Sunday, 30 October 2011

The loveliest cake from :)

Assalamualaikum W.B.T.


Ini gambar sebiji kek. Bersama topping bebola coklat, coklat duit (kan?) and potongan banana. Kalau nampak, tengok betul-betul, macam ada satu huruf. Ini kek vanilla.

Ana tidak berapa suka vanilla. Sebab warnanya putih. Minda sudah memberi interpretasi kalau putih itu adalah susu.

Tetapi kek ini tetap yang teristimewa! Walaupun ia vanilla.

Kerana ia air tangan suami <3

Kukuhkanlah satu perhubungan, jangan biarkan anasir jahat merosakkan. Syaitan amat suka kepada perpecahan.

Dan kita bukanlah hamba syaitan. Mengikut telunjuk mereka. Buat sesuatu untuk kebaikan semua. Berfikir sebelum bertindak. Bukan berfikir hanya untuk kebaikan sendiri, namun celaka menimpa orang lain.

Semoga kita semua dapat mengamalkan salamah as sadri. Berlapang dada. ^^

YA ALLAH, peliharalah kami selalu ~

Masih terfikir-fikir, hadiah terbaik untuk ulang bulan perkahwinan yang ke LAPAN! Alhamdulillah :)

Wallahu A'lam.

Saturday, 29 October 2011

Cucur jejari ikan untuk Zhang Fu.

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah. Semoga diberi kekuatan untuk hari ini. Hari itu, hajatnya mahu ziarah adik junior, bersama sedikit kudapan. Alang-alang masak, ana bagi sepinggan untuk Zhang Fu.

Bahan-bahannya, InsyaALLAH, senang dan mudah didapati di Mesir. Resepi asal daripada buku Resipi Sihat dan Mudah; Pembuka Selera hasil karya kreatif Chef Hussin Khan. Nama masakan; Aneka Isi Laut Bersos Bawang Putih.

Bahan A.

1. 2 keping (cis, apa penjodoh bilangan untuk filet) filet ikan.

2. 1 biji kentang.

Kentang kat sini kan besau belaka. Kalau kecil, belilah 2.

3. 6 sudu tepung gandum.

4. 1 sudu teh serbuk kari.

Sudu teh ya. Bukan sudu makan ^^

5. 1 biji telur

6. Garam.

Ana takdelah taram sahaja. Kerana ana bukanlah pakar merasa =.= Jadi, ana dah set dalam mind. Kalau makanan bertepung, garam sebanyak ini. Kalau makanan berkuah pekat, garam sebanyak ini. Kalau makanan berkuah banyak seperti sup mahupun tomyam mahupun mee kari. Walaupun dah set tetapi, ALLAH, masih fail lagi. Siapa mahu ajar saya?

7. Air.

Batter cair baru sodap.

8. Minyak.


Bahan B.

1. 5 sudu makan sos cili.

2. 2 sudu makan sos tomato.

Kalau menggunakan salsah a.k.a tomato puri, kurangkanlah sukatan menjadi setengah sudu makan sahaja.

3. 1 sudu makan air perahan lemon atau limau nipis.

4. 4 ulas bawang putih dicincang.


Cara Membuat Cucur.

1. Satukan tepung gandum, serbuk kari, telur, garam dan air menjadi bancuhan tepung. Pastikan bancuhan agak cair baru sedap dan rangup.

2. Rebus kentang sehingga menjadi lembut dan empuk sekali.

3. Panaskan minyak. Jangan banyak sangat. Masukkan kentang bersama jejari ikan ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga sedikit garing.


Cara Membuat Sos.

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan sos tomato, sos cili dan air perahan lemon atau limau. Kacau sebati.

3. Masukkan garam secukup rasa. Masak sos hingga pekat.


Alhamdulillah, dah siap!

Qarafi, sangat suka sampai hantar message kegembiraan. Haha. Praise to ALLAH. :) Bila kita free, kita masak lagi ya, InsyaALLAH. ^^

Wallahu A'lam.

Friday, 28 October 2011

A letter to you. Yes, you.

Assalamualaikum W.B.T.

A story. Not written by me. Let's read! ^^

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku

Fin.

Pengajarannya ialah;

1) Sentiasa bersangka baik.
Kadang-kadang, bila kita lakukan sesuatu, orang berfikir macam-macam.

Contoh; Tak basuh pinggan. Lantas kita marah dan memaki kerana tidak bertanggungjawab.

Mungkin orang tersebut terlalu letih selepas melakukan pekerjaan yang berat,
mungkin tangan si pembasuh luka dan pedih terkena air lantas mahu mencari glove dulu di luar, mungkin juga dia sedang mengantuk dan terlupa!

Ingat, "Rufi'al Qalaam 'An Tsalaats".

Namun kita, dengan sikap tidak penyabarnya, memarahi. Tidak sedar dalam plastik genggamannya terdapat sepasang sarung tangan getah bersama ubat Dettol dan sekotak besar plaster. Berusaha untuk tidak bergantung kepada orang lain.

2) Sentiasa melakukan perkara yang baik.
Ya, sentiasa. Sentiasa. Sentiasa. Orang kata cakap tak serupa bikin. Ingatlah, ada orang yang sangat berusaha untuk membikinkan cakapnya itu. Kita yang tidak nampak. Lantas berkata, menambahkan dosa mulut yang sedia banyak, syaitan bertempek-tempek.

3) Menyayangi orang lain.
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Man La Yarham La Yurham." Siapa yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi.

4) Atceli, pengajaran banyaaaaaaaaaak lagi ^^

Wallahu A'lam.

Saturday, 22 October 2011

Sikap yang patut diusahakan untuk diubah.

Assalamualaikum W.B.T.

Sulha memetik kata Imam Hassan Al Basri, mungkin semua sudah sedia maklum.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri..."

Sila Bing mahupun Google untuk sambungan ^^.

Sulha kepenatan melakukan kerja itu seorang diri. Dirinya bukanlah superwoman yang memiliki tenaga yang banyak. Bukanlah The Flash yang bergerak dengan sangat pantas! Insan begini sepatutnya dilarang memasuki pertandingan lumba lari. Dan juga bukanlah Elastigirl. Dia hanyalah insan yang

yang banyak masalahnya!

Rakan seperjuangan Sulha tidaklah ramai namun bilangan itu sudah mencukupi untuk memenuhi kotak-kotak kosong. Rakan itu juga hebat belaka. Bukan calang-calang. Firyal, Sukna, Buthainah, Furda, Manal dan banyak lagi! Jika berkata, penuh bersemangat sampai Sulha terkebil-kebil. Siapalah Sulha yang daripada sekolah lagi, terkenal dengan "Rules Breaker"! Ish ish. Tidak bermaruah langsung.

Namun, kesalahan Sulha tidak membabitkan orang lain. Tidaklah mencuri. Mahupun menendang. Tetapi pernah mencubit. Dan marah. :P Kesalahannya; datang lewat kelas. Tidur terlebih masa. Tak siap homework. Dan satu kesalahan besar yang memang Wallahil Azim! Satu noda hitam yang mencalar hati yang sedang berusaha dibersihkan dan disental. (Jangan buat andaian tidak tentu hala!) Tidak boleh menggunakan sabun Daia, tetapi memerlukan ketulusan hati yang sangat tinggi.

Kawan-kawan Sulha, hampir semuanya bercadar, mengikuti daurah, menghafal Al Quran, cakap berdegar-degar, penyayang, mesra, hebat! Perangai Sulha sungguh sebaliknya. Tidaklah bercadar dan malas sekali bergerak. Orang kata Sulha tidak mesra :P Involuntary action yang tidak diniatkan actually.

Sulha diamanahkan untuk mengeruskan satu laman sesawang. Dirinya sendiri sudah cukup sibuk, namun dek kerana tidak mahu dipersoalkan di akhirat kelak, Sulha cuba melaksanakan sebaik mungkin. Kawan-kawan hebatnya, yang disanjung tinggi itu dicari. Namun, usahanya itu tidak mendapat sambutan. Tiada tindak balas, melainkan sangat kecil, mungkin 10% daripada sahabat. Sulha teringat kata-kata mereka yang lantang menasihati. Ohhh, tidak boleh meletakkan harapan yang sangat tinggi.

Mereka manusia, yang kita pandang tinggi, namun mereka juga membuat kesalahan. Kesalahan remeh-temeh? Jangan terlampau jumud.

Tiada bantahan yang dikemukan mahupun sokongan. Hanya pandangan sepi. Sulha tidak mampu menilik kata sepi itu. Dia bukanlah penafsir. Namun, Alhamdulillah, Sulha dapat meraih sokongan melalui cara lain.

Kamu kata kamu pejuang? Sekali lagi, kamu kata kamu pejuang? Namun. Ya, mungkin sanjunganku terlampau tinggi tanpa mengira yang kamu juga insan, kesalahan kamu mungkin sama banyak denganku. Mungkin lebih sikit, mungkin juga sangat banyak. Itu tidak penting, kerana ALLAH Maha Pengampun, Subhanallah! Yang penting, mari bersama-sama kita mengubah diri. Ubah. Ubah.

Wallahu A'lam.

Wednesday, 19 October 2011

Melawan kantuk pada malam hari.

Assalamualaikum W.B.T.

Malam sudah lama melabuhkan tirai. Pekat. Bagi mereka yang tidak bersyukur, waktu inilah, sangat sesuai untuk melakukan aktiviti kejahatan. Walhal ALLAH sudah menyatakan, waktu malam adalah untuk berehat dan beribadah setelah kepenatan bekerja pada siang hari.

"Dan DIA (ALLAH) yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirehat, dan DIA (ALLAH) menjadikan siang untuk bangkit (berusaha)" (Al Furqan:47)

Dan kejahatan, pada waktu malam ataupun siang, sama sekali tidak akan diredhai. (ikut ejaan Bahasa Melayu Tinggi, diredai)

Jam baru sahaja menunjukkan pukul 2000, namun di sana, ada sepasang mata, berjuang, berusaha, berkeras melawan rasa kantuk. Astaghfirullah, masih awal untuk berehat. Buku pelajaran masih belum banyak yang ditelaah.

Kawan-kawan yang baik hatinya lagi bijaksana, apakah cara terbaik untuk menghilangkan rasa kantuk pada malam hari, dengan tidak menggunakan medium komputer riba? Sulha mohon bantuan!

Semoga ALLAH memberkati kita semua.

Wallahu A'lam. ^^

Tuesday, 18 October 2011

Do you realize?

Assalamualaikum W.B.T.

Hari itu, Alhamdulillah, ada manusia yang baik hati, mahu berkongsi ilmu, berkongsi tentang kesalahan common mandi wajib. Ilmu ini telah disampaikan daripada sumber yang mu'tabar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM.

Ada 3 rukun;

1- Niat
2- Menghilangkan najis di badan
3- Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir


1) Niat.
Dalam hati. Bila? Ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan. Kalau lambat OR lepas dah basuh salah satu anggota OR niat sebelum air sampai ke badan, tidak sah. So, ulanglah niat semula ^^

2) Hilangkan najis.
Menurut Imam Nawawi, jika ada najis, boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Jangan lupa kotoran dalam hidung dan celah kuku.

3) Air kena rata.
Rataa. Segala pelusuk anggota badan yang zahir mestilah kena air. Zahir ye. Jangan ada yang tertinggal. Jangan korek sampai dalam mata pula, itu tak perlu.

That's all. Mudah sahaja kan? ALLAH tidak menzalimi hambaNYA. :) Kalau tidak dilakukan dengan betul, ibadat tak sah tauu.

YA ALLAH, hindarkanlah kami daripada sifat malas.

Wallahu A'lam.

Sunday, 16 October 2011

Cruelty.

Assalamualaikum W.B.T.

- It only take some hours of your comfortability once a week. Only 5% from your time.


- You are many and I'm alone. Eight. If I'm sad, I'm alone, if you're sad, you're all together to comfort each other.


- How cruel, to not allowing 2 persons to be together just because you're not easy with it.


- I don't want to ask more from all of you. Not anymore. Not a single thing.


- I hope you have to face the same situation in your future so you can feel the disappointment.


- Am not angry, just very very sad.


- Thanks a lot for before. May ALLAH bless you.


*The sliced heart* You wanna eat some? I'll give you all so you can destroy it more. As you like.


May ALLAH protect us. ALLAH, grant me patience.

Saturday, 15 October 2011

Ulasan: Aku Bukan Minah Bunga. PTS.

Assalamualaikum W.B.T.

Menilik dan melihat, buku apa yang mahu dibaca hari ini daripada koleksi buku mini library rumah kami. Jumpalah buku ini. Desain kulit depan and tajuk, interesting! Aku Bukan Minah Bunga.


Desain:

100%. Sweet! Sesuai sangat dengan siapa yang mempunyai jiwa girlish. Yang sukakan kelembutan. Warnanya lembut, namun corak tak pudar and hambar. Corak bulat-bulat and garis-garis pada latar belakang menambah seri. Bila first tengok, rasa nak beli. Ada lambang Syok, rasanya sama hebat dengan Ain Maisarah mahupun Lily Haslina Nasir.

Tajuk dan sinopsis pada kulit belakang:

90%. Mampu menimbulkan rasa eager. Nak tahu, apa terjadi dengan budak sekolah 'Maahad' lelaki and sekolah 'Elit' perempuan. Pelajar lelaki yang tunduk, patuh, menjaga akhlak, taat pada perintah ALLAH and pelajar perempuan yang rambut percuma (semua lelaki ajnabi boleh tengok), suara gelak menghilai, yang mementing kekemasan, barang branded and mahal. Sekolah sebelah menyebelah!

Tetapi, ana tak berapa kisah dengan sinopsis belakang. Memandangkan Ramlee Awang Murshid punya sinopsis belakang, and desain kulit depan, tidak mampu menimbulkan minat untuk membeli (pendapat ana), BUT, isi dalam SANGAT SANGAT memuaskan. I trust his writings already, so I dont care too much about the design and synopsis. 100% for him! Keep on writing, waiting for your next book ^^

Cerita:

Serious, rasanya ini ialah the very first book that I've stopped reading it, belum sampai separuh buku rasanya. Sangat sangat sangat tak best. Tak sesuai letak Syok di situ. Penggunaan dialog tak bertepatan. Terlampau banyak. Dan sangat banyak. Kena menulis buku drama pentas agaknya. Setakat yang ana baca, cerita ini tak menimbulkan sangat rasa ingin tahu untuk terus ke muka surat seterusnya. Penggunaan kata yang tak best. Memeningkan pembaca. Tidak menimbulkan rasa ingin berfikir. I'll give, 5%. Kecantikan desain depan sudah tidak memberi makna lagi. Pengajaran? Alhamdulillah, masih ada. Kena cari.

Alhamdulillah, dah jumpa penulis yang best lagi. Takdelah tercongok kat kedai tak tahu nak beli buku apa. Termasuk my senarai antara yang terbest! Her name (nama pena rasanya) is Haliban. From Must Read Sdn. Bhd. I read Istana Airi and very in love with it.

Yelah, masih baca buku cerita budak-budak. Hihi.

Kepada penulis, teruskan menabur hikmah dalam penulisan. Menabur pengajaran secara sempoi, namun mendalam. Memberi pendidikan kepada umat Islam. Semoga segala usaha, diberkati oleh ALLAH ^^.

Wallahu A'lam.

Thursday, 13 October 2011

Tudung bersaiz mini.

Assalamualaikum W.B.T.

Ana kagum dengan usaha para bloggers or para pengedit gambar, untuk mengambil gambar-gambar perempuan yang berjubah tapi seksi, bertudung entah gaya apa-apa lah. Mengarut. Lantas memperbetulkan beberapa kesalahan.

Tudung sekarang pun bermacam-macam gaya, kalau masih tutup aurat, Alhamdulillah. Itu kita punya main tujuan. Sekarang pun banyak gaya tudung besar, and ana rasa cantik tudung macam tu.

Tudung besar style biasa (jahit tengah), tudung Indonesia yang besar (yang tak melekat), tudung bersama poncho (tau kan poncho tu apa), tudung bidang 60, tudung Heliza Helmi Hijab, tudung Mesir selit dekat pipi, dll. Itu satu usaha untuk memartabatkan. Banyak je cara. Kalau kita berusaha, banyak lagi cara-cara lain yang akan dijumpai, InsyaALLAH. Jangan malas berfikir.

Sekarang ni, ramai pakai saiz mini jek. Ingatkan pakai anak tudung. Hik3. Tudung pakai nak tutup rambut semata-mata, lehernya nampak. Paling hudus, tudung shawl kecik yang belit belit belit sekali dia "tappp". Macam tutup kepala semata dan sebahagian kecil daripada leher. Daripada belakang nampak macam tutup kepala sahajalah. Gaya bungkus.

Dalam usaha untuk menegur tindakan ini, ana paling suka gaya editan gambar :) Dekat facebook banyak.

Kalau kita nampak dalam satu family, samada isteri or anak perempuan or adik beradik tidak bertudung dengan cukup syarat, jangan kita terus membuat andaian. Cepat benar bersangka-sangka menyalahkan ayahnya or suaminya or abangnya. Mana tahu sudah ditegur tetapi sang perempuan masih tidak terdetik di hati lagi. Ataupun sudah terdetik, dan masih dalam proses berusaha.


"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain..." (Al Hujuraat: 12)

Isu ini sudah banyak diperkatakan. Hanya orang yang nak ambil pengajaran je lah, yang pandang penting. Alasan memalukan sungguh untuk orang yang kata masih muda untuk bertaubat, tak sampai seru, kami seksi tapi kami baik. Cuba berfikir sebelum memberi alasan. Berfikir sebelum berkata-kata. Jangan pendek akal sangat. Malu kalau kita nampak pendek akal ^^

Masih perlu banyak belajar dan hadirkan diri dalam kelas agama. Kenapa bila kita dah tahu dosa, tapi masih buat?

Wallahu A'lam.

Sunday, 9 October 2011

Amalan mudah untuk pesanan kedua.

Assalamualaikum W.B.T.

Wasiat Asy Syaheed Imam Hassan Al Banna yang kedua,

"Bacalah Al Quran atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada ALLAH dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah"

Tidak susah untuk melaksanakan, namun perlu azam yang tinggi. Tidak perlu jumlah yang banyak, namun cukup sekadar istiqamah :)

Bila?

Baca Al Quran: Selang antara waktu Maghrib dan Isyaa'. Mungkin dalam 30 minit.

Baca buku: Kita sekarang tengah baca buku module. Buku juga kan. ^^ Buku-buku agama; Seminggu sekali, hadirlah kelas menelaah buku-buku agama. Kondisi kita, setiap minggu ada tafaqquh menelaah buku Al Halal wa Al Haram Fi Al Islam atau Riyadh As Solihin.

Berzikir: Zikir boleh membawa maksud ingat. Sebutan Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar, Inna Lillah, jadikan amalan. Jangka masa selepas solat, boleh ambil dalam 5 minit untuk wirid bersama.

Tidak membuang masa: Baca dan hafallah buku module sepanjang masa. Konfem tak buang masa. Hehe. (Sakit kepala). Once you login your facebook, (peringatan untuk diri sendiri), buatlah perkara yang perlu sahaja. Once you tekan older post, makin banyaaaaaak older posts akan ditekan.

Seperti yang tersebut di atas, cara-cara menunaikan amalan secara mudah, InsyaALLAH, untuk pemalas seperti saya. Harapnya, dapat istiqamah.

*Mahu jadi baik* *Tetapkan role-model*

Rakan-rakan Malaysia di Mesir, ramai yang baik, solehah, mantap akademiknya :) Bila ana nak jadi baik ni, mantap seperti mereka? Usaha sikit-sikit.

Terima kasih kepada suami yang berpeluh-peluh berlari hantar buku module kepada isterinya (yang dah bebel-bebel). Hihi. Semoga ALLAH S.W.T. memberkatimu ^^

Wallahu A'lam.

Thursday, 6 October 2011

$ 1.3 million cow.

Assalamualaikum W.B.T.

"The most money ever paid for a cow in an auction was $ 1.3 million."

Dipetik dari sini.

Lembu jenis apa yang diacution terlalu mahal. Manusia pun berebut-rebut nak beli.

Lembu itu mungkin boleh membawa keuntungan perniagaan yang sangat besar. So, 1.3 million was not so much for pembeli, right?

Wallahu A'lam.

Tuesday, 4 October 2011

Cerita penting di Jaya Jusco.

Assalamualaikum W.B.T.

Jusco Wangsa Maju hari ini tidak sesak seperti kebiasaan. Kadang-kadang, mahu cari tempat "parking" sampai terpaksa berpusing lima hingga enam kali! Alhamdulillah, gumam Sulha dalam hati. Eh, mengapa berbicara tentang parking? Bukankah tadi menaiki LRT?

Itu hanya perumpamaan. Untuk menjelaskan kesesakan!

Ada-ada sahaja. Dengan riang ria, kaki berjalan suka hati. Maklumlah, sedang cuti. Selepas ini, waktu makan pun kena skip kerana terlampau busy. Carrefour? Lambai dari jauh sahajalah nanti.

Jalan diteruskan. Mata berpinar-pinar melihat banyaknya jualan murah! Potongan harga sehingga 70 peratus. Namun, berapa sen sangatlah duit di dalam dompet. 14-28 September. Oh, masih berbaki dua hari lagi. InsyaALLAH akan cuba datang lagi. Ish, tak malu. Patutlah orang kata, rakyat Malaysia kuat berbelanja. Sulha ialah contoh terdekat yang terbaik. Walaupun malu dikenali dengan sifat borosnya, Sulha masih tidak mampu mengikis sifatnya itu, namun, Alhamdulillah, telah diperbaiki sedikit demi sedikit.

Kata Sulha apabila diperkatakan begitu oleh kawannya, Cik Duta,"its' inherited. Haha."

Bukankah amalan yang istiqamah itu mulia? Mari berusaha sedikit demi sedikit!

Punat lif ditekan menuju ke tingkat satu. Kaki melangkah keluar, meninjau-ninjau lalu terkesima! Beberapa longgok kek kertas ataupun lebih seronok dan lazat sehingga menjilat jari dipanggil "cupcakes", terletak betul-betul dalam 5 meter di hadapan. Teringat cupcakes perkahwinannya hadiah daripada seorang rakan seuniversiti, telah dimakan oleh ahli keluarganya. Ferrero Rocher juga, rasanya habis ditelan. Sedih bertandang di hati.

Inilah cupcakes itu. ~

Kakak penjaga kedai sudah tersenyum simpul. Ya, pelanggan sudah mari.

"Dik, rasalah sikit."

"Oh, mudanya saya." Sengih Sulha melebar. Masih dipanggil adik walaupun sudah berstatus puan. Pada hakikatnya, dia yang menjadi puan dalam usia yang masih berstatus adik.

"Kak, mana logo halal? Takda pun."

"Oh. Tapi, mestilah halal. Takkan kami nak jual benda haram kot."

Sulha tidak puas hati. Kakak itu tidak berusaha mendapatkan logo halal! Sudah ada premis sendiri, produk sendiri, usahalah mendapatkan logo halal. Jualan internet, yang tiada produk sendiri, boleh dimaafkan kalau tiada logo halal. Tapi, masih wajib menggunakan produk halal. Oh, itu mesti! Sulha nasihatkan, belilah cupcakes daripada mereka yang telah menerangkan bahan pewarna, coklat, dan lain-lain yang halal. Ada sesetengah yang tidak ambil peduli. Mana boleh begitu!

Mungkinkah tepung yang diguna tak halal. Eh, ada ke? Pewarna cap apa? Entah-entah brand apek cina. Tepung naik sendiri. Coklat. Krim. Bahan tenusu. Susu entah brand apa yang digunakan. Mentega. Ahh, banyak lagi!

Teringat di Mesir, dalam 100 barangan, hanya dua sahaja yang terdapat logo halal. Jika di Malaysia, air mineral pun ada logo halal tahu. Sayang JAKIM.

Kalau Sulha pergi kedai, dia akan tanya,"Halal?"

"Of course, we are Muslims!"

"Ahh yeke pak cik, pernahkah pak cik ambil kisah segala jenis bahan dalam kedai pak cik ini. Sos tomato. Mustard. Mayonnaise. Krim. Semua itu, halal ke?" Tetapi, kata-kata itu hanya berlegar-legar dalam hati.

Kalau pak cik yang terkelip-kelip mata menjawab, Sulha nasihatkan, carilah kedai lain. Paling senang, masak sendiri. Kita yang gunakan bahan dan kita yakin dengan apa yang masuk ke dalam badan kita. Semoga kita sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T. sentiasa :)

Cerita ini, wataknya diubah nama, tempatnya benar, dialognya diubah sedikit (yela, takkan ingat exactly apa yang cakap hari itu, mungkin ada kekurangan perkataan dan, ini, itu dan lain-lain) namun maksud tetap sama. :)

Hihi. Terima kasih kerana membaca!

Wallahu A'lam.

Sunday, 2 October 2011

Orang suka marah = lemah akal.

Assalamualaikum W.B.T.

Lamanya ana menyepi. :)

Ana sangat kagum dengan mereka yang mampu menahan marah. Kalau ana ada tersilap dan menikus memohon maaf, dan orang tersebut hanya tersenyum. Relax sudah. Subhanallah. Dia mampu tahan marah. Dia orang yang kuat! Macam Fatimah. Hihi.

Banyak ganjaran untuk orang yang mampu tahan marah kan. Rasulullah S.A.W. pun ada menyebut tentang tahan marah. Ana ada baca statement, orang yang sedang marah-marah ialah orang yang sedang menunjukkan kebodohannya. Siapa suka dilabel bodoh kan?

Kalau seseorang marah, syaitan wins over him! Tengok, lemah kan manusia? Then, cuba kita try cakap dekat dia,"akal anda lemah, tidak mampu mengawal marah". (Haha. Cari masalah) Orang yang bijak mungkin akan tersedar dan malu sendiri. Siapa suka dilabel lemah?

Marah dan tegas ialah perkara yang berlainan. Jangan disamakan. Marah, seperti menghamburkan segala kata-kata menunjukkan rasa tidak puas hati yang tidak terkira, penuh emosi. Orang yang tegas, rasanya dia tidak bermaksud untuk marah. Tetapi dia kena bertegas untuk melatih seseorang berdisiplin. Untuk membentuk masa depan.

Ramai orang suka tengok perkara yang baik. Orang yang jahat, hatinya tak tenang. Walaupun jahat, dia masih sukakan perkara yang baik. Walaupun sedikit. InsyaALLAH. Mari doakan semua agar mampu menahan marah ^^

Hari ini, suami saya bakal bertempur lagi. Kawan-kawan, mari doakan kejayaannya dan semua umat Islam. Terima kasih diucapkan!

Wallahu A'lam.