Thursday 2 February 2012

Tooth - Penguat Ikatan.




Assalamualaikum W.B.T.

Al kisah, pada hari Jumaat bertarikh sekian-sekian, kerana SEbatang gigi yang berlubang, ada insan yang demam. Maka, bermulalah episod kemengada-mengadaan yang sangat mengada!

Haha. Gigi itu gigi ana. Gigi yang sedang diroot-canal treatmentkan. Maka, yang mengada, ana :) Mangsa? Ohh, semestinya suamiku. Kih3.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Kerana, seawal pagi, sudah menghantar ke hospital, dan doktor gigi masih belum ada.

Kerana, membelikan makanan yang sedap, untuk mengisi perut yang kosong.

Kerana, menjaga, meneman, membelai, mengurut tanpa merungut.

Kerana, menyediakan air suam dan cuka, (petua pilihan setelah menggOogle), malangnya tidak berapa menjadi. Haha.

Kerana, memasak bubur, apabila isteri hendak makanan lembut.

Kerana, menyediakan air yang sedap, untuk membasah tekak.

Kerana, meneman ke hospital kali kedua di waktu malam, sewaktu insan sedang berehat.

Kerana, sentiasa terSENYUM sepanjang hari, menolak ajakan rakan, katanya,"bini aku sakit. Aku hendak jaga." Tidak boleh tinggal.

Tidak lupa kepada tuan punya ghurfah, yang tidak lokek untuk memberi, tidur di atas sofa di ruang tamu sehingga malam. Juga kepada sahabat serumahnya.

Sungguh, semoga ALLAH S.W.T. memberikan Rahmat dan Barakah yang tidak terhingga.

Gigi berlubang, ada hikmahnya. Tidak ALLAH S.W.T. jadikan setiap perkara itu dengan sia-sia. Yakinlah. :)


Alhamdulillah, we are ALMOST one year! :D Wow, how time flies. Kisah bergelar suami muda, akan dibukukan, InsyaALLAH. Ya, kami hendak cuba tulis buku. Keh3.

Kami tengah exam. Doakan yaaa ana yang selalu lalai ini =.=. Hish. Macam mana nak jadi isteri solehah kalau begini.

Wallahu A'lam.

8 comments:

  1. so sweet.hihi.moga kekal sampai syurga.insyaAllah..
    and all the best untuk buku tsbt.;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Terima kasih atas doanya! Semoga anti mendapat yang lebih baik lagi, InsyaAllah ^^

    ReplyDelete
  3. sakit gigi ke??siannya...g buat rawatan akar kat mana?

    ReplyDelete
  4. Syimi > Buat rawatan dekat Hospital Nur Al Islam, Mesir :)

    ReplyDelete
  5. mesir??akak kat mesir ke skrg ni?

    ReplyDelete
  6. Zunnur 'Ain -> Terima kasih. Doakan yaa supaya kekal hingga ke syurga, InsyaAllah :D

    ReplyDelete