Today March 6th, teringat musim mari kahwin around tarikh musim ini tahun lepas. Hampir setiap hari, ada sahaja kenalan yang mendirikan rumah tangga. Hari-hari syaitan menangis. Haha.
"(Pujukan orang-orang munafik itu) seperti (pujukan) syaitan ketika ia berkata kepada manusia, "kafirlah kamu!" Kemudian ketika manusia itu menjadi kafir ia berkata, "sesungguhnya aku BERLEPAS DIRI dari kamu, kerana sesungguhnya aku TAKUT kepada Allah, Tuhan Seluruh Alam." (Al Hasyr: 16)
Selepas menyesatkan, syaitan berkata, ana bari'. Kalau kat Al Manar, istilah ini untuk menunjukkan, saya tidak bersalah. Selepas menyesatkan, tidak bersalah. Syaitan memang kategori penipu. Kalau tak silap, ada ayat Quran, syaitan kata, kenapa ikut aku dulu? Jom duduk neraka sama-sama. Ceit. Wal 'Iyazu Billah!
Hari sekian, ana ada dengar tazkirah. Tajuknya futur. Maksudnya ialah, breakfast. Jika futur bil Tho', kalau bil Taa', rasa semua dah tahu kot. Hehe. Ohhh. I'm not the right person to talk about this. Tetapi, yelah, tak nak juga kedekut ilmu. Ana dan anda semua, jom kita try lumatkan.
Maksudnya ialah tercicir. Ye, tercicir. Orang dah habis jadi doktor, kita masih tercicir di belakang, merangkak atas kesalahan sendiri. Orang dah berubah ke arah yang lebih baik, kita tercicir juga. Sombong agaknya. Orang dah membuat banyak perubahan, kita tercicir juga. Masih di takuk lama. Tak tercabar ke tengok orang lain? *That's my style. Hehe.
Kenapa tercicir? Why? Setakat yang ana dapat fokus (maklumlah tahap fokus tak tinggi mana); oh. Ini ialah faktor tercicir dari aspek individu. Kita sendiri.
1) Tabi'i yang tidak tetap. Wahhh. Mula-mula tak faham. Tabi'i? Perbuatan/asal? Okay, maksudnya ialah pendirian yang tidak tetap. Contohnya; kita ada 2 orang kawan. Apabila seorang itu mula merudum, kita jauhkan diri. Bila dia naik, kita menyendel (wujud ke perkataan ini?). Lupa tujuan asal berkawan agaknya.
2) Hidup tertekan. Dengan erti kata lain, bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku kepada diri, keluarga, rezeki. Bila dia hanya menyibukkan diri dengan rasa tertekan, dia pun terkebelakang. Asyik takut pangkat kena ambil, rezeki hilang, fikirkan benda-benda macam ini sahaja. Walhal, banyak lagi perkara yang boleh diambil guna untuk selesaikan perkara ini.
3) Terlampau syadid. Mungkin karena, bila dia dah menekan diri sangat-sangat, akhirnya dia pun letih. Letih sehingga kembali kepada asal. Macam orang berubah abruptly, kawan ana, ada yang daripada tudung kecil terus pakai tudung bundar labuh tu, sampai pusat. Sekejap sahaja bertahan. Ramai yang tewas dengan cara sebegitu, Illa Qaleel. Kita usaha sikit-sikit. Macam orang solat malam banyak banyak banyak, (kepada badan pun ada haknya), sampai suatu masa, dia sangat letih and at the end, berminggu-minggu tak solat malam langsung.
4) Terlampau bermudah-mudah and longgar. Ini yang jenis terlebih husnuzzon. Haha. Nampak je satu pasangan yang mencurigakan berjalan bersama-sama, bersangka baik dahulu. Ahh, adik beradik kot. Mungkin lebih patut, kita bertanya. Seperti apa yang terjadi kepada ana dan Qarafi di Arabiata, Kaherah. Kami tengah beli makanan sambil borak-borak berdua, tiada orang Melayu yang kami perasan kat situ. Tiba-tiba,
"Assalamualaikum." Sapa seorang ustaz. Setelah bercakap sedikit dalam 1 minit, terus, "WIFE ke?" Pandang-pandang. Haha.
"Ya," kata Qarafi. "Tengah buat rondaan ehh? Haha." Senyum.
"Eh, takdelah." Borak-borak.
Somehow, kami kagum dengan ustaz tersebut dengan keberanian beliau yang rasanya amat kurang di bumi Iskandariah ini! Mesti ramai pasangan tak halal di Kaherah berdesing telinga. Keh3.
Contoh yang lain, bermudah-mudah dalam solat. Tutup aurat. Still tutup tapi dah atas pagar. Sat lagi dah masuk kategori tak cukup syariat.
5) Terlalu menonjolkan diri dan bermegah-megah. Faham kan? Perkara ini tak lama, merugikan je, dan menyesatkan. Riyaa' itu syirik kecil. Banyak adik-adik, bangga. (=.=) Pakai handphone mahal sikit, bangga. Dll. Ya Allah, peliharalah kami.
6) Cemburukan orang lain. Mengikut hadis Rasulullah S.A.W., dengki boleh pada 2 benda sahaja. Diulangi, BOLEH tapi 2 sahaja. Cemburu kepada orang yang diberi harta, supaya dia dapat beramal dengannya, e.g. sedekah, bantu anak fakir dan miskin, bagi duit kat hospital, dll. Dan orang yang diberi ilmu, sebab dia pun nak ajar orang juga.
"Wa min syarri hasidin iza hasad." Cari sendiri maksud. Hehe. Horror betul sifat mendengki ni, sampai surah ini selalu dijadikan surah amalan! Yelah, dengki kakak kaya sikit, terus hantar jin. Dengki orang lain pandai sikit, terus belasah lantas membunuh. Hmm. Tak cam ke surah apa? Muka surat last sekali dalam Al Quran. Jangan cek part doa khatam ye adik-adik.
Bak kata perkataan common Sakinah Binti Zamani dalam buku biodata rakan-rakan, "Binalah Islam dalam dirimu, agar Islam tertegak di sekelilingmu." Ana banyak sifu. Alhamdulillah. Especially di Cairo. Bait Hunayn. Hek3. Ajarkan yaa. Mari kita saling berbalas pendapat.
Belfast, United Kingdom. :)
Semoga semua dapat manfaat! Terima kasih.
Wallahu A'lam.
salam Nusaibah, smoga awk sntiasa dalam rahmat allah. Xpernah jemu tika duduk membaca bait2 kata disini. Amat mudah difahami n nasihat yg baik.
ReplyDeleteCik As; Waalaikumussalam. Terima kasih. Hehe. Just kongsi ilmu yang diterima. Saya tak pandai mana pun. Jahil lagi :)
ReplyDelete