Sungguh. Bukanlah diriku mahu membuat kontroversi. Perancangan ke Dublin dibuat pada saat akhir. Tiket dibeli sehari sebelum. Berharga 38 pound. Alhamdulillah, banyak hikmahnya dan best pergi Ireland :) Dublin dan Belfast bukanlah dalam negara yang sama. Macam Sarawak bersambung dengan Indonesia.
The interestings;
1) Dapat berjalan dengan Qarafi :D
Jam di stesen keretapi menunjukkan jam 8 lebih. Masih awal.
Sulha bertolak dari rumah dalam pukul 7.30. Takut tertinggal keretapi yang berjadual jam 9.30. Padahal stesen dekat je. Hehe. Menaiki tube, dan sampai ke stesen. Dalam pukul 8. Semalam dia sudah mengikat janji dengan suaminya untuk bertemu di pintu utama.
Kelibatnya masih belum kelihatan. Breakfast dahulu sambil buat sepah dengan serpihan biskut yang hitam dan sedap. Hehe. Relaks dan relaks dan berehat. Dalam waktu yang lama. Tiba-tiba, Sulha tergerak hati untuk melihat papan kenyataan. Tren ke Holyhead sudah menunggu di platformnya. Dia tergerak untuk bertanya seorang pak cik tentang waktu ketika itu.
"9.15." (Jika tidak tersalah) Astaghfirullah! Mana encik suami ni. Kes lambat bersiap (lagi) lah ni.
Tanpa membuang masa, Sulha pergi ke platform. Alhamdulillah tak jauh. Lagi 10 minit rasanya! Mengeluarkan tiket tergesa-gesa. (Gate dah tutup. Sobs) Masuk ikut gate lain. Dia bertanya seorang penjaga gate.
"Did you see any Malaysian people here? Going to the train?"
"Yeah."
Alhamdulillah, sedikit lega, tapi masih tak nak relaks lagi. Entah-entah orang lain! 9.26. Alamak. Tren ini sangat famous dengan punctualnya! Sama seperti tren Mesir. Ana kagum :) Berlari-lari seperti mahu menangis.
"Tak kan nak pergi Dublin sorang-sorang? Macam mana nanti?" T_T
Nak naik tren atau tidak. Ini bukan train pergi tempat dekat ye. Ini train ke negara lain! Bukan macam tube. Yes or no. Yes or no. Okay, naik sahajalah. Pandai-pandai mereka nanti. Naik ke dalam tren. Kemas-kemas barang. Sudah berkira-kira mahu meminjam telefon bimbit pak cik kerusi hadapan.
Dan badan pun pusing ke depan, mahu memulakan langkah meminjam. Dan, maka arakian masuklah 5 orang jejaka bertuah. YA ALLAH. Alhamdulillah! Kalau itu anak, memang semua kena pulas telinga. Haha. Termengah-mengah. Dan bermulah saat membebel kepada encik suami.
Yalah, tren pukul 9.30, memang patut kita keluar rumah pukul 9 lebih. Mungkin tube ada kuasa flash.
Bersyukur kerana ALLAH S.W.T. tidak membiarkan ana berjalan seorang. Bersyukur kerana mereka semua dapat masuk sebelum pintu tutup. Bersyukur kerana tidak dihukum oleh ALLAH S.W.T. atas kesalahan lambat.
Azam: Jom jadi punctual!
No comments:
Post a Comment