Saturday, 3 September 2011

Lima Taquluna Ma La Taf'alun.


Assalamualaikum W.B.T.

Ana...

Sering berjumpa orang marah itu dan ini, padahal dia buat.

Sering berjumpa dengan orang yang berdegar degar bagi nasihat, mulut dah mantap habis, tapi dia juga yang melanggar.

Sering berjumpa orang yang menyuruh kita membuat kebaikan, dan dia berterusan melakukan kejahatan?

Berjumpa orang yang berterusan menyuruh menjaga hubungan ukhuwwah Islamiyyah, tetapi insan di sisi tidak dipeduli.

Berjumpa dengan orang yang menganjurkan memohon maaf sesama makhluk, tetapi dirinya tidak mempraktikkan.

Berjumpa dengan orang yang memprotect keluarga sendiri dan mencerca keluarga orang lain.

Inikah golongan


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (As Saff: 2)

Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As Saff:3)

Maka...

Jika dibicarakan, ana tiadalah ada kemahiran berkata-kata, seringkali kalah dalam ucapan, maka akhirnya ana yang salah. Yang salah itulah ana. Dan tidak pernah betul.

Bersabarlah. Jika diri ini tidak ingat tentang janji ALLAH S.W.T. kepada orang yang bersabar, maka kemarahan menguasai diri.

Pengakhiran itu manis. =)

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment