Thursday, 29 December 2011

Not truly Donashi.



Assalamualaikum W.B.T.

Senyum dan bersyukur. :) Alhamdulillah, musim sejuk sekarang. Dapat makan buah strawbabies! Polyphagia and polyuria pun ada. Bukan Diabetes Mellitus. Keadaan normal satu musim sejuk. Walaupun polyphagia, rasa nak makan banyak, namun entah mengapa tekak ana semakin memilih. Ada kala nak makan ayam. Ada kala tak nak makan ayam, tetapi nak sangat makan telur goreng.

Fadhilah ada post entry tentang potato berkentucky. Wahhh. Nampak sedap! Mahu cuba, jika ALLAH S.W.T. izinkan. Kena tengok almari makanan la, masih adakah lagi serbuk Kentucky. Memang badan macam dipam-pamlah nanti. Punah plan diet makanan sihat and seimbang. :D

Minggu sebelumnya, ana ada masakkan burger Malaysia to my husband. Dohnya ambil resepi donat. Basicnya ialah sebiji donat kecil. Bukan donat berlubang tengah tu. Donat yang macam Donashi. Dekat Big Apple.

Gambar sumbangan domocakes.blogspot.com.

Here's are the Donashi's! Sedap sangat. Ana buat bentuk bulat, bukan petak. Murah and senang and cepat siap :) Lets start. (Resepi asal; 1001 resepi)

Bahan-bahan:

1) 2 cawan tepung naik sendiri.

2) 1 teaspoon garam.

3) 1/3 cawan butter.

4) 3/4 cawan susu segar.

Cara-cara:

1) Satukan tepung dan garam di dalam mangkuk.

2) Masukkan butter and gaul sampai tiada ketulan besar. Sampai halus mulus.

3) Masukkan susu segar.

4) Uli sampai siap. Jangan terlebih uli.

5) Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Minyak pun sikit je.

6) Ambil doh and bentukkan macam cookies and goreng. Buat saiz kiut-kiut ^^


Finish! Senang je kan. Daripada basic donat ini, anda boleh variety kan ikut cita rasa masing-masing :)

Contoh;

1) Blend gula sampai halus and golek2 dalam gula.

2) Letak chocolate spread and buah-buahan yang dah dislice halus.

3) Belah di bahagian tengah and letakkan sambal bilis and timun. Jadi burger Malaysia :)

4) Buat macam Donashi.


Alhamdulillah, my husband like it :) InsyaALLAH, nak try dish lain pula. Menambahkan ilmu.

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment