Thursday, 8 September 2011

Journey to the East. Mahasiswa Mesir meninggal semalam.

Assalamualaikum W.B.T.

Raya pertama tahun ni dipenuhi dengan aktiviti menidurkan diri. Bukan sengaja. Hehe.

Why?

Bayangkan. Ana bertolak daripada Gama'ah ke airport dalam pukul 3 petang and flight ke Jordan pukul 9.15 pagi esoknya. Airport El Borg dah lawa daripada dulu macam padang pasir. Nak ke airport dalam sejam lebih.

Berjam-jam duduk airport yang extra sejuk tu. Ingatkan nak melelapkan mata dekat surau, tapi surau pun dah extra sejuk, so, I decided untuk minum kopi. Untuk yang nak ke airport, ana nasihatkan bawalah makanan sendiri. Makanan yang dijual di airport is tak berapa nak sedap dan sangat mahal.

Check in pukul 6 rasanya, sangat awal yaa, Royal Jordanian
permits luggage sebanyak 30 kg je. Ingatkan nak mengelat macam biasa. Tak timbang satu bag and bawa je as hand-carry. But, beg tu berat untuk dibawa ke sana ke mari. So, tawakkaltu 'ala ALLAH! Kena bayar denda pun takpelah. Masa timbang, okay 40 kg something. Just stay cute. Orang tu tanya, ada beg lagi ke? Au kama qaal. Ana cakap takde and dia pun biarkan. Alhamdulillah, rasa nak sujud syukur :)

Melepasi gerbang visa pun satu hal. Sangat berdoa banyak2. Kerana memprotes terhadap tindakan universiti yang mengenakan bayaran yang tinggi untuk visa, ana tak buat. Selalu je tinggal di Mesir secara haram. Ingatkan nak buat sendiri tetapi lupa. Pak cik visa tu tanya, expired? Ana pun, hehehe. Dia pun bincang dengan rakannya. And ana tunjuk kernih, dan dia lepaskan. Alhamdulillah selamat wangku. Kalau tak, lebih LE150 rasanya denda.

Info: 3 kali ana balik Malaysia setakat ini. 3 kali itu jugala
h tiada visa. Dan Alhamdulillah, 3 kali itu tidaklah pernah didenda. Tetapi, jangan ikut perbuatan ini! =.= Contoh yang tidak sihat.

Penerbangan ke Jordan lebih kurang sejam lebih sahaja. D
alam pukul 1145 pagi waktu tempatan Jordan. Sampai di Jordan, pergi hotel. Namanya Golden Tulip Hotel, Amman, 4 stars. Nice :) Alhamdulillah, dapat ifthar free juga. Flight ke Malaysia ialah pukul 0210 pagi nanti. So, kiralah transit berapa belas jam.Jordan Dinar lebih mahal daripada US Dollar. Daripada Jordan, ingatkan ana solo je orang Melayu. Rupa-rupanya ada ramai jemaah umrah di airport. Sekali lagi, urusan di Jordan sangat senang! Ana tak perlu beratur panjang macam orang Italy (rasanya) masa nak dapatkan hotel di airport, tak perlu fotostat apa-apa. Diorang kena fotostat passport. Masa nak dapat kunci bilik pun boleh skip line, and nak lepas immigration pun tak perlu beratur macam orang Bangkok. Dengan erti kata lain, boleh skip line juga.

Many skippings here, Alhamdulillah :) Journey to Bangkok dalam 8 jam lebih. Landing di Suvarnabhumi (rasanya) Airport kejap je. Sejam mungkin? Then, depart ke Kuala Lumpur. Perjalanan dalam sejam lebih. Landing dalam pukul 7 malam di KLIA. Alhamdulillah. Jumpa baba saya :) Naik ERL and kereta ke rumah. Makan and packing kejap, and guess what?

Another 8 hours + to Kelantan by car!

So, jangan terkejut if ana tertidur je pagi raya pertama ye.

Info lagi: Ini penerbangan solo yang kedua. Yang pertama, ana lari daripada huru-hara demonstrasi Egypt pada 31st January melalui Etihad Airways. Ada rakyat Alexandria yang lain, tetapi tak rapatlah. Dalam dua orang. 1 lelaki 1 perempuan. Jalan pun asing-asing. Boleh kira solo tak?

Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Raajiun.

Bacaan Al Fatihah kepada mahawiswa Mesir dari Selangor, Allahyarham Haizrul Azizy Idros yang telah disahkan meninggal dunia pada pukul 12.30 malam semalam (waktu Mesir 8 September 2011) kerana dilanggar kereta.

Bacaan penuh.

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment