Sunday, 26 February 2012

The Trip Part 1




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, beberapa keping gambar dah ada. Need to buy a camera. Keh3. Qarafi, take note. :P

Setiap perjalanan tak lari daripada kesilapan. Jaulah ini juga begitu. Ana abadikan di sini, untuk dijadikan pengajaran kepada mereka yang lain. But, I love this trip! Alhamdulillah. I met amazing people, amazing surroundings, amazing world created by ALLAH S.W.T. InsyaALLAH, I will do better for the next trip.

Tolong, saya perlukan guru bahasa Inggeris. =.= Dan juga guru Korea. Hihi.

Kami terbang menaiki Egypt Air; A Member of Star Alliance. Tapi, serious Misr Litthairan kali ini sangat besar dan cantik. Not like a typical Egypt Air. Harga tiket CAI - LHR, CDG - CAIR, LE 2650. LHR stands for London Heathrow and CDG stands for Charles De Gaulle. Kami punya flight pukul 9.30, so kami bertolar dari Alexandria dalam pukul 1.30 pagi menaiki Delta Bus terus ke Cairo Airport. Harga tiket, LE 45.

Di airport, sila naik shuttle bas sendiri kerana bas tak hantar sampai dalam. Arrived at airport, sekejap sudah azan subuh and pray ^^. Dinasihatkan kepada saudara-saudari untuk membeli makanan sebelum ke airport (ana beli Abu Rabi') or masak sendiri kerana makanan di airport limited and sangat mahal. Tak worth dengan fries seciput tu.

Seperti biasa, ana yang tidak bervisa ini, Haha, memerlukan wajah yang kesian dan kad pelajar untuk tidak membayar denda. Tidak ku sangka my husband juga tidak bervisa! Sesiapa yang rasa dia tiada visa, sila spare 400 genih dalam tangan, kita akan melalui dua kali immigration Mesir. Sekali keluar Mesir and sekali lagi masuk Mesir. Baca doa banyak-banyak. Semoga ALLAH S.W.T. menerangkan hati mereka. Alhamdulillah, kami berdua tidak didenda. (Bukanlah daku sengaja tidak bervisa).

Oh, ada peristiwa di tempat check in. My husband and friends tak ambil itinerary ticket diorang. =.=. Alhamdulillah, dekat tiket ada nombor E-Ticket. Biasanya, tiada. Tapi, kalau tiada, masih ada alternatif lain. Sila hubungi agent tempat anda beli tiket and tanyakan nombor E-Ticket anda.

Perjalanan Cairo - London mengambil masa dalam 4 hingga 5 jam. Di Airport London, ada prayer room tapi multifaith! And tandas mereka tiada air, so sila bawa botol or gelas sendiri. Kad HSBC boleh draw duit daripada mana-mana sahaja ATM yang ada, jangan risau :D Di airport, kami merancang perjalanan. Atas nasihat seorang kawan, kami membeli London Pass untuk dua hari, 54 pound. And ticket bus hop on hop off untuk dua hari, unlimited 27 pound. And here's the result.

1) London Pass boleh digunakan di banyaaaaaaaaaaaak sangat tempat and kami dapat berjimat lebih daripada 100++ pound. Kalau tidak silap, hari pertama sahaja, ana dapat jimat 70++ pound which is dalam 700 genih. But, London Pass tak cover untuk 4 typical attractions of London; The London Eye, The London Dungeon, Madame Tussauds and The Sea Life.

4 tempat ini pakej tersendiri. Kalau beli ticket untuk empat tempat, jimat 25%. Kalau untuk dua tempat, jimat 10% dan lain-lain.

2) Bus Hop on Hop off. Ana rasa satu kerugian untuk beli this ticket sebab kami tak guna pun. Ticket ini hanya boleh cover untuk The Big Bus yang ada di tempat-tempat tertentu. Kami guna ticket all day unlimited, berharga 7 pound (kalau tak silap) jika beli selepas pukul 9 (off peak) and boleh guna sehari. Sah diguna untuk bas and tube. 7 pound untuk Zone 1 and Zone 2. 2 zone ini sudah cukup besar, actually. And sangat menjimatkan. Pengajaran untuk kita semua. Hehe.

Dari airport, kami pergi ke rumah Kak Sakinah dan housemate yang super baik, Subhanallah, di Bartlett Close, East London, menggunakan airport taxi yang berharga dalam 110 pound. Hahaha. Suppose, kami tanya akak tu dulu, macam mana nak ke rumah mereka menggunakan tube mahupun bus, sebab actually, harganya murah sahaja. Qarafi pula tinggal di Malaysian Hall, London di Bayswater. <3

Pengajaran untuk hari kemudian :)




Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana ALLAH telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian ALLAH akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (Al Ankabut: 20)

Wallahu A'lam.

2 comments:

  1. wah. tips yg patut pandang.
    thanks saibah.

    mencari peluang rezeki ke london
    tapi rasanya mcm lambat lagii >.<"

    btw, nape xduduk kt msian hall?
    xde tempat utk girls ke?

    ReplyDelete
  2. Iezy Comel; If Allah's will. Doa :) Kenapa tak duduk Malaysian Hall? Sebab nak jimat duit. Hehe. Bajet tak banyak T_T

    ReplyDelete