Setakat 3 hari ini, ada 2 cerita touching. Akan ku ceritakan kisahnya, InsyaALLAH, di sini.
Namun, pertama. Ana amat berminat untuk mendalami bahasa asing. ^^ Setakat ini, tiga bahasa common, Alhamdulillah. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris and Bahasa Arab. Bahasa Arab ini, InsyaALLAH mustawa tinggi sikit. Haha. Hasil didikan Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar. Terima kasih sekolahku :)
Kita senang nak communicate apabila mengetahui banyak bahasa. Senang juga mahu mencari kerja. Lebih-lebih lagi, ana yang berimpi (bukan berangan yaa), perkataan impian lebih sedap dan meyakinkan, untuk membuka klinik Muslim di Korea. Hahaha. Okay, sila berikan pendapat. Kalau ana mempelajari bahasa tersebut, InsyaALLAH senang nak diterima bekerja, mungkin? Ada kelebihan di situ. Bagaimana, jika post-graduate di sana? Baikkah? Tak pernah lagi dengar ada orang ambil medic di Korea. Hehe.
Selain daripada membuka klinik, (of course, kena ada bisnes bersama), berbaik dengan jiran tetangga, tunjukkan akhlak seorang Muslimah, membuka sekolah Islam (kalau dah kaya sikit), restoran makanan Melayu.
Semua impian ini, bukankah memudahkan and satu bonus, jika kita sudah mempelajari bahasa Korea sejak daripada awal? Bahasa = basic untuk berkomunikasi. Lebih-lebih lagi, orang cepat teruja jika kita pandai cakap bahasanya. Contoh, orang Melayu cakap bahasa Cina, fasih. Banyak hubungan diplomatik di situ. Namun, perkara lain tidak patut dipandang enteng. Mahu berusaha untuk menjadi yang sempurna, jadikan Islam sebagai asas. Jadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai panduan. Jom. Jom berusaha!
Jadi, ada sesiapa mahu ajarkan bahasa Korea? Siap dengan tatabahasa sekali, bukan vocabulary sahaja. Sampai dah reti buat karangan. Hihi. Terima kasih in advance.
Korea tiada drama kedoktorankan? Macam Code Blue. Aizawa. Shiraishi. One Litre of Tears. Neurologist. Mizuno. Team Medical Dragon. Mister Brain. Studying about brain juga. Menyelesaikan jenayah. Suka tengok doktor-doktor yang tangkas itu. Cerita Jepun bersih sikit daripada cerita Inggeris.
Cerita touching satu.
Apakah perasaan anda yang sihat dan afiat, bebas daripada penyakit, tiba-tiba diberitahu anda hanya ada EMPAT hari untuk hidup kerana menghidapi penyakit serius. Yang hanya baru dapat didetect. Kawan-kawan, walaupun acute bunyinya seperti cute, walaupun ia antonim kepada chronic, acute membawa maksud kepada SUDDEN progress. Sangat cepat dan sangat cepat. Tidak hairan hanya 4 hari. Apa yang touching? Ana sangat terharu melihat betapa ramai yang mendoakan, yang menyolatkan, yang mengasihani, terlalu ramai! Orang baik memang begitu. Cemburu. Adakah kami nanti, begitu juga?
YA ALLAH, jadikanlah kuburnya salah satu daripada taman syurga.
Cerita touching dua.
Kami yang tidak berduit ini, kerosakan periuk nasi. Sudah bertanya kepada sahabat-sahabat, jika ada yang mahu menjual periuk nasi terpakai. Disebabkan tiada, kami pun masak manual. Atas api. Mula-mula memang nasi impit, dengan latihan, Alhamdulillah, seelok beras Basmati. Haha. Tiba-tiba, ada rakan ana yang sangat baik hati, belikan periuk nasi! Aduh, terkesima. Brand mahal. Jenis yang mahal. Mungkin baginya murah. Teringat kami yang berkira-kira mahu membeli. Iyalah, duit enggak ada. Dengan diri sendiri pun kedekut.
Semoga ALLAH S.W.T. memberkatimu :)
Graduan Muslimah. Bermula dari hari ini. InsyaALLAH.
Wallahu A'lam.
nus...apsal nti takde duit?? mak nti bukan kasi duit belanje ker? nti bukan keje ker hari tu jual tudung2 tuh??
ReplyDeleteoh and nape tak kongsi jer satu rumah beli periuk nasi..kan lagi murah?? haha.
takkan periuk nasi pon tak nak belii..LOL
Atiqah; Mak ana pergi haji nak dekat sebulan lebih. Takde orang nak bank in money. Duit jual tudung tu, unfortunately dah habis. Haha.
ReplyDeleteMemanglah kami kongsi. Masalahnya, umur periuk nasi yang baru beli tu, baru SEBULAN lebih. Membazirlah pulaa nak beli yang baru, confirm rosak cepat. =.= So, kami rancang nak beli kat Malaysia.
Haha. Tak habis-habis dengan LOL anti. Ana panggil anti LOL je lah.
Banyak-banyak point anti komen bawah je. LOL.
haha. lol tu maksudnye gelak laaaa nuss..
ReplyDeletehahaha. kene la happy so kene la gelak. hik hik.
Atiqah; Of course la ana tau maksud LOL tu apa. Haha. Lawak la anti ni bagi penerangan.
ReplyDelete