Turning point untuk ana mula-mula untuk berhenti membeli barangan yang perlu diboikot, bila ana ada tengok video, sekumpulan rakyat bukan beragama Islam, menyanyi dekat shopping complex, signal untuk shopping complex tersebut kerana menjual barangan kepunyaan mereka yang tinggal di atas stolen land. Kata sokong keamanan.
Lebih kurang begitu. Dan tidak lama juga, ana ada melihat status seorang hamba ALLAH S.W.T., lebih kurang begini, "Demi ALLAH, aku tidak akan boikot." Dan keterangan selanjutnya. Ana juga ada membaca artikel dari majalah I, dikarang oleh seorang Protaz, tentang tidak perlu untuk memboikot. Kerana mafsadah lebih banyak daripada manfaah. Mafsadah = keburukan. Manfaah = manfaat.
Berlainan pula dengan kawan-kawan ana, ramai yang memboikot. Siap nangis lagi kalau tengok orang beli barang boikot. Nak kata betapa sedihnya dan hancus hati. Kalau dia datang rumah, nak beli kentaki frai ciken pun serba salah! Sampai boleh buat peribahasa, bunyinya lebih kurang begini,"umpama muslimah masuk KFC."
Apa-apa pun, dalam hal ini, ana teramatlah jahil, tidak mengetahui aliran wang, kalau duit KFC Malaysia masuk mana? Berapa persen kerugiaan umat Islam yang bekerja? Kenapa McD lebih teruk daripada KFC? Dan lain-lain.
Orang yang mengambil jurusan agama sebagai aliran utama, ada pandangannya. Para professional (doktor, jurutera, dll) yang belajar agama (bukan aliran utama), ada pandangannya. Dua-dua pihak ada hujahnya. Dua-dua sudah mengkaji. Hujah masing-masing kuat. Masing-masing professional.
Tapi ingat, RAIkan pendapat orang lain. Jangan menuding jari. Masing-masing sudah berijtihad. Masing-masing sudah berusaha. Betul atau salah pendapat itu, hanya ALLAH S.W.T. yang tahu. Ijtihad untuk mencari fatwa itu pun sudah diberi pahala.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.;
إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ فَأَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ فَأَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ
Maksudnya;“Apabila seseorang hakim itu berhukum. Dia berijtihad, lalu benar ijtihadnya, maka baginya dua pahala. Apabila dia berhukum. Dia berijtihad, lalu salah ijtihadnya, maka baginya satu pahala sahaja" (Abu Daud: 3103)
Sekarang? Ana menyokong barangan usahawan Muslim. Tak kisahlah bangsa apa pun. Tapi, kalau macam Microsoft tu, tak seronot la nak pakai StarOffice mahupun Linux.
Hormati pendapat orang lain. :)
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment