Monday, 26 March 2012

Tidak munasabah.




Assalamualaikum W.B.T.

Perhatian. Statement untuk tajuk, tidak munasabah telah diwarnakan dengan warna merah dan sedikit huraian di sekitarnya. Ia diwarnakan merah kerana ia sangat tidak munasabah.

Pada hari Jumaat yang lepas, PSD Akhawat telah berlangsung dengan gemilangnya. Alhamdulillah. Walaupun ana tak masuk, namun sanggup menaiki Peugeot ke Zaqaziq untuk menyokong rakan seperjuangan. Pelajar Mesir sahaja yang tahu bagaimana keadaan Pijat ini.

Secara tak langsung, program ini telah mengeratkan hubungan antara semua pelajar Iskandariah setiap tahun. Kami sebelum ini, tidak rapat mana pun. Kenal macam itu sahaja. Tapi, pada waktu sukan, semua pelajar berganding bahu mencipta strategi, menyiapkan persiapan, oh, sangat rapat! Yang rock, yang jenis ustazah, yang pendiam, yang liar semua bersatu. Terharu.

Warna untuk Iskandariah ialah merah. Alhamdulillah, banyak stok baju berwarna merah jambu dalam almari. Sebagai penyokong, mestilah ana lebih berminat untuk memakai baju kurung. Lebih-lebih lagi, encik suami tidak prefer melihat ana berseluar walaupun berbaju labuh. Tidak manis katanya. Ganas! Sebagai seorang isteri yang solehah, InsyaAllah, ana akan berusaha untuk mengikut kata suami.

Kumpulan kami banyak memenangi acara luar pintu (outdoor), namun dalam pintu, kalah habis. Oh, apa telah terjadi kepada keayuan dan kemahiran bermain permainan tradisional? Apa juga telah terjadi kepada kemahiran minda dalam menjawab? Acara dalam pintu yang dipermainkan ialah catur, congkak, jenga, regu dan sudoku. Rakyat Iskandariah, kita perlu tajamkan minda lagi! Bak kata encik suami, ganas sungguh pelajar perempuan Iskandariah.

Banyak makanan Malaysia yang terjual di sana. Alhamdulillah, sangat bagus! Lebih-lebih lagi kepada peminat tegar makanan Malaysia seperti ana. Memang laku jualan di sana dengan ramainya manusia bersifat seperti ana di sana. Duit LE 100 diperuntukkan untuk makanan. Alhamdulillah, cukup. Oh, duit ini termasuk makanan encik suami. Tidak manis jika hanya ana seorang dapat makan makanan sedap, namun beliau terpaksa berlapar kan? Tetapi, adakah beliau kisah dengan makanan Malaysia? Duduk negara orang, makanlah makanan negara orang.

Waktu malam talent show pula diadakan. Ehem. Assalamualaikum W.B.T., ada pengumuman di sini, sila baca dengan teliti.

Ana tidak tahu kenapa, tetapi, keberadaan pelajar LELAKI untuk menjaga lampu di dalam dewan sewaktu talent show sangat TIDAK MUNASABAH.

Dewan pun tiada pintu. Oh, sadis. Sewaktu talent show, suara mestilah kuat, diiringi oleh jeritan bak katak dan nyanyian-nyanyian halus. Jadi, keberadaan pintu sangatlah penting untuk menghalang suara ini keluar dan menghiasi telinga kaum Adam di luar sana. Ya, sebagai pengedap udara. Tukang berlakon rasa malu, ana sebagai penonton rasa malu, kamu sebagai penjaga lampu, tiada rasa keinginan untuk mengalihkan tugas kepada beribu pelajar perempuan di dalam dewan?

Semoga kita semua sedar, InsyaAllah. Hidup sebagai pengembara, kena patuh kepada arahan pemilik dunia ini.

Ana juga tidak faham kenapa kita perlu menjerit sewaktu mendapat hadiah. Bak kata kawan ana, bak beruk terlepas. Terjerit terlompat. Sungguh ana malu wahai rakan sekalian. Lainlah kalau ada perempuan sahaja. Mungkin alasan itu diterima. Tidakkah manis dan sungguh ayu sekali jika kita hanya bertepuk tangan secara meriah. Siulan penambah rasa, tidak perlu rasanya!

Pelajar perempuan, tempat kedua. Pelajar lelaki, haruslah tempat pertama, bukan? Kalau tidak, memang dilabel lelaki Iskandariah lembik belaka. Tetapi, ana ada satu persoalan yang perlu dikaji oleh para psikologi. Mengapa, kebanyakan perlawanan yang ana lihat, tuan rumah selalu kalah?

Terima kasih Allah S.W.T. atas peluang ini. Jika PSD dijalankan lagi, ana sangat berminat untuk menyertai, InsyaAllah. :D Kerana Allah S.W.T. suka mukmin yang kuat dan cerdas. Bukan yang hanya terperuk membaca buku. Erk. Ana perlu berubah.

Wallahu A'lam.

Sunday, 25 March 2012

Apabila diri tidak dipeduli.




Assalamualaikum W.B.T.

Haha. Apa punya tajuk itu?

Menarik pula buat font besar macam ini. Senang nak baca kan? Alhamdulillah. Anniversary kami yang julung kalinya, untuk tahun pertama, telah disambut dengan sederhana tetapi meriah. Secara jujurnya, ana seronok menjadi seorang isteri. Walaupun detik-detik pertama perkahwinan kami tidaklah seindah yang disangka (ehem), namun cubalah menjadi isteri yang ikhlas dan baik, InsyaAllah, suami akan terpikat.

Ada gaya doktor cinta tak bertauliah?

Bagaimana mahu menjadi isteri yang disayangi suami? Haha. Macam blog para ibu sahaja. Untuk yang belum berkahwin, boleh cuba praktis dan tanamkan sifat ini. Penulisan ini berdasarkan kepada pengalaman ana sendiri.

1) Layan suami dengan baik.

Walaupun suami macam endah tak endah dengan kita, layan dia seperti biasa. Masak. Basuh pinggan. Buat air. Kadang-kadang, terguris hati itu ada, bila dia tak memberi reaksi positif. Namun, cuba cekalkan hati and tanamkan dalam diri "Aku cinta suamiku kerana Allah S.W.T.". Kita tidak akan rasa terbeban pun dengan segala perilaku negatif malah rasa bahagia sebab kita tahu Allah S.W.T. akan memberi yang terbaik kepada kita.

2) Jangan bermasam muka.

Tak payahlah nak merajuk. Membazir masa. Haha. Trust me, sangat membazir masa. Satu hari, senyap je dua-dua. Tiada faedah langsung. Kalau rasa sedih sangat, nangis jauh-jauh and tanamkan semangat semula. Jangan lupa doa kepada Allah S.W.T. untuk kebahagiaan rumahtangga.

3) Ekspres kasih sayang.

Selalulah menjadi seorang yang membalas racun dengan madu. Walaupun cinta tak berbalas (ecehh), jangan putus asa untuk menunjukkan kasih sayang kepada suami. Always bagi hadiah, masak makanan yang istimewa, tutur kata yang baik dan lain-lain. Jadilah air untuk api yang membara.

4) Ceritakan yang baik kepada orang lain.

Walaupun ribut taufan yang sangat hebat tengah melanda rumahtangga, bila orang lain tanya, jawab yang baik-baik. JANGAN sesekali merendahkan suami, mengata dan lain-lain. Buruk perangai. Kalau parents tanya, jawab yang elok-elok sahaja. Siap tambah pemanis rasa lagi.

"Ohh, suami saya sangat baik, romantik dan bertanggungjawab!"

Walaupun keadaan sebaliknya.

5) Doa.

Doa itu senjata orang Islam kan? Kita ada Allah S.W.T. tempat mengadu. Adukan masalah kita dan berdoa supaya Allah S.W.T. buka hati suami kita. Setiap kali selepas solat, semasa buka puasa, kita berdoa. Have faith in Allah S.W.T.

6) Ingat hadits ini. :)

Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:"Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi).

Betapa tinggi tempat suami di sisi isteri kan?

Ia akan mengambil masa. Ia akan mengorbankan perasaan. Ia akan memerlukan sejuta semangat. Namun, ia berjaya! :D Alhamdulillah. Kemanisan akan muncul akhirnya. Sabar dan jangan putus asa. Let's be a great wife ^^

Selamat mencuba!

Wallahu A'lam.

Wednesday, 21 March 2012

10 Things.





Assalamualaikum W.B.T.

Semalam ana telah membaca fakta yang menarik, which is the 10 best ways to damage your brain. Since I feel that my brain is damaging recently. Haha. Alhamdulillah, keluar kat news feed. Allah S.W.T. planned it. :)

Brain ialah salah satu anugerah Allah S.W.T. yang tak ternilai, seperti yang sudah ana nyatakan sebelum ini. Kita perlu sangat mensyukuri segala nikmat Allah S.W.T., kalau tidak.. Ya. Kalau tidak, maka kita telah kufur nikmat. Salah satu cara mudah mensyukuri nikmat otak dan akal, kita jaga sebaik-baiknya. Otak mungkin lebih nampak dari segi fizikal dan akal lebih kepada kerohanian.

Jom kita cuba sihatkan kedua-duanya!

10 perkara merosakkan otak.

1) Skipping breakfast.

Haha. Me skipping breakfast nearly everyday since kindergarten maybe till now! Kalau kat Al Amin, my breakfast usually on 10 a.m. and at here, on 12 noon. Itu pun, kalau ada maggi. Kami makan dinner sahaja. Yang lain, at your own expenses. For your information, dekat Mesir takda ayam masak merah, mihun goreng, kuay teow dan sebagainya. Makanan harga standard yang mungkin dapat dibeli setiap hari untuk lunch dan dinner hanyalah FAST FOOD, ayam bakar 1/4 (LE 9) nasi hadhramaut (LE 13) dan spagetti serta adik beradiknya.

Ohhh, I forgot, I had my breakfast properly at Al Manar, pukul 7 pagi. Alhamdulillah, bersyukur ada tukang masak. :)

Checked and tick.

Winter at Belfast.

2) Overeating.

Selalunya makan dinner sahaja, mungkin terover eating sewaktu dinner. Erm. Nasi sepinggan dan ayam saiz mini + takleh tambah sebab nasi dah habis, terover eatingkah? But for sure, without sayur =.=. I love veges very much but we rarely prepare them for our meal.

Checked.

3) Smoking.

Alhamdulillah, ana tidak merokok dan sangat benci kepada asap rokok. Semoga Allah S.W.T. memelihara kita semua daripada rokok dan dadah.

Checked.

4) High sugar consumption.

Haha. Me is tawar lady who love to drink air yang tawar. Alhamdulillah. No cordials allowed in my esophagus or I'll have headache for the whole day.

Checked.

5) Air pollution.

98% taxi driver di Mesir merokok. Ana amat terdedah dengan air pollution. 95% (statistik sendiri) penduduk di Mesir merokok termasuk para doktor, penjual hinggalah peminta sedekah.

Checked and ticked.

6) Sleep deprivation.

Err. Haha.

Checked.

7) Cover your head while sleeping.

Oopps. I have to rid this habit. Mungkin kerana winter, I tend to sleep with my head covered. Okay, lets not do that. It's not good for our brain.

Checked and ticked.

8) Working your brain during illness.

Gulp. I always do that. Tidak kira demam mahupun sihat, I'll stressed easily IF I'm not studying. Rasa tidak mahu tidur sebab nak cover semula and capai target, walaupun selalunya tak lepas.

Checked and ticked.

9) Lacking in stimulating thoughts.

I have this problem. Sejak modul yang lepas, GUT, kerana terlampau banyaknya dan peningnya, I have this symptom of giving up. And, macam tak kisah jika gagal. (Sigh) Where's my back up? Calling for my back up! Astaghfirullah. Dan sekarang ana lebih berminat untuk berehat daripada berfikir, and the worst, ana tak kisah pun kalau tak study.

Checked and ticked.

10) Talking rarely.

Intellectual conversations will promote the efficiency of brain. So, lets talk intellectually daripada cakap benda kosong.

Checked and adakah perlu tick? Err.

Egypt really give me bad memories. Need a super panjang karangan to tell you why. 6/10. I'm damaging my brain! Astaghfirullah. Dengan ini, oath akan dibacakan dan semangat akan dinaikkan, untuk kebaikan semua. Sila support ya. Ya Allah, help us. I'm sinking deeper and deeper. T_T. And crying turned to be my hobby now. But, I really dont wanna lose with syaitan and be their friend.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya." (Ibrahim: 34)

Allah S.W.T. kira usaha kita walaupun outcome teruk. Dan jika teruk, Allah S.W.T. nak kita perbaiki lagi. :)

Wallahu A'lam.

Monday, 19 March 2012

Gum and Gummies.




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, sedikit sihat walaupun rasanya berat turun mendadak. Unhealthy foods everywhere. My gigi much more better walaupun tetiba rasa iron dekat taste bud. Darah still keluar lagi? Yup. But, only a little. My gum berasa trauma agaknya.

Suitable for vegetarian. Haha. Lambang ini paling bahagia sekali kalau dekat UK mahupun Ireland. Dekat shopping complex, banyak sangat chocs and food yang suitable for vegetarian. Cupcakes, cookies, gummies, cereals, etc. Yummy. Alhamdulillah. What I want to say is, mereka sangat strict dengan lambang suitable for vegetarian. Tidak macam segelintir rakyat Malaysia, yang mempermainkan lambang halal.

Kalau ada sedikit keraguan, makanan itu tidak akan diluluskan. Betapa disiplin syarikat pemakanan mereka. Syarikat Malaysia yang kurang beriman sikit, ramai je yang membuat pemalsuan tanda halal. =.= Melihat kedisiplinan mereka, kita sebagai pengguna rasa sangat safe. Tanpa sekelumit rasa ragu-ragu. Free from syubhah.

Ana setuju, jika JAKIM ingin mengeluarkan tanda Non-Halal. Memandangkan sesetengah pengguna, asal takde lambang halal,"hmm, halal kot. Syarikat ni malas nak buat application." Amboi. Beraninya kamu.

Pernah satu kedai makan Melayu (kalau tak silap) kecoh tak halal, kedai warung kot, and lepas JAKIM buat pemantauan, takde tindakan yang boleh diambil. Why? Sebab memang tokey kedai tak cakap kedai dia halal. Dia senyap je. Cis. Husband ana pernah tanya dekat Baskin Robbin tentang status kehalalan. Yup, and perisa yang tak halal sudah dicancelkan. Erk, pernah ada ke yang tak halal. Ha'ah, ada perisa yang diletakkan arak semasa pembikinan.

Senang dan aman jika semua tahu berdisiplin. Semua tahu responsibility. Semua tahu hukum dan akibat. Tiada jenayah. Semua bermula pada diri sendiri. Jom berusaha~ Ya Allah, tolong kami dan jangan Kau biarkan kami.

Asah minda :) Down :(

Wallahu A'lam.

Wednesday, 14 March 2012

Sharpen wisely.




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, tadi jumpa doktor gigi. Sangat pedih. Lebih 36 del. Eceh. Ana telah menjalankan root canal treatment, seperti yang diberitakan sebelum ini. Dan treatment itu telah menemui kegagalan. Failure. Dan pada akar gigi, terdapat nanah-nanah. Kalau gigi depan, nanah itu boleh dibuang melalui pembedahan. Gigi belakang?

I loveeee to buy activity books. Macam Sudoku, Brain Teasers, Kakuro, dll. I hope my brain work faster and more creative with these activities. Kalau lawan game dengan orang lain, laju sikit mindaku berjalan, InsyaAllah. I'm appreciating so much anugerah yang telah Allah S.W.T. bagi. To show my penghargaan, I must use it wisely and tidak terlibat dengan perkara haram.

BUT, buku-buku yang ana beli, jarang akan habis. Selalu ada excuses. Bukankah itu membazir? Bazir = Syaitan's friend! Tidak mahu yaaa kawan-kawan. Nanti dia tarik ke neraka.

Azam baru, ana akan berusaha untuk memanfaatkan buku-buku tersebut! Mungkin perlu ada jadual untuk lebih berdisiplin. Azam baru tak perlu tunggu awal tahun, birthday, setiap saat kita boleh sematkan azam baru. Ada sesetengah orang, kalau dia bangun dengan benda sedih or frustating, sepanjang hari dia akan sedih.

Nope, don't think that way! Setiap masa kita boleh berubah. Even 10 minutes before exam, masih boleh baca buku, masih boleh mengubah nasib, masih ada masa untuk mendapat jawapan yang betul. (Thats my way. Hehe. Walaupun ada banyak palar motivasi tidak menasihatkan membaca buku di saat-saat akhir.) Walaupun pagi frustating, kita terus tukar mood sendiri, terus set azam untuk memanfaatkan the rest of the day. Daripada hambar sepanjang hari, kan?

Jom asah minda. Jangan malas wahai saya. Man kasala, fasada.

Wallahu A'lam.

Sunday, 11 March 2012

How to Fight This Habit?




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, minda masih baik. Tidak terdapat infection mahupun disorders. Banyak benda yang kita sangat grateful setiap hari. Of course. Alhamdulillah for my eyes, hands, ears, sight, brain, money, knowledge, etc. Bila kita rasa kita miskin, actually kita banyak sangat nikmat yang boleh kita besyukur. Yang perlu kita bersyukur. Yang, kalau Allah S.W.T. tarik, memang terasa depression yang berlarutan jika tidak punya iman.

Readers (eceh), ana ada satu masalah yang sangat kronik. Astaghfirullah, and this problem, if I not correcting it, it will be a huge problem! Apakah itu?

I sleep in the morning, I sleep in the night, I sleep in the evening, sleep very tight. Siap boleh buat lirik. Hypersleepism. Me sleeping queen. Ana sudah memikirkan beberapa cara mengatasi. Yang pasti, ana perlu disiplin dengan program yang bakal dilaksanakan secara gaya askar kepada ana.

1) Tidur awal.

Ana tak pasti, bolehkah cara ini diaplikasi kepada diri sendiri. Kerana sebagai medical student, banyaknya pelajaran yang perlu ditelaah dan dihafal setiap hari. Ia meresahkan untuk tidur awal, kerana ana still akan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Bangun pukul 4 pagi? I tried that for 22 years in my life (termasuk masa baby ke? hehe), and tak pernah sekali pun menjadi.

Sewaktu di Al Manar, boleh KIRA berapa kali ana tak tidur time halaqah lepas Subuh. Kalau tak tidur, sungguh ana amat berpuas hati dengan pencapaian cemerlang diri sendiri. Selalu je kena maki sebab tidur halaqah Subuh. Ana tahan kantuk sampai sangat pening. Rasa mahu tidur dalam tandas sangat membuak-buak.

2) Tidak tidur terlalu lewat.

Jika berasa resah untuk tidur awal, mungkin ana perlu hadkan masa. And berhenti, untuk tidur. Cara ini sesuai, InsyaAllah.

3) Tidak tidur lepas Subuh.

Cara ini paling mantap. Bagaimana? Selepas Subuh, kita mulakan hari dengan melakukan aktiviti yang dapat membuka mata. Contoh; lipat baju, masak, basuh kain, dll. InsyaAllah, selepas itu, rasa mengantuk akan hilang. Jangan lupa makan breakfast dan minum air mineral. Mengantuk sangat menganggu konsentrasi dan menyebabkan pening yang berpanjangan jika ditahan-tahan.

Ana pernah, mungkin selalu sahaja tertidur semasa sedang gotong-royong. Semasa kelas, sudah tidak dapat dinafikan lagi.

4) Azam yang tinggi.

Sematkan dalam minda, if I sleep after Subuh, ana akan tidur dan sambung dan akan tidur lagi, dan bangun semasa kepala sudah pening dengan rasa penyesalan yang sangat sangat tinggi. Jangan menyesal di kemudian waktu, wahai diri! Boleh dijadikan memo di dinding.

5) Suruh kawan rejam.

Haha. Jangan rejam dengan batu.

InsyaAllah, dengan disiplin yang tinggi menggunakan metod 2, 3, 4 dan 5, ana dapat control diri supaya bangun awal dan tidak tidur. Namun, jika sudah terlampau melampau terlampau pening, maka tidurlah. Itu yang terbaik. Tetapi, tidur 15 minit sudah. Deep sleep yang berkualiti. Ya Allah, pimpin diri kami supaya menjadi lebih berdisiplin. Lebih berdisiplin. Lebih berdisiplin.

Semoga mendapat manfaat. Anyone ada idea yang lebih menarik dan berkesan? :)

Wallahu A'lam.

Monday, 5 March 2012

Futur - Not breakfast.




Assalamualaikum W.B.T.

Today March 6th, teringat musim mari kahwin around tarikh musim ini tahun lepas. Hampir setiap hari, ada sahaja kenalan yang mendirikan rumah tangga. Hari-hari syaitan menangis. Haha.

‎"(Pujukan orang-orang munafik itu) seperti (pujukan) syaitan ketika ia berkata kepada manusia, "kafirlah kamu!" Kemudian ketika manusia itu menjadi kafir ia berkata, "sesungguhnya aku BERLEPAS DIRI dari kamu, kerana sesungguhnya aku TAKUT kepada Allah, Tuhan Seluruh Alam." (Al Hasyr: 16)

Selepas menyesatkan, syaitan berkata, ana bari'. Kalau kat Al Manar, istilah ini untuk menunjukkan, saya tidak bersalah. Selepas menyesatkan, tidak bersalah. Syaitan memang kategori penipu. Kalau tak silap, ada ayat Quran, syaitan kata, kenapa ikut aku dulu? Jom duduk neraka sama-sama. Ceit. Wal 'Iyazu Billah!

Hari sekian, ana ada dengar tazkirah. Tajuknya futur. Maksudnya ialah, breakfast. Jika futur bil Tho', kalau bil Taa', rasa semua dah tahu kot. Hehe. Ohhh. I'm not the right person to talk about this. Tetapi, yelah, tak nak juga kedekut ilmu. Ana dan anda semua, jom kita try lumatkan.

Maksudnya ialah tercicir. Ye, tercicir. Orang dah habis jadi doktor, kita masih tercicir di belakang, merangkak atas kesalahan sendiri. Orang dah berubah ke arah yang lebih baik, kita tercicir juga. Sombong agaknya. Orang dah membuat banyak perubahan, kita tercicir juga. Masih di takuk lama. Tak tercabar ke tengok orang lain? *That's my style. Hehe.

Kenapa tercicir? Why? Setakat yang ana dapat fokus (maklumlah tahap fokus tak tinggi mana); oh. Ini ialah faktor tercicir dari aspek individu. Kita sendiri.

1) Tabi'i yang tidak tetap. Wahhh. Mula-mula tak faham. Tabi'i? Perbuatan/asal? Okay, maksudnya ialah pendirian yang tidak tetap. Contohnya; kita ada 2 orang kawan. Apabila seorang itu mula merudum, kita jauhkan diri. Bila dia naik, kita menyendel (wujud ke perkataan ini?). Lupa tujuan asal berkawan agaknya.

2) Hidup tertekan. Dengan erti kata lain, bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku kepada diri, keluarga, rezeki. Bila dia hanya menyibukkan diri dengan rasa tertekan, dia pun terkebelakang. Asyik takut pangkat kena ambil, rezeki hilang, fikirkan benda-benda macam ini sahaja. Walhal, banyak lagi perkara yang boleh diambil guna untuk selesaikan perkara ini.

3) Terlampau syadid. Mungkin karena, bila dia dah menekan diri sangat-sangat, akhirnya dia pun letih. Letih sehingga kembali kepada asal. Macam orang berubah abruptly, kawan ana, ada yang daripada tudung kecil terus pakai tudung bundar labuh tu, sampai pusat. Sekejap sahaja bertahan. Ramai yang tewas dengan cara sebegitu, Illa Qaleel. Kita usaha sikit-sikit. Macam orang solat malam banyak banyak banyak, (kepada badan pun ada haknya), sampai suatu masa, dia sangat letih and at the end, berminggu-minggu tak solat malam langsung.

4) Terlampau bermudah-mudah and longgar. Ini yang jenis terlebih husnuzzon. Haha. Nampak je satu pasangan yang mencurigakan berjalan bersama-sama, bersangka baik dahulu. Ahh, adik beradik kot. Mungkin lebih patut, kita bertanya. Seperti apa yang terjadi kepada ana dan Qarafi di Arabiata, Kaherah. Kami tengah beli makanan sambil borak-borak berdua, tiada orang Melayu yang kami perasan kat situ. Tiba-tiba,

"Assalamualaikum." Sapa seorang ustaz. Setelah bercakap sedikit dalam 1 minit, terus, "WIFE ke?" Pandang-pandang. Haha.

"Ya," kata Qarafi. "Tengah buat rondaan ehh? Haha." Senyum.

"Eh, takdelah." Borak-borak.

Somehow, kami kagum dengan ustaz tersebut dengan keberanian beliau yang rasanya amat kurang di bumi Iskandariah ini! Mesti ramai pasangan tak halal di Kaherah berdesing telinga. Keh3.

Contoh yang lain, bermudah-mudah dalam solat. Tutup aurat. Still tutup tapi dah atas pagar. Sat lagi dah masuk kategori tak cukup syariat.

5) Terlalu menonjolkan diri dan bermegah-megah. Faham kan? Perkara ini tak lama, merugikan je, dan menyesatkan. Riyaa' itu syirik kecil. Banyak adik-adik, bangga. (=.=) Pakai handphone mahal sikit, bangga. Dll. Ya Allah, peliharalah kami.

6) Cemburukan orang lain. Mengikut hadis Rasulullah S.A.W., dengki boleh pada 2 benda sahaja. Diulangi, BOLEH tapi 2 sahaja. Cemburu kepada orang yang diberi harta, supaya dia dapat beramal dengannya, e.g. sedekah, bantu anak fakir dan miskin, bagi duit kat hospital, dll. Dan orang yang diberi ilmu, sebab dia pun nak ajar orang juga.

"Wa min syarri hasidin iza hasad." Cari sendiri maksud. Hehe. Horror betul sifat mendengki ni, sampai surah ini selalu dijadikan surah amalan! Yelah, dengki kakak kaya sikit, terus hantar jin. Dengki orang lain pandai sikit, terus belasah lantas membunuh. Hmm. Tak cam ke surah apa? Muka surat last sekali dalam Al Quran. Jangan cek part doa khatam ye adik-adik.

Bak kata perkataan common Sakinah Binti Zamani dalam buku biodata rakan-rakan, "Binalah Islam dalam dirimu, agar Islam tertegak di sekelilingmu." Ana banyak sifu. Alhamdulillah. Especially di Cairo. Bait Hunayn. Hek3. Ajarkan yaa. Mari kita saling berbalas pendapat.

Belfast, United Kingdom. :)

Semoga semua dapat manfaat! Terima kasih.

Wallahu A'lam.

Thursday, 1 March 2012

The Trip: Dublin and Belfast.




Assalamualaikum W.B.T.

Sungguh. Bukanlah diriku mahu membuat kontroversi. Perancangan ke Dublin dibuat pada saat akhir. Tiket dibeli sehari sebelum. Berharga 38 pound. Alhamdulillah, banyak hikmahnya dan best pergi Ireland :) Dublin dan Belfast bukanlah dalam negara yang sama. Macam Sarawak bersambung dengan Indonesia.

The interestings;

1) Dapat berjalan dengan Qarafi :D

Jam di stesen keretapi menunjukkan jam 8 lebih. Masih awal.

Sulha bertolak dari rumah dalam pukul 7.30. Takut tertinggal keretapi yang berjadual jam 9.30. Padahal stesen dekat je. Hehe. Menaiki tube, dan sampai ke stesen. Dalam pukul 8. Semalam dia sudah mengikat janji dengan suaminya untuk bertemu di pintu utama.

Kelibatnya masih belum kelihatan. Breakfast dahulu sambil buat sepah dengan serpihan biskut yang hitam dan sedap. Hehe. Relaks dan relaks dan berehat. Dalam waktu yang lama. Tiba-tiba, Sulha tergerak hati untuk melihat papan kenyataan. Tren ke Holyhead sudah menunggu di platformnya. Dia tergerak untuk bertanya seorang pak cik tentang waktu ketika itu.

"9.15." (Jika tidak tersalah) Astaghfirullah! Mana encik suami ni. Kes lambat bersiap (lagi) lah ni.

Tanpa membuang masa, Sulha pergi ke platform. Alhamdulillah tak jauh. Lagi 10 minit rasanya! Mengeluarkan tiket tergesa-gesa. (Gate dah tutup. Sobs) Masuk ikut gate lain. Dia bertanya seorang penjaga gate.

"Did you see any Malaysian people here? Going to the train?"

"Yeah."

Alhamdulillah, sedikit lega, tapi masih tak nak relaks lagi. Entah-entah orang lain! 9.26. Alamak. Tren ini sangat famous dengan punctualnya! Sama seperti tren Mesir. Ana kagum :) Berlari-lari seperti mahu menangis.

"Tak kan nak pergi Dublin sorang-sorang? Macam mana nanti?" T_T

Nak naik tren atau tidak. Ini bukan train pergi tempat dekat ye. Ini train ke negara lain! Bukan macam tube. Yes or no. Yes or no. Okay, naik sahajalah. Pandai-pandai mereka nanti. Naik ke dalam tren. Kemas-kemas barang. Sudah berkira-kira mahu meminjam telefon bimbit pak cik kerusi hadapan.

Dan badan pun pusing ke depan, mahu memulakan langkah meminjam. Dan, maka arakian masuklah 5 orang jejaka bertuah. YA ALLAH. Alhamdulillah! Kalau itu anak, memang semua kena pulas telinga. Haha. Termengah-mengah. Dan bermulah saat membebel kepada encik suami.

Yalah, tren pukul 9.30, memang patut kita keluar rumah pukul 9 lebih. Mungkin tube ada kuasa flash.

Bersyukur kerana ALLAH S.W.T. tidak membiarkan ana berjalan seorang. Bersyukur kerana mereka semua dapat masuk sebelum pintu tutup. Bersyukur kerana tidak dihukum oleh ALLAH S.W.T. atas kesalahan lambat.

Azam: Jom jadi punctual!

2) Dapat menjelajah lebih banyak tempat.
Giant Causeway sangat menarik :D Scenery yang cantik. Orang yang baik budi pekerti. Bersih.

3) Dapat berkenalan dengan akak-akak yang best.
Kak Atiqah, Kak Ed, Kak Farhana, Kak Farahin, Kak Yuyu, Kak Sufi dan lain-lain. Dan ana jumpa Atiqah Asmadi! Mengambil sifat dan semangat mereka. Mahu menjadi seperti mereka.

4) Dapat beli coklat yang banyak.
Haha. Borong coklat yang pelik dan murah. Kat Ireland, bukan setiap hari Sabtu sahaja tiada plastik, bahkan setiap hari. Menjaga environment.

Pengajaran kepada ana;
1) Menjadi orang yang berdisiplin.
2) Menjadi orang yang punctual.
Ana harap ana tidak teruji dengan musim sejuk, yang menyebabkan semua kerja terbantut. =.=
3) Mengamalkan sifat mahmudah.
4) Tidak menyusahkan tuan rumah.
5) Generate money and pandai menguruskan wang.
6) Merancang perjalanan.
7) Credit card!
Ohh, betapa crucialnya keperluan kepada credit card di Eropah.

Pertama, dapat beli barang dengan lebih murah dan cepat. Tiket Qarafi ke Paris, 40 euro. Mine, 97 euro. And that's the cheapest at the time. Tiket ke tempat menarik and hotel juga lebih saving jika beli secara online.

Kedua, dapat book hotel. Takdelah sampai di destinasi, baru nak cari and jelajah semua hotel yang ada. Itupun, kalau ada kekosongan. Biasanya hotel murah, cepat full.

InsyaALLAH. Supaya dapat lakukan dengan lebih baik untuk trip akan datang. Supaya dapat belajar dengan kesalahan lalu. Terima kasih ALLAH S.W.T. atas semua ini :) Moga kita semua menjadi Muslim yang lebih baik.

Oh, apakah kontroversi itu? Nantikan statement.

Wallahu A'lam.