah kanan kosong. Yet, diorang takkan berdiri sebelah kanan seperti di negara kita, sebab nanti menganggu orang berjalanlah kan. Diorang akan beratur panjang (sepanjang mana pun) dan tidak berebut untuk menaiki eskalator dan sebelah kanan eskalator akan sentiasa kosong kalau semua tidak mahu berjalan. Faham tak?


Malam hampir menjelma. Singgah solat di Masjid Salam. Jangan lupa solat walau apa pun jua keadaan. Biasanya di Jepun, mereka menggunakan tandas bidet. Semua tulis bahasa Jepun, bahasa Inggeris secebis pun takde? But, my husband kan know how to read. I asked him and he explained.

Jepun sangat cantik, Subhanallah :)

Wallahu A'lam.

Thursday, 4 October 2012

Zakat Selangor: Fasal 5

Assalamualaikum W.B.T.

Zakat Selangor: Fasal 5.

Bantuan Umum:
-> Sesiapa yang sudah mendapat bantuan, tidak kira mencukupi atau tidak, adalah dilarang untuk memohon.

Permohonan dibuat setelah melihat rakan MARA (SPT) di Iskandariah mendapat hampir 3 bantuan ekonomi. Laughed because too absurd. Siasatan yang dibuat nampaknya masih kurang menyeluruh. Pihak MARA tidak mempunyai masalah tentang perkara tersebut, namun berlainan dengan pihak zakat.

Kepada mereka yang berkenaan, silalah berfikir sejenak. Saya tidak mahu bercakap panjang, fikirlah. :)

Saya sangat menghormati mereka yang mematuhi syarat-syarat ini. Mereka ialah orang-orang yang jujur. Di sebalik kesusahan yang ada, mereka masih mampu untuk jujur. Tidak menggunakan jalan pintas. :)

Allahumma Inna Nauzubika Minal Kufri Wal Faqr.

Dalam sedar tidak sedar, ada beberapa penipuan yang telah disunnahkan (?). Haha. Sesuai ke? Maksudnya, orang tidak membantah penipuan tersebut. Betul tak?

1) Menipu timbangan beg sewaktu check-in kapal terbang. Saya pun pernah buat juga. HAHA. Evil laugh. Biasalah pelajar baru, banyak sungguh makanan dan barang-barang yang mahu dibawa. Biasalah pelancong, banyak betul souvenir yang dibeli. Lantas, kita pun mula mentransfer barang untuk kurangkan timbangan.

Penipuan dimansuhkan jika pihak pendaftar check-in setuju dengan berat itu. Masa pulang ke Malaysia pada tahun lepas, berat bagasi untuk Royal Jordanian=30 kg. Namun, berat bagasi saya=50 kg. :P Lebih 20 kg. Namun, Alhamdulillah lepas tanpa perlu helah.

2) Menipu umur untuk mendapat harga lebih murah. Cara-cara ini tidak boleh diaplikasi dalam kelurga kami kerana kami lebih tinggi daripada umur. Jauh lebih tinggi. :D Kalau tiket masuk Petrosains, jimat beberapa RM, kalau tiket kapal terbang?

3) Menipu bilangan penginap di hotel. Di luar negara, ada hotel yang tidak menggunakan konsep sebilik RM 250. Harga ialah per head T_T. Baru ingat nak sumbat ramai-ramai sebilik. Keke. Preferable, di luar negara, menginaplah di rumah student atau embassy (untuk bajet rendah seperti saya). Selepas kewangan kukuh nanti, InsyaAllah hotel 5 bintang.

Sekurang-kurangnya ia tidak melibatkan wang dan hak orang lain.

Wallahu A'lam. :)

Monday, 1 October 2012

Bears at Yokohama.

Assalamualaikum W.B.T.

Pepatah Jepun ada mengatakan, "Bun Wa Bu Ni Masaru." Maksudnya, translatelah sendiri. Jika kamu eager terhadap ilmu. Lalala.


Kos transport dari lapangan terbang Haneda ke Hatchobori, saya kira jaraknya bersamaan dengan Gombak ke Universiti Malaya, ialah RM 250-RM 400, tidak mencecah RM 500, jika menaiki Teksi Toyota Alphard. Jika menggunakan tren, tentulah lebih murah. Namun, tren di Jepun tidak beroperasi pada jam 12. Kena highlight, ini maklumat penting! Jika mahu menaiki tren, belilah tiket yang akan sampai selewat-lewatnya pukul 8 malam. Ada ke? Haha. Sekatan di imigresen mungkin akan berlaku jika maklumat tidak lengkap. Macam kami. :D 

Imigresen di Jepun?
1. Isi borang ketibaan.
2. Serahkan pasport.
3. Borang ketibaan akan distaplerkan (diketipkan? dikepilkan untuk klip kertas kan?).
4. Sekeping stiker akan dilekatkan. Landing permission.
5. Imbas cap jari.
6. Pandang kamera dan ambil gambar.

Di bawah bangunan Park Cube ini, ada sebuah stesen tren! Hibiya Line warna kelabu, H11, Hatchobori.


Hidangan tempura set. Ayam halal di Jepun sudah senang diperolehi, Alhamdulillah :D. Actually, di mana-mana negara sekalipun, bukannya semua makanan kita tidak boleh makan. Asalkan kita tahu berbicara bahasa negara tersebut, tanya sahajalah, apa bahan masakan ini. Orang Jepun sangat jujur dan terperinci tentang masakannya. Beruntunglah sesiapa yang boleh berbicara Jepun :D Dapat makan macam-macam. Kami hanya dapat membeli kraker beras, sushi simple dan air gara-gara buta huruf. Hihi. Di United Kingdom, makanan tanpa benda haram sudah ditag Vegetarian. Dapatlah membeli coklat, biskut, gula-gula dan jellybeans berkilo-kilo. :D


Restoran halal di Yokohama. Kebanyakan negara yang saya pergi, jika restoran halal, maka restoran India. Bukan restoran Jepun. Sobs. Japanese Muslim, can you open a halal restaurant, I really want to eat Japanese cuisine in Japan? Buffet, 1200 yen seorang, dalam RM 60. Alhamdulillah, roti nan di restoran ini sangat sedap. Terima kasih Baba for the treats, rasa bertenaga sepanjang hari :D



Restoran ini jauh lebih sedap daripada Restoran Sultani, Flamingo Hotel. Buffet memang sesuai untuk orang yang makan banyak seperti saya. Keh3. Namun, sejak plan diet dilancarkan mengikut plan yang dibentangkan oleh orang Korea, makanan seharian saya sudah berkurang secara mendadak, dan, Alhamdulillah, saya tidak lapar. Berat pun turun. Bsru self-esteem tinggi sikit. :P Tetapi, kalau ajak ke buffet sebulan sekali memang saya tak akan tolak! Kedai halal ini juga menjual makanan tidak halal. Tuut.

Hari pertama, kami hanya berehat di rumah sambil mengkaji peta. :)

Mengembaralah di atas bumi Allah S.W.T. dan carilah hikmah. Untuk saya yang makin meminati sejarah dari hari ke hari (unbelievable!), dulu bukan main benci, banning sejarah sesuka hati, dapat A dengan bantuan soalan bocor free (oopss), sekarang rasa macam nak mengkaji, doakan research ini berjaya dan diberkati.

Nantikan travelog dan tips jimat yang dapat saya simpulkan berdasarkan observation. Tips jimat ini sedikit tidak lengkap, kerana saya melancong bersama keluarga. Haha.





Hadiah bear besar. Terima kasih semua. :)

Wallahu A'lam.

Friday, 3 August 2012

Tramco yang ...

Assalamualaikum W.B.T.

Bertarung dengan diri sendiri is a real battlefield.

Kisah ini sudah lama, berlaku pada bulan lepas, beberapa hari sebelum ana balik Malaysia. Tetapi, masih dan perlu, untuk dicerita sebagai pengajaran kepada yang lain. Kisah seram, kekejaman dan kezaliman bangsa Arab. Hahaha. Macam dituju kepada semua? Tidak, hanya segelintir bangsa Arab.

Segelintir yang menyalahkan kerajaan atas siapa mereka pada hari ini. Kerajaan Mubarak memang mengaut wang. Tetapi, diri sendiri tidak memainkan peranan?

Adik ana akan terbang dari Mesir ke Malaysia, menaiki pesawat yang berlepas dari Iskandariah. Jadi, kami berempat, ana, suami, bersama kawan sebatch, Encik Raj dan Encik Zai pergi ke Kaherah sambil membeli pakaian di Hussin, tempat yang penuh sesak (jalan satu lane dengan kenderaan beribu). Tiket tren pada waktu tersebut habis. Biasanya, tiket jarang habis walaupun beli lima minit sebelum. Mungkin kerana cuti universiti.

Kami membeli tiket tren awal, yelah, nanti habis kalau beli lambat. Sampai di Kaherah, dengan terik mentari yang memberi Vitamin D yang melimpah ruah, tolong Encik Calcium :), terus ke stesen tren untuk membeli 5 keping tiket. Sekeping berharga LE 35. Orang Arab yang hobinya mengehon kereta, sangat menguji kesabaran. Tidak pernah satu saat pun takde hon! Hon jadi halwa telinga agaknya. Kalau mereka Malaysia, mungkin rasa sebanyak tekanan sebab tak boleh hon sesuka hati di jalan raya. Hahaha. Sebagai protes, ana menutup telinga dengan semangatnya di hadapan mereka.

Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah :)

Usai makan di restoran favourite yang baru didiscover, restoran Nil di Seksyen 7, Bandar Nasr, sebuah restoran Thailand, makan sampai tercekik sebab perlu pantas, kami bersama Jijah (adik ana) bertolak ke stesen keretapi 45 minit sebelum tren bertolak. Biasanya perjalanan dalam 15-20 minit sahaja. Tak sangka pula jem melampau sampai hampir 2 jam. Jadi, ya, kami terlepas tren, first time terlepas!

Tiket tren pada waktu berikutnya sudah habis. Resort terakhir, tramco. Tramco ini sebenarnya sangat laju, seperti mahu terbang! Cuma tren lebih selesa kerana jam keretapi tidak mungkin berlaku, tempat duduk lebih luas, boleh ke sana dan ke sini, membeli makanan dan minuman serta tandas yang. Err.


Dan di sini, bermulalah episod ngeri. Yang menyebabkan ana menjadi trauma menaiki tramco! Menjadi tidak mahu pergi ke Kaherah! Walaupun kaya dengan jubah-jubah yang cantik dan murah, kain-kain dan pakaian yang sangat menguntungkan, tetapi ia sangat sesak! Sesak is a NO (pembaziran masa yang melampau) melainkan ada public transport yang tidak beroperasi di atas jalan raya. Tidak kisahlah jalan air mahupun jalan keretapi, I'm okay with it :)

Antara syarat utama pada musim panas berpeluh untuk menaiki tramco, aircond mestilah dalam keadaan baik. Kesian para penumpang tramco sebelum ini, sebab hanya kami orang depan sahaja yang dapat merasakan penghawa dingin berderu-deru! Haha. Sangat kejam. :P Sangat nyaman sekali, Alhamdulillah. Kasihan sungguh melihat orang belakang berpeluh-peluh. Ternyata keputusan untuk duduk di situ sangat tepat. Kalau tidak, ana terpaksa menadah telinga mendengar bebelan dan rungutan yang istiqamah daripada suami.

Pak cik pemandu kata, aircond is okay! Sangat baik! Alhamdulillah, syarat pertama sudah lepas. Namun, ada satu perkara yang kami TERambil ringan. Harga tambang. Korang jangan samakan orang Arab dengan orang Europe. Jauh beza! Orang Europe jauh lebih baik dan berdisiplin. Namun, orang Paris mungkin ada sedikit persamaan dengan Arab.

Berikut ialah kejadian ngeri yang telah berlaku:

1) Beberapa kali, sepanjang perjalanan, kami menyuruh pak cik memasang aircond. Namun, beliau tidak memasang sehingga ke akhirnya! Alhamdulillah, angin malam sangat sejuk dan nyaman. Tidak bahang macam angin pagi.

2) Beliau tiba-tiba berhenti di tengah jalan, dan tiba-tiba meminta penumpang membayar harga tambang dengan kenaikan sebanyak LE 10! Normal LE 25. Tetapi, dia meminta LE 35. Teringat peristiwa seorang rakyat Malaysia meninggal (baru sahaja dalam sehari dua) kerana terjun daripada tramco setelah diacukan dengan pisau. Orang Arab tak boleh bergaduh sangat dengan mereka, sebab pisau sudah menjadi rakan karib! Sikit-sikit nak acu pisau, sikit-sikit nak tikam. Dekat ER penuh dengan kes tikam-menikam.

Ramai penumpang yang enggan membayar dengan harga tersebut. Maka, bermulalah perang mulut yang sangat dahsyat. Errrghh. I just want to cry and suruh semua diam. Mula-mula pak cik cakap LE 25, then tiba-tiba LE 35. Dan siap bersumpah atas nama Allah S.W.T., yang dia tak cakap pun LE 25. Penumpang bergaduh dengan pak cik, sama-sama bertengking, sama-sama enggan membayar. Dan tramco tidak bergerak dalam masa yang lama. Ana yang mahu perjalan diteruskan, just bayar dengan harga tersebut, nanti kena tinggal dekat padang pasir!

Dalam van, kedengaran bacaan Al Quran surah As Saff.


" Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu berkata apa yang kamu tidak buat?!"

Warning keras daripada Allah S.W.T. Dan pak cik menslowkan volume selepas itu. Tergetar hatinya, mungkin?

3) Sampai di satu tempat yang tidak diketahui, pak cik pun berhenti. Okay, sudah sampai, semua turun sekarang. What?! Tempat ini ana tak pernah pergi pun. Tak pernah nampak pun. Jauh sungguh dari tempat kami tinggal. Jauh sungguh dari Mahattah Misr mahupun Mauif Gadid! Waktu tu sudah 1 pagi agaknya. Encik Zai yang nampaknya sudah tidak dapat bersabar mula memegang baju pak cik tersebut, nampaknya pergaduhan akan bermula! Ana amat berharap pak cik ditumbuk oleh rakyat sekeliling dan ana sukarela untuk join pergaduhan tersebut. Namun, beliau melepaskan pegangannya, masih cuba untuk bersabar mungkin.

4) Untuk ke Mahattah Misr, perjalanan masih jauh, seorang pak cik offer sebuah tramco ke tempat tinggal kami, dan setelah dibahagikan, dibayar dalam LE 12 seorang (kalau tak silap). Hai, still fishy maaa. Kami bertanya pak cik tramco lain. Cis, rupanya LE 2 sahaja! Ada Arab jujur, ada yang tidak. Namun, maaf, setakat yang ana jumpa, sungguh ramai yang tidak, tahap yang jika terjumpa yang jujur, rasa mahu menangis kegembiraan, kerana golongan in sangat rare.

5) Sampai ke rumah kawan dalam pukul 2 pagi. Bangunan berkunci, dan ana tidak punya kunci tersebut, hilang dipinjamkan.

Perlukah ana menaiki tramco selepas ini? Ana amat berharap orang Arab mencontohi sifat orang Ireland, orang United Kingdom. Sangat indah. Setuju dengan kata Ustaz Hasrizal mengenai mereka.

Wallahu A'lam.

Sunday, 22 July 2012

Suami dan Qatar.

Assalamualaikum W.B.T.

Hari-hari berpuasa, kadang-kadang membuatkan ana terlampau kenyang. Kenyang dengan makanan berbuka dan makanan supper sekaligus makanan sahur. Alhamdulillah, banyak rezeki. Namun, saya harap makanan yang dianugerahkan ini, tidak menjejaskan kesihatan kami semua.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa ana dan suami balik menggunakan airlines yang berlainan? Memang ramai yang bertanya. Ana menjawab soalan tersebut hampir 10 minit sekali (okay, ini perumpamaan). Keh3. Padahal kami pulang pada tarikh yang sama. Maka, inilah hikayatnya.

Pada tanggal sekian-sekian, dalam bulan April, kami berdua merancang untuk membeli tiket kapal terbang awal, lagipun tarikh cuti sudah keluar, Alhamdulillah. Harga tiket yang standardnya LE 3600 naik mendadak menjadi LE 4000 lebih. Tiket yang bermula dengan angka 3 sudah tidak kedengaran. Cis. Ini mesti cukai berlebihan.

Pilihan pertama ana, haruslah Qatar Airways atau apa-apa sahaja airline yang bukanlah Egypt Air, Kuwait Airways, Etihad Airways dan Royal Jordanian. Faktor Qatar Airways yang meduduki rangking pertama dalam The Best Airlines juga memainkan peranan yang sangat besar. Hari pertama meninjau, sudah ada kata putus, Qatar Airways LE 4650, suami juga booked airline yang sama.

Suami kurang bersetuju dengan harga tersebut yang mahal. Beliau mahu tiket yang lebih murah. Sedangkan ana pula sudah bersedia untuk membayar setelah Baba dan Ummi bersetuju dengan harga tersebut. Dan, beliau pun membeli tiket Kuwait Airways dengan harga LE 4300. Ana pula bersetuju, tak kisahlah asalkan balik. Haru kalau beliau tiba-tiba ubah pemikiran tidak mahu pulang. (Macam tahun sebelumnya). Raya solo lagilah gamaknya.

Namun,

Menaiki airlines yang berlainan, memang sunyi. Masa landing kami pun berbeza, pukul 1.30 petang dan 8.40 malam, pada tarikh yang sama. Ditambah-tambah lagi goresan hati apabila sungguh ramai couple duduk sebelah menyebelah. Hamboi. Bermesra-mesra terlebih dos. Dari awal hingga akhir, duduk berkepit. Ana yang melihat rasa terbakar mata. Bak mata Kim Jong Kook.

Tidak kisahlah airline yang sama berulang kali. Kita sepatutnya lebih menghargai suami kita, bukan mementingkan diri mahu merasa kapal terbang lain. Orang tidak boleh diganti. Kapal terbang, masa lain boleh rasa. Duit boleh dicari, bukan? Pesanan ana kepada rakyat lain yang merancang untuk melebihkan jenis kapal terbang lebih daripada suaminya.

Lagipun, Qatar Airways takdelah best sangat pun. Erk. Dan, suami merungut Kuwait Airways pun takdelah best sangat pun. Ada maksud tersirat? Rindulah tu. :P Alhamdulillah, flight suami delayed, dan kami landed berbeza 10 minit sahaja, Allah S.W.T. pendekkan masa daripada 7 jam lebih menjadi 10 minit. Kami berjumpa di aerotrain ^^

Wallahu A'lam.

Saturday, 21 July 2012

Wasalt.

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, safely arrived in Malaysia.

Err. Totally lack of ideas. InsyaAllah, malam ini akan cuba update, dengan idea yang membuak-buak! Hehe.

Sunday, 24 June 2012

Chicken Kung Pao

Assalamualaikum W.B.T.

InsyaAllah lagi 3 hari exam Health Care and Management. Boleh pula musim peperiksaan ini tidur dan main semakin terlebih dos! Tidur pukul 12.00 tengah malam dan bangun pukul *tuut*. Jangan bayang terlampau lewat ya. Sila bersangka baik dengan saya. Yup, of course saya bangun untuk solat Subuh. On time pula. Alhamdulillah, time Subuh memang mudah terjaga mungkin sebab dah set minda, "aku perlu bangun solat Subuh!" Maka Allah S.W.T. bantu.

Kebelakangan ini, Mesir telah dilimpahi dengan beberapa penyakit. Ramai pelajar Malaysia yang terkena. Lebih-lebih lagi berkaitan kawasan respiration. Kata mereka, mungkin punca utamanya ialah air. Ya, dari dulu ana sering diberi nasihat tentang kekotoran dan infeksi (ada ke perkataan ini? Saya adaptasi dari infection. Memandangkan banyak "tion" menjadi "si" seperti informasi, telekomunikasi, kerusi. Erk) yang boleh didapati daripada air. Apa kaitan air dengan respiration? Air masuk trachea kah sampai menjadi pneumonitis? Ini mesti asap yang berleluasa di bumi Mesir. Hasil statistik yang dijalankan oleh saya sendiri, 99% pemandu teksi merokok.

Gambar X-Ray ehsan daripada sini.

Kementerian (agaknya) Mesir yang agak berwaspada telah menyenaraikan senarai air mineral yang tidak diyakini kebersihannya, tidak diyakini nutrisinya. Cek dan cek. Uhhs, setelah ditolak semua air mineral yang ada, tinggallah syarikat air mineral bawah kelolaan Encik Coca Cola, Nestle dan Pepsi. Dan Hayaat. Ada yang saya tertinggal? Bukan senang mahu berjumpa dengan Encik Hayaat. Setiap 5 kilometer baru ada agaknya. Dengan perlantikan presiden Mesir yang baru, saya harap beliau dapat membawa perubahan kepada industri air mineral supaya kami dapat membeli daripada syarikat tempatan, lantas membawa kemajuan kepada ekonomi umat Islam.

Sungguh, pendahuluan yang sangat panjang. Apa yang saya ingin sampaikan hari ini ialah, penting untuk kita menjaga kesihatan.

"Ni'matan maghbunun fihima katsirun min an nas, as sihhatu wal faraaghu."

Minta maaf, saya tidak tahu bagaimana untuk menukar setting supaya menjadi tulisan Arab. Mustahil tiada, kerana keyboard ini sudah dilengkapi huruf Hijaaiyah, kerana ia dibeli di Mesir. Kalau siapa yang perasan, ada perkataan as sihhatu, iaitu sihat. Bahasa Melayu memang banyak mencuri bahasa orang. But, it is okay since it derived from Arabic word. Bahasa syurga. :)

Untuk merealisasikan hasrat untuk menjaga kesihatan, antara langkah pertama, kita mulakan dari rumah, iaitu pastikan kita mendapat nutrisi yang seimbang dalam pemakanan. Jangan ingat, jika seimbang, maka salad tawar. Sudah lama tidak membuat hipotesis jika maka. Jika seimbang, maka nasi goreng tanpa garam. Jika seimbang, maka sayur-sayuran celur. Ini salah satu sifat buruk sangka terhadap seimbang. Setelah menggoogle (saya menggunakan google kerana tidak berpuas hati dengan carian yahoo dan bing) resepi sihat, saya telah berjumpa dengan website nutriweb.org.my. Boleh juga download buku resepi sihat! Alhamdulillah. Ada dua jilid.

Resepi pertama yang saya cuba, "Ayam Kung Pao". Saya lupa hendak mengambil gambar, namun wajahnya seperti ini. Pertama kali saya makan ayam Kung Pao ialah di Food Galleria, Prince Court Medical Centre, sewaktu menjaga Ummi.

Tiba-tiba saya enggan untuk meletakkan gambar ayam kung pao hasil air tangan orang lain. Walaupun tag nama sudah diletakkan, namun saya bimbang mereka marah kerana menumpang intellectual property mereka. Namun, saya tidak kisah jika ada yang mahu menggunakan intellectual property saya. Jika saya enggan, mungkin saya akan menyatakan awal lagi. Selagi saya tidak menyebutnya, maka jangan risau :)

Ayam Kung Pao, saya masak sedikit kepada suami, memandangkan beliau hanya bergelumang dalam ayam cycle. Iaitu kari, masak merah, masak kicap, sup, kari, masak merah, masak kicap, sup, kari, masak merah, masak kicap, sup dan seterusnya. Salah satu muslihat ialah untuk menjaga hati beliau kerana masih lagi tidak membakar pai daging. Hahaha.  

Banyak lagi resepi lain yang dapat dipraktiskan. Dish ini hanyalah salah satu antara berjuta. Salah satu wasilah untuk tidak menjadi kufur ni'mat.

Wallahu A'lam.

Friday, 22 June 2012

Ayam Super Merah dan Bersangka Baik.

Assalamualaikum W.B.T.

Suami dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat, dan saya di sini. Memperbaiki dan memperkemaskan skill menulis yang sudah tumpul bak pisau yang hanya mampu memotong agar-agar. Alhamdulillah, Ummi saya mahu menempatkan saya dalam program menulis cuti ini. Dalam kalangan penulis hebat pula. Yeah!

Untuk sampai ke tahap Tuan Ramlee Awang Murshid, saya kira masih lambat lagi. Ya, RAM sangat bijak menyusun kata. Buku-buku beliau tidak pernah mendukacitakan. Saya? Boleh jadi peribahasa baru, bak saya dan RAM. Ingin menerangkan perbezaan darjat yang maha ketara.

Tadi, baru saya urut-urut perut suami. Mengadu sakit perut yang bersangatan. Muka comel yang mengaduh itu amat mencuakkan saya. Saya yang sedang seronok melayari internet, terus berhenti. Beliau cuba menyalahkan ayam masak merah yang pedas semalam. Saya kira appendixnya ada "iltihaab" atau bahasa Inggerisnya inflammation. Terus saya mencari McBurney's Point dan menekan halus.

Saya juga mengalami masalah yang sama. Tidur dalam keadaan sakit perut sehingga ke pagi. Namun, tidak saya salahkan ayam masak merah tersebut melainkan salah saya sendiri sebab makan hampir 3 pinggan dishes. Amboi! Mana tidak perut itu memberi signal.

Semalam, saya antara orang yang pertama mengambil lauk berbuka puasa. Dengan rakusnya kerana melihat ayam masak merah yang menggiurkan, saya meminta kuah lebih. 

"Jangan ambil banyak sangat. Kuah ayam itu pedas."

Suapan pertama, receptor lidah saya cepat memberi arahan. Dan sehingga suapan-suapan yang lain, pain receptor mula bertindak. Saya rasakan hypothalamus saya sudah menggelegak. Walaupun saya pencinta pedas tegar, tetapi ini termasuk dalam kategori berlebihan. Nasi sudah tidak disentuh lagi, kecuali sedikit, kerana banyak bahagian nasi telah dibaham oleh kuah. Saya cubit ayam sedikit-sedikit. Berusaha untuk tidak membazir.

Kini saya faham perasaan sahabat saya, Fadhilah, apabila mencicip makanan pedas. Oh, sejak bila ayat saya menjadi semakin sopan. Dia cepat berhenti makan dan jika sudah tidak tahan lagi, makanan itu akan dibuang. Kami hairan kerana threshold pedasnya sangat rendah. Kadang-kadang meningkah.

"Pedas macam itu pun tak tahan!"

Betullah. Kita tidak dapat menikmati makanan tersebut. Dan akhirnya lapar kembali.
Betapa kita tidak faham perasaan mereka, yang terpaksa berlapar kerana kerakusan kita menyedapkan makanan mengikut cita rasa sendiri.

Air sudah diteguk. Saya sudah mengalah. Nasi yang banyak dan ayam yang masih berisi lagi (biasanya, saya makan sehingga ke tulang), dengan sedihnya mendarat di tong sampah. Saya minta maaf, simpati terhadap makanan. Bukan saya tidak sudi mengambil berkah, namun ia menjangkau kemampuan saya.

Dalam hal ini, kita dapat melihat sifat seseorang melalui respon mereka.

1) Pemakan yang merungut.
Tanpa mengetahui betapa berusahanya pihak tukang masak untuk mengurangkan kepedasan. Sehabis daya, sehabis idea, sehabis tenaga.

2) Tukang masak yang sedih.
Mengenangkan usaha mereka tidak dipeduli. Sedangkan, pihak pemakan hanya bergurau dan tidak berniat langsung untuk menyalahkan atau menyakiti tukang masak, kerana mereka faham perasaan chef. Respon-respon itu hanya reflex terhadap kepedasan.

Tanpa sedar, kita banyak bersangka buruk dengan orang. Semua perkara, sangka buruk mesti terlintas dahulu, mendahului sangka baik. Oh, saya sungguh kasihan dengan Encik Sangka Baik. Kerana kepentingan diri, dia selalu kalah. Selalu kalah 1 minit.

Bersangka baik dan bertimbang rasa. Semua pihak 50:50. Tiada 100:0, tiada 0:100. Selepas perkara ini, pihak chef semakin berhati-hati dalam memasak. Pihak pemakan, semakin berhati-hati dalam berkata. Jika masih lapar, beli sahaja makanan lain, bukannya susah pun :)

Cerita ini benar. Dan ia salah satu simbolik kepada sifat mahmudah, husn az zonn atau bersangka baik. Yang ingin ditekankan.

Suami sudah pulang, beliau memesan ayam goreng untuk saya. Dan semalam beliau memasakkan mee hong kong atas permintaan saya. Dan permintaan pai daging oleh beliau, masih saya tidak tunaikan. Hehe. Saya bercadang untuk membakarnya selepas ini, InsyaAllah.

Wallahu A'lam.

Thursday, 14 June 2012

My crucial time. Faith in doa.

Assalamualaikum W.B.T.

Berkarat di samping malu untuk membuka blog sendiri dek kerana lama sangat tak update. Mental breakdown.

Astaghfirullah Al Azeem.

Kita selalu dengar orang kata, doalah, doalah, InsyaAllah Allah S.W.T. makbulkan. Yup, ana amat yakin dengan perkara tersebut. :D Yang penting, jangan berhenti berdoa dan tolong jangan malas berdoa. Amboi, sombong nampak. Kita yang amat kecil, kalau dilihat dari MEASAT I, memang tak nampaklah, nak angkat tangan berdoa pun sombong. Cis.

Salah satu elemen penting and disiplin dalam berdoa, kita kena yakin yang Allah S.W.T. makbulkan. Yakin 100%! Kalau tak dimakbulkan lagi, yakin je! Sebab Allah S.W.T. yang menjadikan sesuatu perkara tu berlaku dan DIA juga boleh jadikan sebaliknya mengikut kehendakNYA. Tak susah langsung untuk menjadikan sesuatu perkara berlaku tunggu kita doa je.

Kalau sesuatu perkara yang kurang baik berlaku, jangan kata takdir macam itu sahaja. Kita perlu usaha untuk menjadikan ia lebih baik.

The point is YAKIN. Have faith in Allah S.W.T. Happy berusaha, kawan-kawan!

1) Ana pernah berada dalam lif yang berhenti di tingkat yang pintunya tak terbuka. Berdebar. Subhanallah. Korang tahulah lif dekat Mesir, kebanyakannya either pintu besi or batu-bata. Kalau pintu besi, boleh ketuk. Kalau batu-bata, nak ketuk macam mana?

Lif Malaysia selalu ada je line telefon, biasa je borak-borak dalam lif. Lif Mesir line memang kosong habis. Kalau tersekat, memang kira berapa lama bekalan oxygen akan habis. Hehe. Doalah!

2) Pernah juga pergi ke Paris naik flight sorang-sorang tanpa panduan (tiada hostel yang dituju sebab tak book. Kad kredit tiada). Yang tahu, hostel Qarafi ialah Friends hostel. Hendak call pakai smartvoip memang tak boleh sebab kredit Amirul dah kong. Qarafi tidak membuka handphonennya (bernombor Mesir). Okay, I'll just wandering around finding the hostel in the city of Paris. Alhamdulillah, setelah berdoa dengan penuh tulus dan yakin yang Allah S.W.T. akan mendengar, few minutes before naik flight, dapat contact Qarafi. :D Set tempat nak jumpa.

Actually, it wasn't a big deal for me to walk alone, InsyaAllah. Even at another country, I walked alone (separating with my friends) such as Thailand, London, Abu Dhabi, Jordan. Haha. I don't like to make the whole journey by taking pictures. Banyak lagi benda nak buat, nak tengok, nak main daripada menangkap gambar sahaja. Jalan 5 minit ambil gambar. So, I just walked straight and going with my plan. Just set time nak jumpa kat mana lepas tu. Alhamdulillah, Qarafi is my type. :) Haha. Ana tak kata ambil gambar tak boleh. If you like it then do it. We must respect all persons' interests. ^^

Walking alone or tersesat is not a big deal, in one condition, as long as I have MONEY. Kad bank is very crucial! Alhamdulillah, a day before, I asked sejumlah wang from my mother since my father is not in Malaysia. It is fun to walk alone but it is very best to walk with my husband. He's totally my type to drag along. :)

2) Ana pernah juga tersekat dalam bilik kecil a.k.a tandas, bersama 2 buah tingkap, pintu rumah yang berselak dengan kayu besar (no way to open it unless you break the door with jentolak), dan pintu yang tak boleh dibuka (it is not the usual tombol pintu yang boleh dipecahkan macam itu sahaja).

Setelah berdoa dengan penuh yakin yang Allah S.W.T. akan mendengar dan memakbulkan, I started my work untuk pecahkan pintu. So, ia tak menjadi. Ada 2 tingkap, satu menghala ke ruang tamu, satu menghala ke lantai tingkat bawah (my house was at the 3rd floor). Tingkap menghala ke ruang tamu is veryyyyyyy small.

So, I decided to pecahkan pintu juga. Starting from one side. Ana pecahkan or tarik keluar sikit-sikit kayu yang mengelilingi kawasan tombol pintu sampai pintu boleh dibuka :D Alhamdulillah. ^^

Some of my story. It is long, right? Penat pula readers nak baca. :P
Share me your story about doa. I hope I and you won't be malas untuk berdoa ^^ Untuk yang baru hendak mula, for the first step, jangan lupa doa tidur dan bangun tidur, doa makan dan doa menaiki kenderaan.

Wallahu A'lam.