Tuesday 10 January 2012

Katak pekak lebih berjaya.




Assalamualaikum W.B.T.

Kita berpendapat sedikit. Hehe. Apakah yang perlu ada pada sistem pendidikan sesebuah sekolah? Memang paling utama, didikan Islam. Penting sangat-sangat, lebih-lebih lagi untuk pembawaan time masuk universiti nanti and seterusnya. Biasa, time universiti, ramai orang hanyut. Ramai sangat. Tetapi, ramai juga yang berubah jadi baik. Bergantung kepada manusia dan suasana. Dan juga keinginan.

Ramai orang, hukum sesimple pun tak tahu. Bukan sengaja, tetapi memang tak diajar, and kalau diajar pun, cikgu tak tekankan sangat. (itu yang menyebabkan ana sedikit anti akan sekolah kebangsaan. hehe.) Cikgu, kenalah rasa tanggungjawab. Masalahnya cikgu pun sama. Cikgu juga tidak mendapat didikan yang sepenuhnya.

Itu memang crucial, namun ada benda yang tak boleh dilepas pandang. Kita, bila nak buka sekolah, mesti ada visi dan misi yang hebat-hebat. Melahirkan insan Rabbani. Ya, itu satu tujuan yang murni. Namun, aspek lain kena diambil kira. Jangan melahirkan insan Rabbani yang hanya pandai dalam bab agama.

Bab sukan. Bab berbahasa. Bab kemahiran diri. Pun perlu diambil kira. Adalah menjadi hak seseorang pelajar untuk belajar banyak perkara baru di sekolah. Dia ada hak untuk mendalami ilmu seni pertahanan diri, badminton, memasak, berniaga, berdebat, bertanding dengan sihat di samping cemerlang dalam bidang akademik dan agama. Namun, ada sesetengah institusi yang hanya memandang enteng dalam perkara ini.

Time belajar, minda yang perlu dicreate dan dikreatifkan sehabis mungkin, dibazirkan begitu sahaja. Bila masuk universiti, kawan-kawan lain experience macam-macam, banyak bidang ilmu dan kemahiran yang dicover. Namun? Sudah menjadi tanggungjawab sekolah untuk melahirkan seseorang yang boleh menghadapi masa depan dengan cemerlang. Banyak pencapaian yang diterima. Senang untuk application di universiti atau memohon biasiswa.

Sedih bila dengar ada yang keluar, bilangan makin berkurang. Namun, dalam hati, ana menyokong perkara tersebut. Dan sedikit gembira, kerana mereka akan pergi ke tempat yang baru, di mana hak mereka sebagai pelajar, lebih terjamin. (tapi kena pergi institusi yang baguslah. jangan pergi sekolah kebangsaan. ops).

Yang paling ana terkilan, sehingga kini, tiada pendedahan tentang alam selepas persekolahan. Bagaimanakah hendak memohon? Biasiswa? Bidang? Tiada langsung yang kisah. In the end, ramai yang belajar menggunakan wang ibubapa. (sebab tak tahu rupanya boleh minta scholarship. upu pun pakai isi je. tak fikir dengan betul sebab tak tahu implikasi). Alhamdulillah, ramai ibubapa yang mampu untuk membayar yuran universiti dengan wang sendiri. Tapi, ana still terkilan. Pelaburan, melancong ke luar negara, menimba ilmu, berjalan, belanja, masih perlu meminta duit ibubapa. Padahal, keputusan lebih baik daripada perlu meminta-minta.

Apabila kita memberi pandangan, memberi cadangan, maksudnya kita mahukan yang terbaik untuk institusi tersebut. Mahu ia membangun. Pencapaian yang tinggi. Bidang akhlak, akademik, kemahiran. Namun, seringkali disalah tafsir sebagai tidak mengenang budi. Ya, sering begitu. Namun, kita juga akan menjadi mundur jika mendengar segala cacian dan menjadi tidak bergerak. Katak pekak lebih berjaya. Mari kita berganding bahu, sama-sama membangun. Tak nak pandai cakap je.

Jangan terburu-buru membina institusi baru, bangunkan apa yang ada dan kukuhkan hingga mencapai steady state. Berikan pelajar hak mereka untuk mengenali dunia. Selamatkan generasi akan datang.

YA ALLAH, bantulah kami.

Wallahu A'lam.

1 comment:

  1. sebab kenape banyak ade institusi baru sebab sume org dah ade duit banyak and nak create their own institute instead of working under other people..

    plus tu ikut aturan deman and supply...lagi banyak demand untuk budak2 nak masuk uni...lg banyak org nak supply..

    =D

    ReplyDelete