Sunday 25 December 2011

Black Ants at Night.





Assalamualaikum W.B.T.

Dikisahkan dalam kitab Tanbihul Ghafilin oleh Al-Samarkandi, dari Ikrimah bahawa suatu ketika, seorang ahli ibadah melawati sebuah pohon. Dia tiba-tiba sangat marah kerana melihat orang berduyun-duyun menyembah pohon itu. Ia kembali ke rumahnya mengambil kapak dan kembali untuk menebang pohon itu.

Namun, dalam perjalanan ia dicegat Iblis yang melarangnya menebang pohon itu. Ia berkeras bahawa pohon itu harus ditebang, kerana merupakan penyebab kesyirikan, menduakan ALLAH S.W.T.. Namun Iblis terus mencegatnya hingga terjadi pergulatan. Dengan mudah ahli ibadah itu mengalahkan Iblis yang menyerupai manusia biasa. Kerana kalah, Iblis kemudian menawarkan dua dinar yang akan ditaruh di bawah bantal lelaki itu setiap harinya. Dia pun setuju.

Beberapa hari berikutnya, dia begitu menikmati dua dinar pemberian yang ditaruh di bawah bantalnya. Hingga pada hari kesekian, seperti biasanya, lelaki itu terbangun, namun kali ini ia tidak menemukan apa-apa yang di bawah bantalnya.“Kurang ajar, aku telah ditipu, sekarang aku akan menebang pohon itu,” seru abid geram.

Di jalan ia kembali, ditemui Iblis dalam bentuk manusia itu seraya lagi bertanya, “hendak kemanakah engkau?” Dengan masih marah, lelaki ahli ibadah itu menjawab, “aku akan menebang pohon yang disembah itu.” Iblis menukas, “engkau berbohong, bukan kerana itu engkau hendak menebangnya.”

Abid terus melangkah untuk menebang pohon yang disembah orang itu, sehingga Iblis itu marah dan membantingnya ke tana hlalu mencekiknya erat, seraya bertanya, "tahukah engkau, siapakah aku sebenarnya? Aku adalah Iblis! Engkau datang pertama kali hendak menebang pohon itu kerana semata membela ALLAH S.W.T. sehingga aku tidak mempunyai cara untuk mengalahkanmu. Lalu, aku perdaya engkau dengan dua dinar dan engkau tidak menebangnya. Kerana engkau sekarang datang kerana marah demi dua dinar itu maka aku dapat mengalahkanmu. Hanya dengan keikhlasan engkau dapat mengalahkanku.”

Cerita ini mesti dah biasa dengar kan? Pengajaran dan azam baru;

1) Ikhlas. Walaupun susah kena berusaha.
2) Menjadi hamba ALLAH S.W.T. secara full. Full time Muslim!
3) Mujahadah. Mujahadah.
4) Berakhlak seperti Rasulullah S.A.W..
5) Iblis dan sekutunya tidak akan berhenti.

Iyyaka Na'budu Wa Iyyaka Nasta'in.

Wallahu A'lam.

2 comments:

  1. salam, kak minta copy paste buat manfaat smua ye :)

    ReplyDelete
  2. Syafi; Take it my brother. Copy past je. Tak payah minta izin :)

    ReplyDelete