Sunday 25 March 2012

Apabila diri tidak dipeduli.




Assalamualaikum W.B.T.

Haha. Apa punya tajuk itu?

Menarik pula buat font besar macam ini. Senang nak baca kan? Alhamdulillah. Anniversary kami yang julung kalinya, untuk tahun pertama, telah disambut dengan sederhana tetapi meriah. Secara jujurnya, ana seronok menjadi seorang isteri. Walaupun detik-detik pertama perkahwinan kami tidaklah seindah yang disangka (ehem), namun cubalah menjadi isteri yang ikhlas dan baik, InsyaAllah, suami akan terpikat.

Ada gaya doktor cinta tak bertauliah?

Bagaimana mahu menjadi isteri yang disayangi suami? Haha. Macam blog para ibu sahaja. Untuk yang belum berkahwin, boleh cuba praktis dan tanamkan sifat ini. Penulisan ini berdasarkan kepada pengalaman ana sendiri.

1) Layan suami dengan baik.

Walaupun suami macam endah tak endah dengan kita, layan dia seperti biasa. Masak. Basuh pinggan. Buat air. Kadang-kadang, terguris hati itu ada, bila dia tak memberi reaksi positif. Namun, cuba cekalkan hati and tanamkan dalam diri "Aku cinta suamiku kerana Allah S.W.T.". Kita tidak akan rasa terbeban pun dengan segala perilaku negatif malah rasa bahagia sebab kita tahu Allah S.W.T. akan memberi yang terbaik kepada kita.

2) Jangan bermasam muka.

Tak payahlah nak merajuk. Membazir masa. Haha. Trust me, sangat membazir masa. Satu hari, senyap je dua-dua. Tiada faedah langsung. Kalau rasa sedih sangat, nangis jauh-jauh and tanamkan semangat semula. Jangan lupa doa kepada Allah S.W.T. untuk kebahagiaan rumahtangga.

3) Ekspres kasih sayang.

Selalulah menjadi seorang yang membalas racun dengan madu. Walaupun cinta tak berbalas (ecehh), jangan putus asa untuk menunjukkan kasih sayang kepada suami. Always bagi hadiah, masak makanan yang istimewa, tutur kata yang baik dan lain-lain. Jadilah air untuk api yang membara.

4) Ceritakan yang baik kepada orang lain.

Walaupun ribut taufan yang sangat hebat tengah melanda rumahtangga, bila orang lain tanya, jawab yang baik-baik. JANGAN sesekali merendahkan suami, mengata dan lain-lain. Buruk perangai. Kalau parents tanya, jawab yang elok-elok sahaja. Siap tambah pemanis rasa lagi.

"Ohh, suami saya sangat baik, romantik dan bertanggungjawab!"

Walaupun keadaan sebaliknya.

5) Doa.

Doa itu senjata orang Islam kan? Kita ada Allah S.W.T. tempat mengadu. Adukan masalah kita dan berdoa supaya Allah S.W.T. buka hati suami kita. Setiap kali selepas solat, semasa buka puasa, kita berdoa. Have faith in Allah S.W.T.

6) Ingat hadits ini. :)

Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:"Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi).

Betapa tinggi tempat suami di sisi isteri kan?

Ia akan mengambil masa. Ia akan mengorbankan perasaan. Ia akan memerlukan sejuta semangat. Namun, ia berjaya! :D Alhamdulillah. Kemanisan akan muncul akhirnya. Sabar dan jangan putus asa. Let's be a great wife ^^

Selamat mencuba!

Wallahu A'lam.

5 comments:

  1. baik dibaca semua. mohon share

    ReplyDelete
  2. Hidup berumahtangga banyak yang kita kena jaga..

    Semoga rumahtangga awak berkekalan hingga ke syurga :)

    ReplyDelete
  3. Hazen: Sila-sila. Semoga yang lain juga mendapat manfaat daripada usaha kecil ini, InsyaAllah.

    Dee Zahari: Betul. Terima kasih atas doanya :) Nama penuh awak apa ya? Panggil Dee sahaja?

    ReplyDelete
  4. oh cik nus.. haha ana tertarik kat hadith last tu..thanks any way..semoga allah eprmudahkn urusan nt. saya bujang lagi oke. :)

    ReplyDelete
  5. Duta Surga: Kommawo! Lah dah matang :D

    ReplyDelete