Friday, 24 February 2012

I D Q




Assalamualaikum W.B.T.

Hari ini ana masih stuck di Kaherah. Di rumah rakan Al Manar. Haha, bukan selalu duduk sini lama-lama. Berehat sebelum memulakan hari-hari yang hectic sekali lagi. Hari-hari yang hectic yang sedar tak sedar dah cuti summer. Kih3. Malaysia, InsyaAllah.

Dalam pukul 10.00 pagi tadi, rakan ana yang makin-makin hebat ini, jadi penceramah untuk kertas Interaksi dengan Al Quran; Bila Hati Berbicara. Memang best. Haha. Ana suka dengan cara penghuraian dan contoh yang diberi. Terima kasih dengan tunjuk ajar. Boleh ana bentang dekat adik SC.

Ana bukanlah orang yang sesuai untuk menjadi kakak SC. But, I love to try and I love to learn how to. Mari amalkan hidup yang sihat :)

Semua orang rasanya ada Al Quran. Kalau ana kata, seluruh ayat Al Quran itu daripada ALLAH S.W.T.? Percaya ke tak? Ya, kita kena yakin! Untuk memahami dan menghayati Al Quran, kita kena yakin bahawa semua ayat Al Quran daripada ALLAH S.W.T. Tiada tambahan daripada tukang pencetak, para pengkhianat dan lain-lain. Jauh sekali kata Nabi Muhammad S.A.W.

Gaya bahasa, lentok, irama, sudah membutakan penyair. Step pertama itu perlu ditanam dalam hati. Untuk isi yang lain, kita nantikan. Tanamkan yang ini dahulu. Selamat mencuba!

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment