Monday 26 March 2012

Tidak munasabah.




Assalamualaikum W.B.T.

Perhatian. Statement untuk tajuk, tidak munasabah telah diwarnakan dengan warna merah dan sedikit huraian di sekitarnya. Ia diwarnakan merah kerana ia sangat tidak munasabah.

Pada hari Jumaat yang lepas, PSD Akhawat telah berlangsung dengan gemilangnya. Alhamdulillah. Walaupun ana tak masuk, namun sanggup menaiki Peugeot ke Zaqaziq untuk menyokong rakan seperjuangan. Pelajar Mesir sahaja yang tahu bagaimana keadaan Pijat ini.

Secara tak langsung, program ini telah mengeratkan hubungan antara semua pelajar Iskandariah setiap tahun. Kami sebelum ini, tidak rapat mana pun. Kenal macam itu sahaja. Tapi, pada waktu sukan, semua pelajar berganding bahu mencipta strategi, menyiapkan persiapan, oh, sangat rapat! Yang rock, yang jenis ustazah, yang pendiam, yang liar semua bersatu. Terharu.

Warna untuk Iskandariah ialah merah. Alhamdulillah, banyak stok baju berwarna merah jambu dalam almari. Sebagai penyokong, mestilah ana lebih berminat untuk memakai baju kurung. Lebih-lebih lagi, encik suami tidak prefer melihat ana berseluar walaupun berbaju labuh. Tidak manis katanya. Ganas! Sebagai seorang isteri yang solehah, InsyaAllah, ana akan berusaha untuk mengikut kata suami.

Kumpulan kami banyak memenangi acara luar pintu (outdoor), namun dalam pintu, kalah habis. Oh, apa telah terjadi kepada keayuan dan kemahiran bermain permainan tradisional? Apa juga telah terjadi kepada kemahiran minda dalam menjawab? Acara dalam pintu yang dipermainkan ialah catur, congkak, jenga, regu dan sudoku. Rakyat Iskandariah, kita perlu tajamkan minda lagi! Bak kata encik suami, ganas sungguh pelajar perempuan Iskandariah.

Banyak makanan Malaysia yang terjual di sana. Alhamdulillah, sangat bagus! Lebih-lebih lagi kepada peminat tegar makanan Malaysia seperti ana. Memang laku jualan di sana dengan ramainya manusia bersifat seperti ana di sana. Duit LE 100 diperuntukkan untuk makanan. Alhamdulillah, cukup. Oh, duit ini termasuk makanan encik suami. Tidak manis jika hanya ana seorang dapat makan makanan sedap, namun beliau terpaksa berlapar kan? Tetapi, adakah beliau kisah dengan makanan Malaysia? Duduk negara orang, makanlah makanan negara orang.

Waktu malam talent show pula diadakan. Ehem. Assalamualaikum W.B.T., ada pengumuman di sini, sila baca dengan teliti.

Ana tidak tahu kenapa, tetapi, keberadaan pelajar LELAKI untuk menjaga lampu di dalam dewan sewaktu talent show sangat TIDAK MUNASABAH.

Dewan pun tiada pintu. Oh, sadis. Sewaktu talent show, suara mestilah kuat, diiringi oleh jeritan bak katak dan nyanyian-nyanyian halus. Jadi, keberadaan pintu sangatlah penting untuk menghalang suara ini keluar dan menghiasi telinga kaum Adam di luar sana. Ya, sebagai pengedap udara. Tukang berlakon rasa malu, ana sebagai penonton rasa malu, kamu sebagai penjaga lampu, tiada rasa keinginan untuk mengalihkan tugas kepada beribu pelajar perempuan di dalam dewan?

Semoga kita semua sedar, InsyaAllah. Hidup sebagai pengembara, kena patuh kepada arahan pemilik dunia ini.

Ana juga tidak faham kenapa kita perlu menjerit sewaktu mendapat hadiah. Bak kata kawan ana, bak beruk terlepas. Terjerit terlompat. Sungguh ana malu wahai rakan sekalian. Lainlah kalau ada perempuan sahaja. Mungkin alasan itu diterima. Tidakkah manis dan sungguh ayu sekali jika kita hanya bertepuk tangan secara meriah. Siulan penambah rasa, tidak perlu rasanya!

Pelajar perempuan, tempat kedua. Pelajar lelaki, haruslah tempat pertama, bukan? Kalau tidak, memang dilabel lelaki Iskandariah lembik belaka. Tetapi, ana ada satu persoalan yang perlu dikaji oleh para psikologi. Mengapa, kebanyakan perlawanan yang ana lihat, tuan rumah selalu kalah?

Terima kasih Allah S.W.T. atas peluang ini. Jika PSD dijalankan lagi, ana sangat berminat untuk menyertai, InsyaAllah. :D Kerana Allah S.W.T. suka mukmin yang kuat dan cerdas. Bukan yang hanya terperuk membaca buku. Erk. Ana perlu berubah.

Wallahu A'lam.

2 comments:

  1. Perempuan, teriaklah cara dia ekspresi suka dia (tipikal perempuan). Hahaks.

    Pelik pulak awak punya cerita. Selalu tuan rumah yang menang. Erm..

    (:

    ReplyDelete
  2. Haslina; Hahaha. Itulah. Tapi, kena ubah sifat itu. Takde, ana perasan kalau sukan sea pun, kalau negara tu tuan rumah selalunya dia kalah. Haha. Tatau kenapa? Mungkin betul. Mungkin salah juga :)

    ReplyDelete