Friday, 23 September 2011
Alternatives to milk-appura (hater)
Assalamualaikum W.B.T.
Menyepi. Tulang belulang makin sakit. Duduk lama sikit, sakit. Baring terlebih had masa pun sakit. Berjalan angkat barang pun sakit. Sengal bahu. Huahua. Calcium dah hilang gamaknya.
Maka ketidak bolehan minum susu masih sama. Susu yang dimasak, dibancuh boleh dihidu sebatu jauhnya. (Hiperbola) Susu fresh kalau menitik naik loyaaaaa. Sehari terbaring tak sedarkan diri. Seperti apa yang telah berlaku lantas menimbulkan kekeliruan.
Ana ada beli supplement calcium. Ohh, sangat kejam. Lepas makan, dia terus tarik telulang belulang, entah apa proses dia sampai terbaring sesak nafas kejap. Alhamdulillah, makan pil susu kambing jadi baik. Dulu, hinggakan hampir mahir menulis secara kidal sebab tangan kanan jadi lumpuh seketika takleh angkat sebab minum teh AIS limau. Tulang dah cramp habis. Ini masa kat tuisyen Kami. Yola, bilik air-cond bukan main rendah suhu. Panas sangat ke.
Haha. Any ice is strictly prohibited. Alhamdulillah, sekarang bolehlah minum sedut sikit-sikit sampai dah cairr sedut laju sikit.
How to overcome?
1) Di Mesir, kalau ana punya tahap sakit tulang dah tinggi, ana pun cari pizza. Cheese mozarella jadilah nak cover calcium. Tahanlah sakit seminggu, InsyaALLAH. Tak menyanggup dah nak menelan supplement. Pil susu kambing bukannya senang nak cari. Al fulus pun ma fi. Haha. Pil tu Fatimah bagi. :)
2) Broccoli. I love broccoli! I love sayuran hijau. Malangnya, broccoli kena beli kat pasar basah (I malas dan mengotorkan baju) and paghok laaa nak beli selalu. Bolehlah sekali seminggu. :P Calcium dalam 71.8 mg brokoli sama dengan calcium 120 ml susu. :)
3)Tersihir tengok segelas susu tu. Dulu punyalah tak nak makan. Bila dah makan, sedap :) Tapi, yang ni pun paghok jugalah nak beli selalu! Seminggu dua pek cukup.
Ini antara cara yang terglamer yang ana guna. Yang lain macam banana. Tapi dia kan fibre mostly. Sekarang buat kerja lebih sikit, bunyi krakkkk. Oh tulangku. Sila behave. Sedang mengurut badan suami, tulang ana kadang2 bunyi krakkk, krakkk. Amboi. Suami pun kata, "dah dah berhenti!" Patah tulang tu karang. Haha. Ana agak tulang ana dah sedikit lompong akibat kekurangan kalsium.
Kalau ke kedai pesan milo ais, bukan senang nak habis. Minum suku ke setengah sudah mual mual. Maka, baik beli teh ais limau. Macam bese. Takdelah membazir kan. Macam dah takde air lain nak order.
Mana la nak cari pil susu kambing. Bukan main payah. Kat UIA jumpa tapi entah brand apa tak tau. Tak pernah dengar pun :P Nak pakai produk Melayu, dan yang semestinya kenalah halal.
Doakan kesihatan ana ya. I hope I can drink milk before I have my very first baby. Nanti habislah budak tu tak cukup nutrient. Haha. Mummy will eat 5 kilos broccoli but not setitik susu! But, susu still the best. (Gelak besar Encik Pipi kalau baca ni, boleh bayangkan muka beliau yang kejam angkat kening)
Alhamdulillah. Sesiapa ada idea lagi?
P/S: Maka tempat yang paling bahaya di Malaysia ialah Ampang. Bacalah Harian Metro. Tengok 10 pages depan. Ada tak tulis, Ampang?
Wallahu A'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment