Tuesday, 27 September 2011
Si hidung petak. Dan segitiga. Menghasilkan?
Alhamdulillah atas nikmat kurniaNYA. Aku mohon dikuatkan iman, dikuatkan iman, dikuatkan iman, YA ALLAH.
Dulu,
ana tak suka askar. Entah. Sebab askar tu kejam. Kawad itu sangat kejam okayyy. Walaupun, ana suka tengok orang kawad, cantik! Tapi ana tak suka berkawad. Panas. Askar kerjanya protect negara. Kalau orang ada keinginan, Alhamdulillah. Kerja ini berbahaya. Kena dihantar bertugas ke Lubnan. Hari tu tengok Salam Perantauan. Askar-askar yang dihantar bertugas ke negara bergolak. Perempuan pula tu. Seorang ibu! Sobs. Ayat dia sedih sangat.
Dulu,
ana sangat tidak mahu berkahwin dengan orang muda. Walaupun muda sehari! Beberapa jam tu boleh terima lagilah. Mesti sebaya atau tua sikit. Tapi, tak lebih 2 tahun. Macam tulah. Nak dekat-dekat sebaya yang paling baik. Bagi ana, orang muda macam tak matang. Keh3. Macam kita matang sangat. Orang tua nanti matang sangat pula. (Banyak songeh) :P
Dulu,
ana tak suka orang banyak cakap. Berdesing telinga! Ehh, senyap boleh takk. Bercakap tazkirah or ceramah okay :) Ini borak2. Tanya itu, tanya ini. Ana tengok mulut gerak tak henti-henti pun boleh naik mual. Haha. Macam budak2, or orang tua, dalam kereta banyak bercakap. Ana naik pening kepala. Migraine boleh kot. Haha.
Dulu,
ana tak suka orang dot dot dot. (-----)
Tetapi, lihatlah. Alhamdulillah.
- Ana berkahwin dengan bekas RMC. Dulu punya jahil, tak tahu RMC tu apa. Tak pernah dengar pun actually. Duduk alex baru kenal. Kawan-kawan, RMC tu Royal Military College. Military. Nampak tu. Maktab TENTERA Diraja. Alhamdulillah, ambil profesion doktor :)
- Qarafi lebih muda. Muda lebih kurang setahun lima bulan seminggu. Jauh lebih banyak daripada sehari!
- Siapa rasa suami saya tak suka bercakap? Kah3. Bila pegang mic, selalu menjadi!
- Suami saya dot dot dot.
Alhamdulillah, takdelah gedik sangat ana tak nak kahwin kan. Bak kata kawan di Al Manar, never say never! Dengan cara ini, ana dapat menerima peribadi orang lain yang dahulunya ana tak suka dan meraikan perbezaan ini.
Ya Fadhilah, never say never!
Sempena ulang tahun ke 20, (maksudnya pipi kahwin time 19 tahun) Hihi. Kami telah menitipkan beberapa doa dan harapan.
YA ALLAH,
Semoga kami dikuatkan iman
Semoga kami diberi ilmu
Semoga kami diberi zuriat yang soleh dan solehah (Doa first Qarafi)
Semoga kami menjadi zuriat yang soleh dan solehah kepada ibu bapa kami lebih-lebih lagi
Semoga kami sentiasa dalam rahmat ALLAH S.W.T.
Dan lain-lain.
Mampukah kami mencapainya?
Doakan keluarga kecil kami sentiasa dalam maghfirah, mawaddah wa rahmah <3
Wallahu A'lam.
Saturday, 24 September 2011
Ana bukanlah pendengar tetapi pembaca.
Alhamdulillah, hari ni telah mengambil gambar kenkanak SMK BBA yang haiperektif. Ana bukannya pandai memegang kamera, cuma gediks tidak mahu jadi fasi. Kunun nak ambil gambar comel. Haha.
Because I dont like to talk. Ana tidak suka bercakap samada di depan. Mahu pun dalam group. If I'm forced to, I'll be just like a robot. Baca skrip takde intonasi. Just untuk memenuhi tanggungjawab. Bukanlah jenis yang suka berdegar2 bersuara dengan gaya tangan. Maka golongan yang paling ana benci, yang pandai bercakap SAHAJA.
Dulu ana pernah bersuara, tapi kini sudah berlaku turning point. Semuanya kerana satu peristiwa.
Perjalanan program, Alhamdulillah, walaupun ana ada sedikit terkilan, namun para fasi telah menjalankan tugas dengan yang baik! Thumbs up. Ana ingatkan fasi tolong sikit2 je. Rupa-rupanyaaaaa, the whole program fasi yang bercakap. The whole.
Pelajar; 2% alim, yang lain lelakinya nakal (better than gatal) dan perempuannya gedik (ada juga yang masih ada sifat malu, syukur). Bukan senang nak handle kanak-kanak dengan topik yang agak berat. Bukan senang nak menarik minat. Jazakunnallah kepada fasi yang bertungkus lumus. Kepada Mama, pencetus idea and Ummi, penulis modul, IIUM atas sumbangan tempat. :)
Kids see what you do. Kalau kita bercakap tentang Islam, namun cara berpakaian? Tak ke dia persoalkan. Alah kakak tu tak tutup aurat juga. Kalau untuk konsep, jangan lihat siapa yang memberi pesanan, contoh; kalau orang tu hisap rokok, dan dia pesan supaya kita bersabar, banyakkan sedekah. Memang baik. Tetapi kalau orang tu tidak tutup aurat, namun membicarakan tentang kita mestilah patuh kepada ALLAH S.W.T., jangan langgar arahan, jangan sekali-kali buat dosa. Hmmm. Agak tak sesuaaaai la. Dia SEDANG bercakap simultaneously dengan apa yang dia tidak buat. Kalau bercakap tentang banyakkan selawat, iktikaf di masjid, tolong orang, senyum, okaylah juga. :)
Ana bukanlah pendengar yang baik, tetapi ana boleh jadi pembaca yang baik, InsyaALLAH. Ana tidak suka meeting, selalu escape, keh3. Kalau ana pergi, mesti gerak2 bagi hint dekat yang handle meeting supaya; please, stop talking and just give me what I have to do. I want to go now. Bila dah siap, siapa paling cepat bangun dan lariiiii. Biasanya kalau ana tak pergi, orang lain akan bagi kertas kerja and apa tanggungjawab ana. Kan senang tu. Kalau ana pergi meeting, bukannya ana bagi idea pun.
Ceramah mahupun kursus kahwin pun takleh dengar. Unless kalau tazkirah sejam, suka juga dengar :) Kalau dah dari pagi sampai petang; 10% dengar, 10% bercakap, 80% tidur. Membazir wang kan? Menjadi cacing kepanasan meronta-ronta nak keluar. Okay, kuliah pun tak dengar actually. Hihi. Lecturer ajar histology, I study anatomy. Ask my friends kalau tak percaya. IF ana dengar, cuba tengok dalam masa 10 minit, adakah Nusaibah masih sedar dan mendengar? Or dia sudah tidur atas kerusi kayu itu.
Ana lebih suka menerima arahan daripada memberi arahan. And ana tak suka pergi camping tanpa rela. Tak kisahlah camping Al Amin ke (kejam), camp Hijri, summer camps, program kat Mesir. Dulu pernah ke MAP, tapi takde efek laaaa. Yang ada, rasa memberontak nak balik. Keh3. Walaupun ia sangat glamer, but I'm not that kind. I have my own motivation and I dont need one. Tak suka tengok orang marah mengamuk. Tiba-tiba kena point. Kena cakap sambil jerit-jerit. Dll.
BUT, try give me books. InsyaALLAH 10 jam boleh concentrate. (Hiperbola menunjukkan konsentrasi yang teramat)
Manusia jenis apalahhhh kan. Personaliti type A, B, C, Z?
YA ALLAH, peliharalah lisanku. Lisan pembunuh utama. Ana pernah baca, siapa yang ada banyak dosa pada lisannya, maka banyakkanlah sedekah. Jika tidak salah, ini hadith Nabi Muhammad S.A.W.
Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya ALLAH tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.(An Nahl:107)
InsyaALLAH, esok birthday suami saya <3
Wallahu A'lam.
Friday, 23 September 2011
Alternatives to milk-appura (hater)
Assalamualaikum W.B.T.
Menyepi. Tulang belulang makin sakit. Duduk lama sikit, sakit. Baring terlebih had masa pun sakit. Berjalan angkat barang pun sakit. Sengal bahu. Huahua. Calcium dah hilang gamaknya.
Maka ketidak bolehan minum susu masih sama. Susu yang dimasak, dibancuh boleh dihidu sebatu jauhnya. (Hiperbola) Susu fresh kalau menitik naik loyaaaaa. Sehari terbaring tak sedarkan diri. Seperti apa yang telah berlaku lantas menimbulkan kekeliruan.
Ana ada beli supplement calcium. Ohh, sangat kejam. Lepas makan, dia terus tarik telulang belulang, entah apa proses dia sampai terbaring sesak nafas kejap. Alhamdulillah, makan pil susu kambing jadi baik. Dulu, hinggakan hampir mahir menulis secara kidal sebab tangan kanan jadi lumpuh seketika takleh angkat sebab minum teh AIS limau. Tulang dah cramp habis. Ini masa kat tuisyen Kami. Yola, bilik air-cond bukan main rendah suhu. Panas sangat ke.
Haha. Any ice is strictly prohibited. Alhamdulillah, sekarang bolehlah minum sedut sikit-sikit sampai dah cairr sedut laju sikit.
How to overcome?
1) Di Mesir, kalau ana punya tahap sakit tulang dah tinggi, ana pun cari pizza. Cheese mozarella jadilah nak cover calcium. Tahanlah sakit seminggu, InsyaALLAH. Tak menyanggup dah nak menelan supplement. Pil susu kambing bukannya senang nak cari. Al fulus pun ma fi. Haha. Pil tu Fatimah bagi. :)
2) Broccoli. I love broccoli! I love sayuran hijau. Malangnya, broccoli kena beli kat pasar basah (I malas dan mengotorkan baju) and paghok laaa nak beli selalu. Bolehlah sekali seminggu. :P Calcium dalam 71.8 mg brokoli sama dengan calcium 120 ml susu. :)
3)Tersihir tengok segelas susu tu. Dulu punyalah tak nak makan. Bila dah makan, sedap :) Tapi, yang ni pun paghok jugalah nak beli selalu! Seminggu dua pek cukup.
Ini antara cara yang terglamer yang ana guna. Yang lain macam banana. Tapi dia kan fibre mostly. Sekarang buat kerja lebih sikit, bunyi krakkkk. Oh tulangku. Sila behave. Sedang mengurut badan suami, tulang ana kadang2 bunyi krakkk, krakkk. Amboi. Suami pun kata, "dah dah berhenti!" Patah tulang tu karang. Haha. Ana agak tulang ana dah sedikit lompong akibat kekurangan kalsium.
Kalau ke kedai pesan milo ais, bukan senang nak habis. Minum suku ke setengah sudah mual mual. Maka, baik beli teh ais limau. Macam bese. Takdelah membazir kan. Macam dah takde air lain nak order.
Mana la nak cari pil susu kambing. Bukan main payah. Kat UIA jumpa tapi entah brand apa tak tau. Tak pernah dengar pun :P Nak pakai produk Melayu, dan yang semestinya kenalah halal.
Doakan kesihatan ana ya. I hope I can drink milk before I have my very first baby. Nanti habislah budak tu tak cukup nutrient. Haha. Mummy will eat 5 kilos broccoli but not setitik susu! But, susu still the best. (Gelak besar Encik Pipi kalau baca ni, boleh bayangkan muka beliau yang kejam angkat kening)
Alhamdulillah. Sesiapa ada idea lagi?
P/S: Maka tempat yang paling bahaya di Malaysia ialah Ampang. Bacalah Harian Metro. Tengok 10 pages depan. Ada tak tulis, Ampang?
Wallahu A'lam.
Tuesday, 20 September 2011
Jeans lusuh and spek besar
Jalan-jalan mengharungi KLCC.
1)Ana masih tidak faham dengan taste jeans lusuh and spek besar. (Sudah kembali ke zaman dahulu). Berpusing-pusing.
2) It's not cerdik untuk tidak membawa touch and go semasa traffic jam! Mahupun tidak mempunyai rapidpass, people jam!
3) Kawan-kawan, doakan kami :)
Ketahuilah bahawa apa (yang dikatakan) kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara kamu ( dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan ) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan) tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanaman suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan di dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al Hadid)
Adakah orang akan memarahi saya kerana sokongan tajuk hanya 1 statement?
Tulisan kecik. Besarkan pupil.
Wallahu A'lam.
Sunday, 18 September 2011
For my cutey boy
For my cutey boy, who'll continue fighting, this is your checklist.
1) Wake up early (Dont terlepas subuh maaa)
2) Take a shower
3) Dont study at your bed (Ana suggest meja makan kat ruang tamu)
4) Just try and try and try to memorize (At least 10 pages memorized and 15 pages revised)
5) Try again
6) Try again until you succeed!
7) Dont sleep pada waktu yang tidak perlu
8) Rest cukup cukup (Dah belajar dalam 1 jam 15 minit, rest 15 minit, and start again)
9) Dont care what other people say
10) Dont play
11) Dont forget to answer questions
12) Jawab panjang panjang time exam. Just write all things that you know without hesitating. Tapi kalau dia kata, List TWO, jawab dua sudahlah. Kalau enumerate, jawab selagi mampu. Tak mampu pun jawab juga.
13) Read Quran. Surah Luqman pendek ja. Luqman, orang yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T. kebijaksanaan. Sebab itu dipanggil Luqman Al Hakim.
14) Eat healthy food. Stop doritos kejap. Haha.
15) Pray solat sunat.
16) Be cheerful
1 mark are very very very important. Even 0.1!
This is a checklist. Tick what you did. :)
Dengan doa dan harapan dari Malaysia!
Wallahu A'lam.
Saturday, 17 September 2011
Weddingain.
Alhamdulillah. Semalam telah menghadiri 2 majlis perkahwinan. Yang pertama, jiran ana. Ashraf Muslim and Dayana Lokman. Lokasi, Villa Bestari, Gombak. Majlis bertemakan purple. Kami pergi kali pertama, untuk bersantap. Ada ayam tempayan. Sedap ^^
Meja beradab. Ikan emas berenang-renang. Tapi macam tidak purple di sini ya. Meja putih yang berkelopak bunga nampak bucu ini ialah meja yang menempatkan dulang hantaran.
Biasanya orang kahwin, guna kanopi kecik belakang tu je. Kanopi ini (adakah namanya kanopi?) dipasang menggunakan kren. Nampak tempayan berwarna-warni tu? Ayam tempayan dimasak di situ.
Pelamin masih tidak berpengantin. Kami pergi awal sebab takut sibuk dengan kehadiran orang ramai lepas tu. Berasak-asak. Pihak TV3 and TV9 turut hadir untuk sidang media. Tidaklah pula ana menyibuk berlalu-lalang di belakang.
Kali kedua pergi baru berpengantin. Hehe. Montaj ada menunjukkan gambar di Makkah. Mereka berakad nikah di sana kalau tak silap ana. Which masjid, I dunno. Alhamdulillah, everything went smoothly. Door gift, ana dapat satu frame gambar and satu bekas kaca (or semi kaca) cute berisi biskut bantal and adik beradiknya.
Next is Aiman Latiff and Kausar Rodzi's. Lokasi di Country Heights, Kajang. Perjalanan pergi sungguh jam. Rupa-rupanya ada accident, melibatkan, mengikut bayangan ana, mungkin 10 buah. Berturut-turut. Takara, mungkin kereta belakang sekali tidak sempat brek lantas melanggar yang depan dan melanggar yang depan dan melanggar yang depan.
Hidangannya bermacam-macam. Oh, temanya pun purple juga. Sedia ada di atas meja, tapai and kind of food I dunno what are them. This kuih-muih. Satu corner untuk Arabian, memandangkan ada nasi Arab berlauk kambing panggang, salathah, dll. And ada corner lain. Makanan Melayu. And ada corner untuk char kuay teow. Kata DJ, ada mee rebus. Cendol. Kiosk ice-cream. The house is extremely huge. Lebih besar daripada Bangi Golf Resort's.
Itu saya. Sangat tidak cerdik untuk terlupa mengambil gambar pengantin ya.
Door gift untuk perempuan dewasa. Sehelai telekung beserta ubat Baraka. Yang lelaki dapat kain pelikat Gajah Duduk and note book I think. Note book = buku nota. Suami ana mistaken. Haaah? Note book. Haha. Amboi. This blogspot meragam. Kata DJ, doa yang diajar Nabi Muhammad S.A.W., Barakallahu Lakuma Wa Jama'a Bainakuma Fi Khayr (tiada Wa Baaraka Alaikuma)
Praise to ALLAH S.W.T. that everything went nicelyyy. Alhamdulillah. ^^
Wallahu A'lam.
Friday, 16 September 2011
Solatlah walau bagaimanapun keadaan. Solatlah.
1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar azan walau bagaimanapun keadaanmu.
Antara 10 pesan Imam Hassan Al Banna. Beliau menggalakkan atau mungkin kata bestnya menggesa, mendisiplinkan untuk kita segerakan solat bila mendengar azan. Kalau tak silap, ada hadits tentang baiknya solat awal waktu.
Awal waktu itu bukanlah 1 minute after azan. Mungkin merangkumi beberapa minit, dan waktu itu dalam golongan awal waktu. And ada tengah waktu. Dan ada akhir waktu.
Di Mesir, waktu solat tak menentu. Musim sejuk, cepat betul masuk waktu. Ada time kelas, boleh merangkumi 2 waktu sekaligus. Zohor and Asar. Kadang-kadang time kelas, kami terpaksa keluar solat, takut terlepas.
Pernah seorang lecturer marah. Katanya, tak beradab. At last, dia bagi semua 5 minit untuk solat. Helllloooo. Mana ada orang solat 5 minit. Ada yang solat + wudhu dalam 20 minit, dia marah. Haha. Arab tu yang solat laju macam apa. Masuk masjid terus solat, memang extra laju, siap! Yang Melayu, ambil wudhu' pun berhemah (masa habis sebab beratur untuk ambil wudhu), pakai stokin, ganti seluar kalau kotor, pakai handsock, betulkan tudung, solat moderately (tak laju and tak lambat), and siap. Kalau ada masa lebih, baca doa.
Sepatutnya time lecture itu diadjust sesuai dengan waktu solat. Pernah time exam 3 jam. Memang merangkumi 2 waktu solat. Students kena solat celah-celah kerusi exam. Selepas kami mengadu, dia pun awalkan time exam. Kan senang tu. Alhamdulillah.
Kawan ana ada yang free hair namun menjaga solatnya. Ada yang bertudung namun solat entah ke mana. Adapun yang free hair, dia tetap ada benda yang dia jaga. Yang dia disiplin. Tetapi, dia still kena tutup aurat. Arahan dalam Al Quran. Bermaksud wajib. Tanpa sebarang khilaf. Yang bertudung pula tapi tak solat, solat tu kan ada dalam rukun Islam. Kalau RUKUN takde, tak sah lah Islam. Macam time solat, kalau tertinggal satu rukun. Bukankah solat itu batal.
Tak solat = Batal Islam?
Haha. Memandai je kan interpret. Tanyalah yang lebih pakar. Yang mengambil syariah lebih-lebih lagi.
Ada 3 produk. Satu Colgate, Garnier and Chicken Rice Shop. Adapun Colgate and CRS pernah dituduh tak halal. Tapi sekarang, haaa, amikkk bukan main besar logo halal Jakim kat Chicken Rice Shop. Sebelah nama kedai tuu. Sama besar dengan tulisan! Haha. Colgate pula, iklannya, dia dah letak logo halal. Samalah macam Garnier. Bulan 3 dulu, ana pernah tanya akak guardian, Garnier ni halal ke tak. Tetapi sekarang, Alhamdulillah, tiada keraguan :)
Benda haram masuk badan, bersatu dengan darah. Daging. Sebati jadi. Ngeri.
YA ALLAH, peliharalah kami.
Kadang-kadang ana hairan tengok orang Melayu kat Mesir. Sesedap rasa masuk restoran. Beli itu ini. Korang jamin ke halal?
Wallahu A'lam.
Thursday, 15 September 2011
96000 km = siapa?
Assalamualaikum W.B.T.
Perjalanan kapal terbang daripada Jordan ke Bangkok rasanya dalam 8000 km. Biasalah. Orang tak suka naik flight, nak dekat setiap masa cek, dah beberapa kilo jalan ni. Berapa jam lagi nak sampai. Harap flight ni macam formula one. Laju sikit.
Etihad formula one takdelah laju mana. Haha. Memandai je kan suruh laju sikit. Structure kapal terbang tak macam jet.
Small intestine, kalau kita belah and cantumkan, luasnya memenuhi 9.2 meter persegi.
Subhanallah :)
Jeles dengan blood vessels. Fikirkan.
Wallahu A'lam.
Monday, 12 September 2011
Syeikhah Facebook. Cakap tak serupa bikin.
Suatu masa, di dalam kereta menuju ke Bangi.
"***, ana tengok status korang semua gempak-gempak, dengan hammasahnya, terasa kerdil diri ini."
"Alaaa, tu status je, luar lain."
"Ana rasa ana paling teruk antara kawan-kawan kita."
"Status tu nanti ALLAH S.W.T. akan tanya juga."
Au kama qulna.
Syeikhah Facebook makin ramai. Ada yang buat status untuk diri sendiri. Ada yang untuk menasihati. Teguran. Ada yang nak cerita tentang kehidupan.
Golongan yang paling kelakar ialah orang yang frust tengah meluahkan perasaan marahnya. "Eeee. Geram betul dengan dia tu! Bajetlah. Ko ingat aku suka sangat!" Hahaha. Dont reveal your stupidness okay. I dont think itu cara yang betul untuk meluahkan perasaan. Golongan gedik? Status itu tak memberi kebaikan kepada orang lain. Mungkin akan menambahkan umpatan? Orang lain yang tumpang berdosa.
Astaghfirullah Al Azeem~
Pernah dengar sayings,"orang yang sedang marah-marah ialah orang yang menunjukkan kebodohannya"?
Adapun golongan syeikhah. Ada yang ana kenal. Ada yang ana tak kenal. Walau bagaimanapun, ana suka baca nasihatnya. Kata-katanya. Membuatkan kita berfikir. Dan sini terbahagi kepada dua.
Ada golongan yang ana kenal. Dan statusnya tak equivalent langsung dengan diri. Status berdegar-degar tapi tuannya suka menghina? Mulut lepas? Suka mengorek rahsia (the rimasest golongan) Di sini ada satu kemungkinan, mungkin nak nasihat diri sendiri sebab tu dia buat status macam tu. :) Ada juga syeikhah relax terlepas solat Subuh.
Status alim alimah ini akan menyebabkan orang pandang tinggi kat kita. Orang suka nak berkawan dengan kita. Tetapi, kita yang lebih kenal tuan badan, hanya boleh senyum sinis. Lebih-lebih lagi bila ramai like statusnya menyebabkan tuan badan berbangga mengatakan wahh ramainya orang like status aku! Malah ada yang terlebih memuji.
Namun, nasihatnya tetap suka dibaca. Banyak kata hikmah. Banyak kebaikan. Lebih baik bagi kita golongan pembaca, melihat apa yang ditulis, bukan siapa yang menulis. :) Golongan yang menulis pula bertanggungjawab dengan apa yang ditulis.
Apa yang palingg ana suka, orang yang bertindak dan berkata. Itulah yang terbaik. Itulah yang terbaik. Ada beberapa kawan ana macam tu dan ana sangat2 kagum. Terasa ana sangat hina. Of course ana memang hina. Haha. Ilmu seciput banding dengan mereka. Amal seciput. Semua seciput.
Berfikir sebelum bertindak, itulah yang terbaik. :)
* * *
Teringat first time datang Bangi. Time Umairah drive tawaf tempat tu berkali-kali melepasi guard! Bayangkan, dah lepas guard beberapa kali tapi rumahnya still tak jumpa. Malu. Mesti guard gelakkan. Haih, budak ni daripada Asar ke Maghrib dok pusing tempat sama. Dapat le rambutan free untuk berbuka.
Tulisan ini bergunakah?
Wallahu A'lam.
Saturday, 10 September 2011
Heartless is a half good thing.
Imagination creates hope. Bila ana start imagine, Ohh, bagusnya jika ... I'll start to fulfill my dreams. It is a good thing, right?
Benda yang hebat start with a move too. Orang start dari awal. Ana mahu menjadi orang baik. Satu pakej. Dan orang berjaya. Another thing. Baik + berjaya kira pakej lengkap. Baik = ukhrawi. Berjaya = Duniawi.
Can I do that?
Friends, do pray for me :)
P/S: I am a nearly heartless person. Kadang-kadang buat satu perkara, or even tak senyum pun, orang boleh terasa. Bagi ana, thats a normal thing. Lagipun, ana tak kisah orang masam. Biarlah dia masam. I dont care. But, kawan-kawan ana cepat gelabah. Haha. Especially sensitive persons. Mindanya cepat membayangkan. Oh dia marahkah? Dia tak suka kitakah? Ana macam, What? Laaa. Even my masamness is a mistake. :P
People adore me because of the heartless thing. Haha. I can study perfectly even ada badai datang tanpa gangguan perasaan. Orang marah-marah pun ana relax. Keh3. Or, even I forgot about the badai. Alhamdulillah.
They asked me for petua.
That's not a good thing right? Or half good. Good for me and not good for others. And very good for person yang sama perangai.
Good because I dont have to berendam air mata for something sad. Or fikir untuk keluar rumah bila ada pergaduhan. Or gaduh mulut bila ada salah faham. Haha. Buang masa. Just forget it and do something more important.
Wallahu A'lam.
Thursday, 8 September 2011
Journey to the East. Mahasiswa Mesir meninggal semalam.
Raya pertama tahun ni dipenuhi dengan aktiviti menidurkan diri. Bukan sengaja. Hehe.
Why?
Bayangkan. Ana bertolak daripada Gama'ah ke airport dalam pukul 3 petang and flight ke Jordan pukul 9.15 pagi esoknya. Airport El Borg dah lawa daripada dulu macam padang pasir. Nak ke airport dalam sejam lebih.
Berjam-jam duduk airport yang extra sejuk tu. Ingatkan nak melelapkan mata dekat surau, tapi surau pun dah extra sejuk, so, I decided untuk minum kopi. Untuk yang nak ke airport, ana nasihatkan bawalah makanan sendiri. Makanan yang dijual di airport is tak berapa nak sedap dan sangat mahal.
Check in pukul 6 rasanya, sangat awal yaa, Royal Jordanian permits luggage sebanyak 30 kg je. Ingatkan nak mengelat macam biasa. Tak timbang satu bag and bawa je as hand-carry. But, beg tu berat untuk dibawa ke sana ke mari. So, tawakkaltu 'ala ALLAH! Kena bayar denda pun takpelah. Masa timbang, okay 40 kg something. Just stay cute. Orang tu tanya, ada beg lagi ke? Au kama qaal. Ana cakap takde and dia pun biarkan. Alhamdulillah, rasa nak sujud syukur :)
Melepasi gerbang visa pun satu hal. Sangat berdoa banyak2. Kerana memprotes terhadap tindakan universiti yang mengenakan bayaran yang tinggi untuk visa, ana tak buat. Selalu je tinggal di Mesir secara haram. Ingatkan nak buat sendiri tetapi lupa. Pak cik visa tu tanya, expired? Ana pun, hehehe. Dia pun bincang dengan rakannya. And ana tunjuk kernih, dan dia lepaskan. Alhamdulillah selamat wangku. Kalau tak, lebih LE150 rasanya denda.
Info: 3 kali ana balik Malaysia setakat ini. 3 kali itu jugalah tiada visa. Dan Alhamdulillah, 3 kali itu tidaklah pernah didenda. Tetapi, jangan ikut perbuatan ini! =.= Contoh yang tidak sihat.
Penerbangan ke Jordan lebih kurang sejam lebih sahaja. Dalam pukul 1145 pagi waktu tempatan Jordan. Sampai di Jordan, pergi hotel. Namanya Golden Tulip Hotel, Amman, 4 stars. Nice :) Alhamdulillah, dapat ifthar free juga. Flight ke Malaysia ialah pukul 0210 pagi nanti. So, kiralah transit berapa belas jam.Jordan Dinar lebih mahal daripada US Dollar. Daripada Jordan, ingatkan ana solo je orang Melayu. Rupa-rupanya ada ramai jemaah umrah di airport. Sekali lagi, urusan di Jordan sangat senang! Ana tak perlu beratur panjang macam orang Italy (rasanya) masa nak dapatkan hotel di airport, tak perlu fotostat apa-apa. Diorang kena fotostat passport. Masa nak dapat kunci bilik pun boleh skip line, and nak lepas immigration pun tak perlu beratur macam orang Bangkok. Dengan erti kata lain, boleh skip line juga.
Many skippings here, Alhamdulillah :) Journey to Bangkok dalam 8 jam lebih. Landing di Suvarnabhumi (rasanya) Airport kejap je. Sejam mungkin? Then, depart ke Kuala Lumpur. Perjalanan dalam sejam lebih. Landing dalam pukul 7 malam di KLIA. Alhamdulillah. Jumpa baba saya :) Naik ERL and kereta ke rumah. Makan and packing kejap, and guess what?
Another 8 hours + to Kelantan by car!
So, jangan terkejut if ana tertidur je pagi raya pertama ye.
Info lagi: Ini penerbangan solo yang kedua. Yang pertama, ana lari daripada huru-hara demonstrasi Egypt pada 31st January melalui Etihad Airways. Ada rakyat Alexandria yang lain, tetapi tak rapatlah. Dalam dua orang. 1 lelaki 1 perempuan. Jalan pun asing-asing. Boleh kira solo tak?
Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Raajiun.
Bacaan Al Fatihah kepada mahawiswa Mesir dari Selangor, Allahyarham Haizrul Azizy Idros yang telah disahkan meninggal dunia pada pukul 12.30 malam semalam (waktu Mesir 8 September 2011) kerana dilanggar kereta.
Bacaan penuh.
Wallahu A'lam.
Wednesday, 7 September 2011
Result akhirat pun wajib excellent.
Alhamdulillah, banyak peningkatan dalam keputusan semester 4. 4 modules yang dipertaruhkan. Cardiovascular system. Respiratory system. Statistics. And skill lab. Skill lab ni module berpanjangan.
Terima kasih kepada yang mengeluarkan result. Ana tak kisah pun lambat cepat. Haha. Kalau lambat, still boleh doa supaya pemeriksa lembut hati. Baca Al Anfaal. Kalau cepat pun okay. Pokoknya, kita dah tak boleh ubah jawapan. Yang nak cepat tu sebab nak debaran cepat hilang kot. Lega sikit.
Teringat seperkara, result dunia ramai boleh excel, InsyaALLAH. Tetapi, result akhirat?! Jangan pandang remeh. Hakimnya ALLAH S.W.T. Bukannya manusia.
Siapalah saya untuk berkata-kata :(
Congratulations juga kepada zhang fu. Usaha lagi :)
Wallahu A'lam.
Tuesday, 6 September 2011
Alhamdulillah, 6 months ^^
Bukan 6 bulan of pregnancy ye kawan-kawan. Berharap sungguh. Kih3. Alhamdulillah, 6 months of marriage.
Semakin mengenali pasangan. Semakin merasakan interest beliau terhadap bidang-bidang keagamaan. Bahasa Arab. Al Quran. Imam Muda. 3 in one. Doktor - tentera - ustaz.
His kindness. Keberanian. Kesungguhan. Kecekalan. Suka memasak. Kalau ana idam something, dia akan tawarkan diri untuk memasak. Ego. Haha. Suka usik. Mempunyai minat yang mendalam terhadap dota. Uuuppss. NOta. Suppose. Spesies lafaz yang tersimpan. Hahaha. Tetapi, berlari ke kedai dari rumah seterusnya ke tingkat empat yang equivalent to tingkat lapan malam-malam belikan ayam bakar sebab nak pujuk orang merajuk yang kelaparan menunjukkan act tidak tersimpan.
Friends, doakan suami ana selalu. Semoga dia diberi kejayaan, keberkatan dan hikmah daripada ALLAH S.W.T. Doakan kami berdua. :) Terima kasih kerana mendoakan!
Zhang fu, mari kita menjayakan rumahtangga kecik ni. May it is full of mawaddah wa rahmah from ALLAH S.W.T. and full of colors.
Jangan terharu, pergi study! :D
Wallahu A'lam.
Saturday, 3 September 2011
Lima Taquluna Ma La Taf'alun.
Assalamualaikum W.B.T.
Ana...
Sering berjumpa orang marah itu dan ini, padahal dia buat.
Sering berjumpa dengan orang yang berdegar degar bagi nasihat, mulut dah mantap habis, tapi dia juga yang melanggar.
Sering berjumpa orang yang menyuruh kita membuat kebaikan, dan dia berterusan melakukan kejahatan?
Berjumpa orang yang berterusan menyuruh menjaga hubungan ukhuwwah Islamiyyah, tetapi insan di sisi tidak dipeduli.
Berjumpa dengan orang yang menganjurkan memohon maaf sesama makhluk, tetapi dirinya tidak mempraktikkan.
Berjumpa dengan orang yang memprotect keluarga sendiri dan mencerca keluarga orang lain.
Inikah golongan
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (As Saff: 2)
Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As Saff:3)
Maka...
Jika dibicarakan, ana tiadalah ada kemahiran berkata-kata, seringkali kalah dalam ucapan, maka akhirnya ana yang salah. Yang salah itulah ana. Dan tidak pernah betul.
Bersabarlah. Jika diri ini tidak ingat tentang janji ALLAH S.W.T. kepada orang yang bersabar, maka kemarahan menguasai diri.
Pengakhiran itu manis. =)
Wallahu A'lam.