Assalamualaikum W.B.T.
InsyaAllah lagi 3 hari exam Health Care and Management. Boleh pula musim peperiksaan ini tidur dan main semakin terlebih dos! Tidur pukul 12.00 tengah malam dan bangun pukul *tuut*. Jangan bayang terlampau lewat ya. Sila bersangka baik dengan saya. Yup, of course saya bangun untuk solat Subuh. On time pula. Alhamdulillah, time Subuh memang mudah terjaga mungkin sebab dah set minda, "aku perlu bangun solat Subuh!" Maka Allah S.W.T. bantu.
Kebelakangan ini, Mesir telah dilimpahi dengan beberapa penyakit. Ramai pelajar Malaysia yang terkena. Lebih-lebih lagi berkaitan kawasan respiration. Kata mereka, mungkin punca utamanya ialah air. Ya, dari dulu ana sering diberi nasihat tentang kekotoran dan infeksi (ada ke perkataan ini? Saya adaptasi dari infection. Memandangkan banyak "tion" menjadi "si" seperti informasi, telekomunikasi, kerusi. Erk) yang boleh didapati daripada air. Apa kaitan air dengan respiration? Air masuk trachea kah sampai menjadi pneumonitis? Ini mesti asap yang berleluasa di bumi Mesir. Hasil statistik yang dijalankan oleh saya sendiri, 99% pemandu teksi merokok.
Gambar X-Ray ehsan daripada sini.
Kementerian (agaknya) Mesir yang agak berwaspada telah menyenaraikan senarai air mineral yang tidak diyakini kebersihannya, tidak diyakini nutrisinya. Cek dan cek. Uhhs, setelah ditolak semua air mineral yang ada, tinggallah syarikat air mineral bawah kelolaan Encik Coca Cola, Nestle dan Pepsi. Dan Hayaat. Ada yang saya tertinggal? Bukan senang mahu berjumpa dengan Encik Hayaat. Setiap 5 kilometer baru ada agaknya. Dengan perlantikan presiden Mesir yang baru, saya harap beliau dapat membawa perubahan kepada industri air mineral supaya kami dapat membeli daripada syarikat tempatan, lantas membawa kemajuan kepada ekonomi umat Islam.
Sungguh, pendahuluan yang sangat panjang. Apa yang saya ingin sampaikan hari ini ialah, penting untuk kita menjaga kesihatan.
"Ni'matan maghbunun fihima katsirun min an nas, as sihhatu wal faraaghu."
Minta maaf, saya tidak tahu bagaimana untuk menukar setting supaya menjadi tulisan Arab. Mustahil tiada, kerana keyboard ini sudah dilengkapi huruf Hijaaiyah, kerana ia dibeli di Mesir. Kalau siapa yang perasan, ada perkataan as sihhatu, iaitu sihat. Bahasa Melayu memang banyak mencuri bahasa orang. But, it is okay since it derived from Arabic word. Bahasa syurga. :)
Untuk merealisasikan hasrat untuk menjaga kesihatan, antara langkah pertama, kita mulakan dari rumah, iaitu pastikan kita mendapat nutrisi yang seimbang dalam pemakanan. Jangan ingat, jika seimbang, maka salad tawar. Sudah lama tidak membuat hipotesis jika maka. Jika seimbang, maka nasi goreng tanpa garam. Jika seimbang, maka sayur-sayuran celur. Ini salah satu sifat buruk sangka terhadap seimbang. Setelah menggoogle (saya menggunakan google kerana tidak berpuas hati dengan carian yahoo dan bing) resepi sihat, saya telah berjumpa dengan website nutriweb.org.my. Boleh juga download buku resepi sihat! Alhamdulillah. Ada dua jilid.
Resepi pertama yang saya cuba, "Ayam Kung Pao". Saya lupa hendak mengambil gambar, namun wajahnya seperti ini. Pertama kali saya makan ayam Kung Pao ialah di Food Galleria, Prince Court Medical Centre, sewaktu menjaga Ummi.
Tiba-tiba saya enggan untuk meletakkan gambar ayam kung pao hasil air tangan orang lain. Walaupun tag nama sudah diletakkan, namun saya bimbang mereka marah kerana menumpang intellectual property mereka. Namun, saya tidak kisah jika ada yang mahu menggunakan intellectual property saya. Jika saya enggan, mungkin saya akan menyatakan awal lagi. Selagi saya tidak menyebutnya, maka jangan risau :)
Ayam Kung Pao, saya masak sedikit kepada suami, memandangkan beliau hanya bergelumang dalam ayam cycle. Iaitu kari, masak merah, masak kicap, sup, kari, masak merah, masak kicap, sup, kari, masak merah, masak kicap, sup dan seterusnya. Salah satu muslihat ialah untuk menjaga hati beliau kerana masih lagi tidak membakar pai daging. Hahaha.
Banyak lagi resepi lain yang dapat dipraktiskan. Dish ini hanyalah salah satu antara berjuta. Salah satu wasilah untuk tidak menjadi kufur ni'mat.
Wallahu A'lam.
bila otak penat mmg lama la tido bila dpt qada' blk
ReplyDelete(Kak) Zahidah; Tak tahu siapa yang lebih muda. Hehe. Yup, so true, but it's dangerous to do that T_T
ReplyDelete