Sunday 11 March 2012

How to Fight This Habit?




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, minda masih baik. Tidak terdapat infection mahupun disorders. Banyak benda yang kita sangat grateful setiap hari. Of course. Alhamdulillah for my eyes, hands, ears, sight, brain, money, knowledge, etc. Bila kita rasa kita miskin, actually kita banyak sangat nikmat yang boleh kita besyukur. Yang perlu kita bersyukur. Yang, kalau Allah S.W.T. tarik, memang terasa depression yang berlarutan jika tidak punya iman.

Readers (eceh), ana ada satu masalah yang sangat kronik. Astaghfirullah, and this problem, if I not correcting it, it will be a huge problem! Apakah itu?

I sleep in the morning, I sleep in the night, I sleep in the evening, sleep very tight. Siap boleh buat lirik. Hypersleepism. Me sleeping queen. Ana sudah memikirkan beberapa cara mengatasi. Yang pasti, ana perlu disiplin dengan program yang bakal dilaksanakan secara gaya askar kepada ana.

1) Tidur awal.

Ana tak pasti, bolehkah cara ini diaplikasi kepada diri sendiri. Kerana sebagai medical student, banyaknya pelajaran yang perlu ditelaah dan dihafal setiap hari. Ia meresahkan untuk tidur awal, kerana ana still akan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Bangun pukul 4 pagi? I tried that for 22 years in my life (termasuk masa baby ke? hehe), and tak pernah sekali pun menjadi.

Sewaktu di Al Manar, boleh KIRA berapa kali ana tak tidur time halaqah lepas Subuh. Kalau tak tidur, sungguh ana amat berpuas hati dengan pencapaian cemerlang diri sendiri. Selalu je kena maki sebab tidur halaqah Subuh. Ana tahan kantuk sampai sangat pening. Rasa mahu tidur dalam tandas sangat membuak-buak.

2) Tidak tidur terlalu lewat.

Jika berasa resah untuk tidur awal, mungkin ana perlu hadkan masa. And berhenti, untuk tidur. Cara ini sesuai, InsyaAllah.

3) Tidak tidur lepas Subuh.

Cara ini paling mantap. Bagaimana? Selepas Subuh, kita mulakan hari dengan melakukan aktiviti yang dapat membuka mata. Contoh; lipat baju, masak, basuh kain, dll. InsyaAllah, selepas itu, rasa mengantuk akan hilang. Jangan lupa makan breakfast dan minum air mineral. Mengantuk sangat menganggu konsentrasi dan menyebabkan pening yang berpanjangan jika ditahan-tahan.

Ana pernah, mungkin selalu sahaja tertidur semasa sedang gotong-royong. Semasa kelas, sudah tidak dapat dinafikan lagi.

4) Azam yang tinggi.

Sematkan dalam minda, if I sleep after Subuh, ana akan tidur dan sambung dan akan tidur lagi, dan bangun semasa kepala sudah pening dengan rasa penyesalan yang sangat sangat tinggi. Jangan menyesal di kemudian waktu, wahai diri! Boleh dijadikan memo di dinding.

5) Suruh kawan rejam.

Haha. Jangan rejam dengan batu.

InsyaAllah, dengan disiplin yang tinggi menggunakan metod 2, 3, 4 dan 5, ana dapat control diri supaya bangun awal dan tidak tidur. Namun, jika sudah terlampau melampau terlampau pening, maka tidurlah. Itu yang terbaik. Tetapi, tidur 15 minit sudah. Deep sleep yang berkualiti. Ya Allah, pimpin diri kami supaya menjadi lebih berdisiplin. Lebih berdisiplin. Lebih berdisiplin.

Semoga mendapat manfaat. Anyone ada idea yang lebih menarik dan berkesan? :)

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment