Saturday, 24 September 2011

Ana bukanlah pendengar tetapi pembaca.

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, hari ni telah mengambil gambar kenkanak SMK BBA yang haiperektif. Ana bukannya pandai memegang kamera, cuma gediks tidak mahu jadi fasi. Kunun nak ambil gambar comel. Haha.

Because I dont like to talk. Ana tidak suka bercakap samada di depan. Mahu pun dalam group. If I'm forced to, I'll be just like a robot. Baca skrip takde intonasi. Just untuk memenuhi tanggungjawab. Bukanlah jenis yang suka berdegar2 bersuara dengan gaya tangan. Maka golongan yang paling ana benci, yang pandai bercakap SAHAJA.

Dulu ana pernah bersuara, tapi kini sudah berlaku turning point. Semuanya kerana satu peristiwa.

Perjalanan program, Alhamdulillah, walaupun ana ada sedikit terkilan, namun para fasi telah menjalankan tugas dengan yang baik! Thumbs up. Ana ingatkan fasi tolong sikit2 je. Rupa-rupanyaaaaa, the whole program fasi yang bercakap. The whole.

Pelajar; 2% alim, yang lain lelakinya nakal (better than gatal) dan perempuannya gedik (ada juga yang masih ada sifat malu, syukur). Bukan senang nak handle kanak-kanak dengan topik yang agak berat. Bukan senang nak menarik minat. Jazakunnallah kepada fasi yang bertungkus lumus. Kepada Mama, pencetus idea and Ummi, penulis modul, IIUM atas sumbangan tempat. :)

Kids see what you do. Kalau kita bercakap tentang Islam, namun cara berpakaian? Tak ke dia persoalkan. Alah kakak tu tak tutup aurat juga. Kalau untuk konsep, jangan lihat siapa yang memberi pesanan, contoh; kalau orang tu hisap rokok, dan dia pesan supaya kita bersabar, banyakkan sedekah. Memang baik. Tetapi kalau orang tu tidak tutup aurat, namun membicarakan tentang kita mestilah patuh kepada ALLAH S.W.T., jangan langgar arahan, jangan sekali-kali buat dosa. Hmmm. Agak tak sesuaaaai la. Dia SEDANG bercakap simultaneously dengan apa yang dia tidak buat. Kalau bercakap tentang banyakkan selawat, iktikaf di masjid, tolong orang, senyum, okaylah juga. :)

Ana bukanlah pendengar yang baik, tetapi ana boleh jadi pembaca yang baik, InsyaALLAH. Ana tidak suka meeting, selalu escape, keh3. Kalau ana pergi, mesti gerak2 bagi hint dekat yang handle meeting supaya; please, stop talking and just give me what I have to do. I want to go now. Bila dah siap, siapa paling cepat bangun dan lariiiii. Biasanya kalau ana tak pergi, orang lain akan bagi kertas kerja and apa tanggungjawab ana. Kan senang tu. Kalau ana pergi meeting, bukannya ana bagi idea pun.

Ceramah mahupun kursus kahwin pun takleh dengar. Unless kalau tazkirah sejam, suka juga dengar :) Kalau dah dari pagi sampai petang; 10% dengar, 10% bercakap, 80% tidur. Membazir wang kan? Menjadi cacing kepanasan meronta-ronta nak keluar. Okay, kuliah pun tak dengar actually. Hihi. Lecturer ajar histology, I study anatomy. Ask my friends kalau tak percaya. IF ana dengar, cuba tengok dalam masa 10 minit, adakah Nusaibah masih sedar dan mendengar? Or dia sudah tidur atas kerusi kayu itu.

Ana lebih suka menerima arahan daripada memberi arahan. And ana tak suka pergi camping tanpa rela. Tak kisahlah camping Al Amin ke (kejam), camp Hijri, summer camps, program kat Mesir. Dulu pernah ke MAP, tapi takde efek laaaa. Yang ada, rasa memberontak nak balik. Keh3. Walaupun ia sangat glamer, but I'm not that kind. I have my own motivation and I dont need one. Tak suka tengok orang marah mengamuk. Tiba-tiba kena point. Kena cakap sambil jerit-jerit. Dll.

BUT, try give me books. InsyaALLAH 10 jam boleh concentrate. (Hiperbola menunjukkan konsentrasi yang teramat)

Manusia jenis apalahhhh kan. Personaliti type A, B, C, Z?

YA ALLAH, peliharalah lisanku. Lisan pembunuh utama. Ana pernah baca, siapa yang ada banyak dosa pada lisannya, maka banyakkanlah sedekah. Jika tidak salah, ini hadith Nabi Muhammad S.A.W.

Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya ALLAH tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.(An Nahl:107)

InsyaALLAH, esok birthday suami saya <3

Wallahu A'lam.

2 comments:

  1. Bukanlah jenis yang suka berdegar2 bersuara dengan gaya tangan.

    ooopss, terasa. hehe

    ReplyDelete
  2. Abang; Keh3. Eh, kita tak buat lagi entry birthday. Semalam ada open house kan. Then, kita skype lepas tu tertidur. :P

    ReplyDelete