Uhuk. Ana berazam untuk menulis setiap hari. Salah satu sebabnya mestilah untuk menajamkan skil menulis. Dengan itu, ana perlu rajin. *Konon nak tulis buku. Sifat malas tolong beredar jauh-jauh. Ana paling tidak suka dengan anda yang membantutkan amalan seharian. Attitude.
Alhamdulillah, masih dapat menghirup udara dan diberi semangat untuk menjalankan hari dengan penuh bererti :D. Hari Jumaat yang lepas, bersama ahli Bulatan Gembira yang sangat ana sayangi, membincangkan tentang topik yang menarik yang telah diusulkan oleh Kak Nadzirah selaku naqibah kami!
Tajuk apakah itu? Kahwin? Disebabkan ana sudah berkahwin, jadi ana tidak segatal dulu. Hahaha. Jadi matang jika buka topik kahwin. Ooopss, kami bukan berbincang tajuk inilah. Jadi, apakah yang sangat menarik itu? Kami telah diberi tugas untuk mencari pemenang hadiah Nobel dalam kalangan Muslim.
Berkata kawan ana, pemenang hadiah Nobel dalam kalangan Muslim ada TUJUH orang sahaja, dan statement yang telah membuatkan ana terbatuk lantas sangat KAGUM,
4 orang daripada mereka ialah orang MESIR!
Very impressive! Subhanallah. Mesir yang selalu dipandang sebelah itu! Penuh dengan parasite dan microbnya. Penuh dengan sampah-sarapnya. Penuh dengan asapnya. Pergaduhan siang malam.
Antara pengajaran yang dapat ana ambil;
1) Manusia sering melihat keburukan orang =.=
2) Jangan kisah apa yang orang pandang kepada kita, teruskan menjadi yang terbaik!
3) Kamu tidak tahu keadaan jantung seseorang, hanya Allah S.W.T. yang tahu. :)
4) Stop judging secara tidak berasas atau anda hanya akan memberi pahala free kepada yang dikata. Oh, kommawoyo!
Mari menjadi yang terbaik. Tahniah, mr Qarafi ^^
Salam Maghrib semua. Mari mengaji.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment