Friday, 16 September 2011

Solatlah walau bagaimanapun keadaan. Solatlah.

Assalamualaikum W.B.T.

1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar azan walau bagaimanapun keadaanmu.

Antara 10 pesan Imam Hassan Al Banna. Beliau menggalakkan atau mungkin kata bestnya menggesa, mendisiplinkan untuk kita segerakan solat bila mendengar azan. Kalau tak silap, ada hadits tentang baiknya solat awal waktu.

Awal waktu itu bukanlah 1 minute after azan. Mungkin merangkumi beberapa minit, dan waktu itu dalam golongan awal waktu. And ada tengah waktu. Dan ada akhir waktu.

Di Mesir, waktu solat tak menentu. Musim sejuk, cepat betul masuk waktu. Ada time kelas, boleh merangkumi 2 waktu sekaligus. Zohor and Asar. Kadang-kadang time kelas, kami terpaksa keluar solat, takut terlepas.

Pernah seorang lecturer marah. Katanya, tak beradab. At last, dia bagi semua 5 minit untuk solat. Helllloooo. Mana ada orang solat 5 minit. Ada yang solat + wudhu dalam 20 minit, dia marah. Haha. Arab tu yang solat laju macam apa. Masuk masjid terus solat, memang extra laju, siap! Yang Melayu, ambil wudhu' pun berhemah (masa habis sebab beratur untuk ambil wudhu), pakai stokin, ganti seluar kalau kotor, pakai handsock, betulkan tudung, solat moderately (tak laju and tak lambat), and siap. Kalau ada masa lebih, baca doa.

Sepatutnya time lecture itu diadjust sesuai dengan waktu solat. Pernah time exam 3 jam. Memang merangkumi 2 waktu solat. Students kena solat celah-celah kerusi exam. Selepas kami mengadu, dia pun awalkan time exam. Kan senang tu. Alhamdulillah.

Kawan ana ada yang free hair namun menjaga solatnya. Ada yang bertudung namun solat entah ke mana. Adapun yang free hair, dia tetap ada benda yang dia jaga. Yang dia disiplin. Tetapi, dia still kena tutup aurat. Arahan dalam Al Quran. Bermaksud wajib. Tanpa sebarang khilaf. Yang bertudung pula tapi tak solat, solat tu kan ada dalam rukun Islam. Kalau RUKUN takde, tak sah lah Islam. Macam time solat, kalau tertinggal satu rukun. Bukankah solat itu batal.

Tak solat = Batal Islam?

Haha. Memandai je kan interpret. Tanyalah yang lebih pakar. Yang mengambil syariah lebih-lebih lagi.

Ada 3 produk. Satu Colgate, Garnier and Chicken Rice Shop. Adapun Colgate and CRS pernah dituduh tak halal. Tapi sekarang, haaa, amikkk bukan main besar logo halal Jakim kat Chicken Rice Shop. Sebelah nama kedai tuu. Sama besar dengan tulisan! Haha. Colgate pula, iklannya, dia dah letak logo halal. Samalah macam Garnier. Bulan 3 dulu, ana pernah tanya akak guardian, Garnier ni halal ke tak. Tetapi sekarang, Alhamdulillah, tiada keraguan :)

Benda haram masuk badan, bersatu dengan darah. Daging. Sebati jadi. Ngeri.

YA ALLAH, peliharalah kami.

Kadang-kadang ana hairan tengok orang Melayu kat Mesir. Sesedap rasa masuk restoran. Beli itu ini. Korang jamin ke halal?

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment