Monday, 28 February 2011
Normal lah kalau pejuang Islam selalu difitnah
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, suka handred persen melihat penghijrahan manusia kepada sesuatu yang lebih tulus. Mungkin ramai yang dah tahu kisah Bob Lokman. Sungguh syahdu. Mengikut realiti majoriti sesuatu yang berlaku, mereka yang berubah daripada sesuatu yang lain akan lebih memperjuangkan Islam daripada mereka yang asalnya sudah begitu.
"Sesungguhnya yang takut kepada ALLAH di kalangan hamba-hambaNya ialah ulama." (Fathir: 28)
Lumrah menjadi pejuang Islam, akan selalu ditekan, difitnah, dituduh dan macam-macam lah! Itulah realiti kan. Mana boleh relax je, dapat harta banyak-banyak. So, normal lah tu kalau pejuang akan difitnah di akhbar macam-macam. Padahal, peribadi itu sangat dihormati. Contohnya; tok guru ambo. Hehe. Tok Guru Nik Aziz.
Dalam satu organisasi, kadang-kadang bukan orang atasan yang menimbulkan masalah. Tetapi, orang bawahan. Para penyokong. Yang sibuk mencaci menghina penyokong parti lain. Or para penggunting dalam lipatan. Suka sangatlah tu tengok orang berpecah belah. Bila ada masalah macam ni, muhasabah balik dan teguhkan kembali barisan. Ana ingin melihat Malaysia aman damai di bawah pemerintahan Ulamaa'. Ini permohonan telus.
YA ALLAH, perkenankanlah. YA ALLAH, bantulah kami. YA ALLAH, semoga pemerintahan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah dapat dijalankan.
Ana pernah dengar orang kata; dia dapat melihat persatuan mana yang lebih benar dengan melihat yang mana yang selalu ditekan-tekan dan difitnah. Then, kajian dan perbandingan dibuat kepada persatuan yang selalu ditekan-tekan and persatuan lain yang ada. Alhamdulillah, bertemu jawapan. Bukankah benar, orang yang selalu hendak memperjuangkan yang hak akan menghadapi banyak halangan?
Sedikit sedutan; jgn hingga terkeluar dari ilmu & akal dalam mencari kebenaran. saya tidak berubah kerana PAS, tapi kerana ilmu ALLAH yg didengar melalui TG Nik Aziz. saya membantu UMNO dalam 2 pilihanraya di parlimen baling dan telah dibayar utk kerja2 itu. secara logiknya UMNO bukannya jahat, cuma benarlah mereka kurang condong pada ALLAH. semua yg bekerja mahukan upah. itu cari makan namanya. sedang 30K pemuda PAS di Kota Sarang semut pada 19hb feb sanggup membayar pendaftaran dan berdiri ditengah panas kerana dahagakan kebenaran. inilah perbezaannya berbuat sesuatu kerana cari makan atau kerana ALLAH. Sungguh perubahan saya ini mungkin tidak akan kekal, cuma saya cintakan ISLAM sudah lama, hanya sekarang baru saya tampilkan. saya juga bimbang penampilan ini menjadikan saya riya', namun InsyaALLAH berkat ilmu yg dipelajari saya akan berwaspada. maka kalau satu hari jika ditakdirkan saya kembali kealam fasiq dan saya mati, maka jangan disembahyangkan hatta disedekahkan fatihah jika itulah takdir. namun perubahan hari ini adalah melalui kefahaman ilmu dari kitab yg saya pelajari dari pelbagai tempat. untuk itu jika saudara & saudari ingin menilai kebenaran bermulalah dengan akidah yg benar iaitu: beriman kepada ALLAH melalui pengetahuan dari kitab yang dibawa oleh RASUL yg tahu dengan bantuan Malaikat. bila kita faham cerita Akhirat baru kita akan takut kpd ALLAH den menerima apa sahaja ketentuan baik dan buruk dariNYA. Jgn semata-mata menggunakan akal kerana syaitan juga mengalir didalam tubuh kita sebagaimana mengalirnya darah. ingatlah jika belum sampai kepintu kematian memang kita tidak takut kpd ALLAH. juga jgn berkata mengenai ISLAM secara sesuka hati nanti ISLAM keluar dari diri. bila akidah menyimpang iblis akan menggalakkan kita utk kuat bersembahyang, tapi untuk siapakah ibadat kita setelah agama ALLAH bukan lagi milik kita. WALLAHUA'LAM
Jangan takut andai bersendiri. Jangan takut andai diancam. Jangan gentar andai disumbat ke jel.
Rasullulah S.A.W. bersabda:
Maksudnya; "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) ,dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang ASING. (H.R. Muslim) :D
Selamat Berjuang!
Ana takdelah pejuang tegar. Nak kata pengecut pun ada kalau takde yang tolong. Sahabat handai sila bantu :) Tetapi sokongan padu tetap diberikan, InsyaALLAH.
Nota kaki 1: Iman ana tahap rendah lagi =.=
Nota kaki 2: Jangan ada yang tak nak kawan lepas ni sudah. Hehe.
Nota kaki 3: Politik perlu dalam Islam.
Wallahu A'lam.
Sunday, 27 February 2011
Walimatul Urus
Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya bermaksud; "Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (Riwayat Bukhari & Muslim)
Dijemput tanpa diskriminasi kepada yang mengenali;
Tarikh: 6 MAC 2010
Tempat: Akad Nikah - Masjid UIA.
Majlis kesyukuran - 9, Jalan Bestari Indah, Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Masa: InsyaALLAH akad nikah pada pukul 10 pagi dan majlis kesyukuran right after akad nikah.
Tema: Biru turquoise dan putih
Contact number; 0133225019. (Qarafi) ***- (For my number, inboxlah)
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula ALLAH menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada ALLAH dengan (menggunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengawasi kamu." (An Nisaa':1)
Doakan semuanya :)
Wallahu A'lam
Bukan senang menjadi rajin daripada malas tegar
Assalamualaikum W.B.T.
Lama sudah tidak berblogging ya. Alhamdulillah, tadi ada orang berjaya study :P Nanti kena struggle lagi yah! Tempat biasa pukul LAPAN tau. Kena ada cikgu disiplin ni. Semalam telah berjaya shopping. Terima kasih kepada Baba dan Ummi atas penyediaan wang yang banyak. Terima kasih kepada Mama kerana mengeluarkan idea :) 2 pasang kasut Santa Barbara dan 1 pasang kasut B.U.M. equipment, baju kurung Hugo clothier, brooch besar dan lain-lain.
Semoga barang-barang itu bukanlah ejen pengurangan iman.
Malas ialah penyakit ana yang terbesar. Harap-harap sesiapa yang terbaca tolonglah mendoakan diri ini supaya tidak malas dan semoga anda pun begitu juga.
Ada dalam Ma'thurat kan?
Untuk menjadi perajin, kita kenalah hidup dengan orang yang rajin. InsyaALLAH kita akan progress step by step. Macamlah juga dalam study. Kalau kita tinggal dengan mereka yang suka bermain-main, tendency kita untuk bermain pun akan tinggi. Tapi, kalau kita duduk bersama mereka yang asyik studyyy je, kita akan terasa jealous dengan automatiknya lantas study smart and hard.
Orang sekeliling banyak membentuk diri kita. Tetapi, untuk ANA menjadi rajin daripada malas tegar, ada satu syarat mengada. Keh3. Tolong jangan BEBEL. Haha. Kerja ana tanpa bebel lebih efektif 90% daripada dengan bebel. Misalannya, mengemas bilik. Kalau ada yang bebel, maka terhasilllah kerja sambil lewa. Tetapi, kalau takde yang bebel, jangan terkejut kalau bilik tu berkilat berseri sampai sanggup mencari alternatif untuk menceriakan dinding dan pintu!
Ana rasa bukan ana seorang macam ni, masih ramai lagi di luar sana. Betul? ;)
ALLAH S.W.T., bantu kami.
Nota kaki 1: Salah satu ciri hati yang sihat; Menimbulkan rasa aman pada diri dan orang lain.
Nota kaki 2: Nak main dengan Chen I Sa.
Nota kaki 3: Teringat video mengumpat orang Arab punyaa. Terbaik!
Wallahu A'lam
Friday, 25 February 2011
Rasa menyesal itu satu rahmat
Assalamualaikum W.B.T.
Hari ini ada sebanyak penyesalan. Alhamdulillah, ALLAH S.W.T. masih menjernihkan sifat menyesal dalam diri :) Kalau yang hati mati, buat sejuta dosa pun tak rasa bersalah kan? So, menyesal itu satu rahmat tauu.
Mulut kalau tidak dijaga, mesti ada yang terluka. Walaupun gurauan. Walaupun tanpa niat. Ya ALLAH, perihalah diri kami daripada berkata perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Ana mahu jadi pendiam. :D
Ini hotel De Palma. Sorrylah gambar kabur. Ini hanyalah kamera iPod 4, bukanlah dslr dan ana tak pandai mengeditnya menjadi lawa.
رَبَّنَا إِنَّنَا ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Ali 'Imran : 16)
Nota kaki 1: Asif Jiddan!Nota kaki 2: Mahu diet.
Wallahu A'lam
Wednesday, 23 February 2011
Pandangan ana pada susunan persekolahan
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, hari ini bangun awal lagi. Yeay! Ana suka bangun awal dalam keadaan terpaksa. Macam kat Al Manar, terpaksa bangun awal. Geram je. Tapi, bila pukul 7 tu, sambil-sambil hirup udara, "Wahhh, segarnya :) Bestnya bangun awal!" Tetapi kalau bangun lambat, memang ni'mat at first, tetapi dalam pukul 8 lebih; mulalah nak tension. "Argggh, lambat lagi!"
Macam itulah benda-benda maksiat; ni'matnya sementara, tak lama pun. Tetapi, bahananya... Astaghfirullah.
Alhamdulillah, jumpa si kecil kuat makan ni. Sekarang dah darjah satu. Uniform macam tu, agak-agak sekolah apa?
My own opinion; Satu perkara yang baik untuk menyekolahkan anak-anak kat sekolah cina waktu kecil. Boleh belajar bahasa Cina! Amat baik untuk dengar perbualan orang cina yang tengah berbual kat kedai henpon. Kot-kot dia nak kelentong kita. Haha. Or dalam bas. Or di mana-mana jua. Or sekolah India?? Tetapi ana pun tak tahu kenapa ana tak suka something about India. Kah3. Patut diubah persepsi ini! Minta maaflah bangsa India termasuklah Tamil dan Hindustan (ada perbezaan kan?), ini semua gara-gara cerita Hindustan dan Tamil suka menyanyi atas tren dan ladang sawah pakai baju seksi meksi.
Pada peringkat sekolah menengah, ana lebih prefer sekolah tahfiz. Kalau tak nak sekolah tahfiz pun takpelah, asalkan sekolah agama. Pembentukan waktu remaja ni extra penting. And seelok-eloknya sekolah asrama. Tak semestinya berasrama penuh. Sekolah swasta pun boleh berjaya, kan? kan? InsyaALLAH. Biar disiplin sikit.
Ana bersekolah di Maahad Al Manar. Walaupun sistem agak slamber, tapi keslamberan tu yang jadi best. Hehe. Tapi, pentadbiran and susunan sekolah kena kukuhlah, jangan slumber sangat. Kalau korang pergi, barulah tahu keslamberan dia. Ada yang suka sekolah yang padat, ada pula yang suka jenis relax. Sesiapa yang suka aktiviti lasak-lasak 24 jam tu biasanya tak bertahan. Tetapi, sistem Quran strict tau. Berapa baldi dah air mata para pelajar habis.
Time Form 4 and Form 5, mungkin lebih baik masuk sekolah harian? Sekolah agama swastalah maksudnya. Tak semestinya sekolah swasta ni takde gred. Kita ada sekolah under Musleh. Al Amin, Hidayah, Hira' dan lain-lain. InsyaALLAH, sistem sama kualiti dan lebih berkualiti dengan sekolah cluster. Kalau yang lelaki, nak masuk RMC pun okay. Boleh jadi a man :) Tetapi, produk pun kena berkualitilah. Janganlah lepas sekolah, serik sangat berdisiplin sampai datang lecture pun lambat. Sesiapa terasa padan muka. Kah3.
“Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain, Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudarnya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” (al-Hujurat:12)
Kenapa tiba-tiba cakap tentang persekolahan?
Ini hanyalah pandangan ana. My opinion. Ra'yi. Akan berlainan dengan orang lain. Jadi, perbezaan pendapat harap dihormati dan diraikan. Sepertimana imam-imam mazhab boleh duduk sekali, menjalinkan ukhuwwah walaupun berlainan pendapat.
Kalau semua kata Blackberry cantik, nanti takdelah orang beli Samsung Wave. Ohh, ana suka yang jarang-jarang digunakan.
Nota kaki: Hari ni tiada nota kaki lahh.
Nota kaki sampingan: Tiba-tiba ada nota kaki tambahan sebab ada orang marah mengutuk sekolah dia. Haha.
^Wallahu A'lam^
Tuesday, 22 February 2011
Orang popular boleh skip line
Zohor; Klinik Kesihatan Ampang. HIV test. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan.
Ye, ana bakal pengantin. Doakan kelancaran majlis ya! HIV test ialah salah satu prosedur permohonan kahwin untuk bakal pengantin. Untuk buat HIV test, kena buat appointment dulu. So, semalam semalam, setelah mengsearch klinik kerajaan kawasan Selangor, kami pun decide nak buat dekat Klinik Kesihatan Ampang.
After call, the dekatest (paling dekat) tarikh is 8 March. What? Itu sudah melepasi tarikh akad nikah. Okay, Klinik kawasan AU2. Call and call, tiada pihak yang menyambut di sebelah sana. Waaahh, I didn't expect sebanyak tu appointmentnya. So, berdoa semoga ALLAH S.W.T. mempermudahkan urusan.
Alhamdulillah, esoknya Ummi call untuk buat HIV test kat Klinik Kesihatan Ampang. Aikk? Bukankah waktu itu tidak valid? Rupa-rupanya, my father-in-law-to-be telah mengcall pihak klinik tersebut and cakap, dia nak dijalankan juga HIV test. So, tarikh 8 March telah dianjakkan kepada 22 February. Masa dekat klinik tu, terus jumpa orang and dapatkan borang. Tak perlu beratur pun. Keh3.
And prosedurnya sangat senang. Isi borang. Nama dipanggil kat kaunter 14. Injection pen dikeluarkan. Tak perlu duduk pun. Tap! Sedut darah sikit. Proses. Jumpa doktor kat bilik 17. Result = Non Reactive. Siap! Kejap je pun, wondering kenapa sampai lama sangat. Satu lagi; its free! Or kami yang lupa bayar sebab dia tak minta pun :P
Penting juga menjadi orang popular ya. Boleh skip line. Hek3. Orang terkenal dan ramai membuat kawan, biasanya dapat banyak kemudahan. Pengajarannya; sila fikir sendiri.
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
Ini doa supaya menjadi orang yang sabar
Nota kaki 1: Kumpul duit and jimat besar-besaran!
Nota kaki 2: No shopping after this.
^Wallahu A'lam^
Monday, 21 February 2011
Dunia
Assalamualaikum W.B.T.
"Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan..." (Al Hadid:20)
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang..." (Ali Imran:14)
Dunia, harta, pangkat; semua sementara. Tetapi kebanyakannya lupa, including me. =.= Astaghfirullah.
Alhamdulillah, hari ini kategori bangun awal jugalah. Sebab nak shopping buku. Shopping or jalan-jalan pun terapi bangun awal juga. Keh3. Dah berkurun ana tahu Syarikat Kamal jual buku murah. Dan sudah berkurun juga ana tahu bahawasanya Syarikat Kamal terletak berhadapan Hospital Kuala Lumpur. Tetapi, ana baru je tahu yang dia dekat dengan Hospital Tawakkal!
Ingatkan jauh la sangat HKL ni. Sebab tu, kebanyakan medical books, ana beli kat Kinokuniya je. Sebab kalau nak pergi Jalan TAR, jauh dan tak bayak pilihan.
Pengajarannya; sila tengok map. Sekarang kan maklumat di hujung jari.
"Katakanlah, ‘Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?' Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada ALLAH), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikurniai) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan ALLAH..." (Ali Imran: 15)
Nota kaki 1: Memang banyak kriteria yang tiada, tetapi ada satu perkara penting yang dia tiada tetapi tidak anda. Dan perkara itu menghapuskan semua yang sebelumnya.
Nota kaki 2: Jangan malas!
Nota kaki 3: Masih lagi perlu motivasi untuk disiplin.
^Wallahu A'lam^
Sunday, 20 February 2011
Fakta pelik 1
Azam; Mahu didisiplinkan. Mahu menjadi orang yang sangat-sangat berdisiplin.
YA ALLAH, jauhkanlah kami daripada sebarang kesesatan.
2 facts about me;
1) Mocha Glacier; Black Canyon Coffee. Beberapa percent susu; ana tak tahu. Teringat kat Al Amin dulu, suka bebenor beli air tin Pokka walaupun bergadai wang. Yang pastinya, walaupun sedap, pasti jiwa raga terseksa keloyaan after that. Ana anti-susu. Tekak dah mampu menerima sikit-sikit adik beradik walaupun berdarah tipis dengan susu, tapi perut masih belum mampu memberi kerjasama yang baik. Doakan kejayaanku :)
2) Ana bukanlah pendengar seminar atau kursus yang baik. Hehe. InsyaALLAH tumpuan boleh diberi dalam group yang ada lebih kurang 10 orang, tetapi, dalam jumlah yang ramai, tendency untuk tidur sangatlah tinggi. 30 minit pertama, masih bertahan. Then, ... Haha. Minta maaflah. Mungkin 70% tidur, 20% tumpuan, 10% berborak. Hek3. Tadi mengantuk sesangat kat kursus sampai tidur atas lantai di celah-celah kerusi dengan sengaja.
Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberi :)
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka" (Al-Baqarah : 201)
|
Nota kaki 1: Berfikir itu perlu sebelum bertindak. Pemikiran kena berkembang, seiring dengan waktu dan zaman.
Nota kaki 2: Semoga urusan kami semua dipermudahkan, InsyaALLAH :)
Nota kaki 3: Ingin menjadi hamba ALLAH S.W.T. yang bertaqwa. Tolong bimbing diri ini, teman.
Nota kaki 4: Fakta pelik 2?
^Wallahu A'lam^
Thursday, 17 February 2011
Cara tidak tidur lepas Subuh efektif
Assalamualaikum W.B.T.
Pada post business, hari yang sama, ana telah pulang dalam pukul 10 lebih dan telah berjaya melelapkan mata pada pukul 12 taqriban (lebih kurang). Alhamdulillah, ana telah berjaya tidak tidur lepas Subuh pada keesokan harinya.
Oh, ini kejayaan yang besar!
Jadi, salah satu cara penyelesaian supaya tidak tidur lepas Subuh;
Jalan banyak-banyak pada pagi harinya. :)
Siapa ingat Shoutul Amal?
Combination antara dewasa dan kanak-kanak. Famous dengan lagu Amalulillah. Walaupun dah berkurun lamanya, nasyid-nasyidnya memang best :)
Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira muslim sejati
Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa
Adakah Islam sempurna
Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran
Percaya Rasul dan para Nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan
Hidup akhirat engkau yakini
Masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
Hilang redha dan kesabaran
Analisa, analisa
adakah Iman sempurna
Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya
Analisa, setinggi manakah taqwa
Analisa, semulia manakah kita
Analisa, adakah kita hamba kepadaNYA
tanyalah diri kita
Nota kaki 2: Mari berjalan banyak banyak banyak supaya tak tidur lepas Subuh
Tuesday, 15 February 2011
Business
Alhamdulillah, dapat juga ana bermain dengan kanak2 riang ini. Sedikit fakta; beliau suka makan sushi dan telah berjaya menghabiskan beberapa piring sushi. Memang adik abang long eh?
Petang itu; kami berlapan bersama seorang si kecil telah berkumpul. Basically, perbincangan about business. Sebagai seorang yang bekerjaya, mungkin tiada masalah untuk menjalankan perniagaan secara meluas. Tetapi, ana yang memegang status seorang pelajar yang mendalami bidang kritikal, mungkin ada sebanyak kekangan masa. So, perancangan rapi memang amat diperlukan.
Apa2 pun, doakan kami semua berjaya dan tak sekadar hangat2 tahi ayam. Kata orang, Melayu semangat time awal2 je. Kalau ada buku, kebanyakannya rahsia bisnes orang Cina, orang Jepun dan bukanlah orang Melayu. Kalau search kat google, tak keluar pun rahsia bisnes orang melayu exactly. Keh3.
Izza sedang merenung masa depan. Untuk semalam, terima kasih kepada Ummiku yang telah drive kereta, terima kasih kepada mak cik2 yang semangat untuk menaikkan martabat agama Islam khususnya, terima kasih kepada si kecil yang telah menemani ana buat manicure, terima kasih mama untuk domino pizza and terima kasih untuk;
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMU - dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
Nota kaki 1: Itu gambar Nur Izza Tee. I love kids. ;)Nota kaki 2: Study besar-besaran!
Nota kaki 3: Jom discuss lagi. Bila ya?
^Wallahu A'lam^
Monday, 14 February 2011
Roaming
Dalam kesibukan memerangi valentine;
janganlah kita lupa kat birthday kembar Al Manar. :)
Sanah Helwah
to
Maryam & Faridah Zakaria!
Ingat, anda dah 21. Hehe.
kami mohon kepadaMU,
agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami,
dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami,
akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali,
jadikanlah hidup ini untuk menambah kebaikan,
dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.
Alhamdulillah, telah menziarahi Aishah di UIA PJ dengan puan Duta Surga. First time pergi sendiri, merewang2 tak tau direction. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Bersyukur dengan kemudahan pengangkutan awam. Takdelah banyak sangat wang dikeluarkan.
Cost to UIA PJ from LRT Universiti;
By bus: RM 1.
By taxi: RM 7.8. Terpaksa sebab hujan lebat, kilat sabung menyabung.
Semasa sedang berborak, tiba2 ternampak satu masterpiece;
Siapa ingat lukisan ini? Kah3.
Lah, usahamu sudah menjangkaui Selangor! Teringat waktu Lah lukis gambar ni, then tampal kat board depan kelas rasanya. Then, ada pihak yang memfotostatnya banyak2, lantas menampal di sekitar Kelantan.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru R.A., sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda: "Puasa dan Al Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Riwayat Imam Ahmad).
Nota kaki 1: Mari berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. pada setiap hari
Nota kaki 1: Hari ini telah makan dengan banyak dan tidak berhemah sekali.
Nota kaki 2: Berminat untuk menulis cerita. Ada sesiapa boleh jadi mentor?
^Wallahu A'lam^
Friday, 11 February 2011
2:216
Itulah serba sedikit kata-kata Encik Oswald Veblen. Hakikatnya, ana suka maths. Very2 like it! Even my results menunjukkan perkembangan minda yang cemerlang dalam bidang maths dan adik beradiknya termasuklah physics.
Hakikatnya, ana lebih menjurus kepada bidang kejuruteraan. Engineering. I can play even more with mathematics. Dan bukanlah biologi. I got B3, right? Haha. Mungkin disebabkan harapan di sekeliling, so I just pretending that I love Medic. Tapi, sejak masuk UPM lagi, ana dah tak berkenan. Takde maths sikit pun. Statistics in Medic, tadika pun boleh buat. Tak mencabar langsung. Terkejut juga masa permohonan upu, bidang perubatan yang dipohon. Deep in my heart, I want chemical engineering. ;(
Dan ana bukanlah suka belajar di Mesir. Haha. Dua hakikat yang perlu diovercome. Medic dan Mesir. I just pretending in too. Padahal hati merusuh je waktu kena pergi Mesir. Tapi disebabkan harapan, I just go through. Bila dah sampai Mesir, takde yang menyeronokkan, as I thought. But, I can't turn back. Its hard when we must learn to like something.
I hope tiba2 ada keajaiban yang menyebabkan ana ditukarkan untuk belajar di tempat lain. Haha. Hoping ^__________^ Setelah memendam rasa untuk berkurun2 lamanya.
Lets just pray to ALLAH S.W.T.
ALLAH S.W.T. berfirman;
Nota kaki: I don't want to go to Egypt! :(
^Wallahu A'lam^
Tanya
A big question mark here.
ALLAH S.W.T. telah berfirman pada helaian muka surat yang ke 124, pada surah yang ke 5, baris hampir di bawah, ayat 101.
Tafsirnya?
Sila belek Tafsir Ibnu Kathir mahupun Tafsir Al Munir, dan banyak lagi. Hehe.
Peringatan ringkas;
Tak semua perkara boleh ditanya. Kalau pertanyaan itu boleh membawa kepada kebinasaan, lebih baik jangan tanya. Berdoalah kepada ALLAH S.W.T. supaya diberi hikmah. Hikmah berkata2. Hikmah bergurau. Hikmah dalam kesemuanya.
Ana bukanlah golongan Alim lagi Ulamaa'. Ana golongan biasa. Dosa bertimbun. Berusaha untuk mengikisnya satu persatu.
YA ALLAH, janganlah kau biarkan kami dalam kesesatan.
Nota kaki 1: Sepuluh fardhu Muslim.
Nota kaki 2: Semalam makan di Sakae. Masih belum mampu menelan mayonis dan adik beradiknya termasuk thousand island dalam kuantiti yang banyak.
^Wallahu A'lam^
Tuesday, 8 February 2011
Rayyan
وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti ALLAH akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya ALLAH Maha Berkuasa atas segala sesuatu." (Al Baqarah:148)
^Wallahu A'lam^
Monday, 7 February 2011
Korea?
“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadits Rasulullah S.A.W.
Adakah ini pengaruh cerita Korea? Sambil2 tengok, sambil2 belajar Korea.
Buku yang dibeli tu, harap jangan jadi perhiasan sudah. Ana berharap, ana menggunakan masa ini sebaik2nya to learn and write and master Korean language. Mana tahu, boleh apply jadi doctor kat Korea. Haha. YA ALLAH, perkenankanlah!
Daripada jadi pro-Barat, baik jadi pro-Timur eh? Tak bermaksud kita menjadi monyet terlepas kandang apabila ternampak Kim Bum dan sekutunya. Banyak nilai murni yang lain yang boleh dipelajari.
P/S: Meh la kita bina Delima kat Korea. Buat kat kawasan yang ada masjid besar. :D Penulis pernah raya kat Korea sekali. Nampaknya, kena kumpul duit lagi nih.
^Wallahu A'lam^ ^_______________________^