Tuesday, 27 September 2011

Si hidung petak. Dan segitiga. Menghasilkan?

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah atas nikmat kurniaNYA. Aku mohon dikuatkan iman, dikuatkan iman, dikuatkan iman, YA ALLAH.

Dulu,
ana tak suka askar. Entah. Sebab askar tu kejam. Kawad itu sangat kejam okayyy. Walaupun, ana suka tengok orang kawad, cantik! Tapi ana tak suka berkawad. Panas. Askar kerjanya protect negara. Kalau orang ada keinginan, Alhamdulillah. Kerja ini berbahaya. Kena dihantar bertugas ke Lubnan. Hari tu tengok Salam Perantauan. Askar-askar yang dihantar bertugas ke negara bergolak. Perempuan pula tu. Seorang ibu! Sobs. Ayat dia sedih sangat.

Dulu,
ana sangat tidak mahu berkahwin dengan orang muda. Walaupun muda sehari! Beberapa jam tu boleh terima lagilah. Mesti sebaya atau tua sikit. Tapi, tak lebih 2 tahun. Macam tulah. Nak dekat-dekat sebaya yang paling baik. Bagi ana, orang muda macam tak matang. Keh3. Macam kita matang sangat. Orang tua nanti matang sangat pula. (Banyak songeh) :P

Dulu,
ana tak suka orang banyak cakap. Berdesing telinga! Ehh, senyap boleh takk. Bercakap tazkirah or ceramah okay :) Ini borak2. Tanya itu, tanya ini. Ana tengok mulut gerak tak henti-henti pun boleh naik mual. Haha. Macam budak2, or orang tua, dalam kereta banyak bercakap. Ana naik pening kepala. Migraine boleh kot. Haha.

Dulu,
ana tak suka orang dot dot dot. (-----)

Tetapi, lihatlah. Alhamdulillah.
- Ana berkahwin dengan bekas RMC. Dulu punya jahil, tak tahu RMC tu apa. Tak pernah dengar pun actually. Duduk alex baru kenal. Kawan-kawan, RMC tu Royal Military College. Military. Nampak tu. Maktab TENTERA Diraja. Alhamdulillah, ambil profesion doktor :)
- Qarafi lebih muda. Muda lebih kurang setahun lima bulan seminggu. Jauh lebih banyak daripada sehari!
- Siapa rasa suami saya tak suka bercakap? Kah3. Bila pegang mic, selalu menjadi!
- Suami saya dot dot dot.
Alhamdulillah, takdelah gedik sangat ana tak nak kahwin kan. Bak kata kawan di Al Manar, never say never! Dengan cara ini, ana dapat menerima peribadi orang lain yang dahulunya ana tak suka dan meraikan perbezaan ini.

Ya Fadhilah, never say never!

Sempena ulang tahun ke 20, (maksudnya pipi kahwin time 19 tahun) Hihi. Kami telah menitipkan beberapa doa dan harapan.

YA ALLAH,
Semoga kami dikuatkan iman
Semoga kami diberi ilmu
Semoga kami diberi zuriat yang soleh dan solehah (Doa first Qarafi)
Semoga kami menjadi zuriat yang soleh dan solehah kepada ibu bapa kami lebih-lebih lagi
Semoga kami sentiasa dalam rahmat ALLAH S.W.T.
Dan lain-lain.

Mampukah kami mencapainya?
Doakan keluarga kecil kami sentiasa dalam maghfirah, mawaddah wa rahmah <3

Wallahu A'lam.

2 comments: